Sunday, May 20, 2012

tak semua nurse macam tu

semalam dah nak post pasal ni tapi malas so hari ni jelaa . actually , semalam terbaca blog seorang hamba Allah ni . dia komen pasal nurse and kebanyakan komen dia tu berunsurkan negatif dan sangat menyakitkan hati aku . mentang-mentang dah jadi student nurse sekarang kan gedik pulak nak tacing bagai :p

macam-macam la dia komen . contoh , nurse kekok la masa nak cucuk orang , nurse malas , nurse tak layan patient . amboi , dia tu sape nak kutuk-kutuk nurse ? okay aku admit la , sebelum ni aku pun suka complain jugak nurse tak reti cucuk la , tu la ni la . lebih kurang macam korang laa mengutuknya . tapi since dah terjun dalam bidang ni , aku rasa menyesal pulak kutuk-kutuk profesion ni dulu . why ?

sebab nak jadi nurse teramatlah susah . korang silap besar bila korang fikir nurse ni belajar senang , kerja senang , duit berkepuk-kepuk . tidak sama sekali . kitorang belajar low sikit je dari doktor . semua benda , 100% pasal urat saraf nak kena tahu . tak masuk dengan medical term yang ntah pape tu lagi . ingat senang ke nak ingat .

kitorang ni kerja dengan nyawa orang , bukan dengan nyawa cicak . so lepas ni kalau nak kritik tu cermin diri dulu . ingat tak cuak ke tengok patient kita tadi elok je tapi tiba-tiba dia tak boleh bernafas and tercungap-cungap . panik weh . sampai blur kejap tak tahu nak buat apa . panggil staff nurse , panggil doktor . dengan familynya yang mengharapkan nurse-nurse and doktor dapat selamatkan ahli keluarga diorang . bimbang sangat kalau kita tak dapat selamatkan tapi bila berjaya sangat puas hati okay :)

kalau bab cucuk tu , yelaa , sebab student maybe takut lagi nak inject patient . dah nama pun baru belajar kan impossible la terus expert . cuba korang jadi nurse kejap . confident ke nak inject-inject ni ? think .

nurse ni bila dah bekerja kadang-kadang lupa nak rehat , lambat balik , lupa tanggungjawab dekat family sebab terlampau tumpukan kerja . aku yang student ni pun kadang-kadang tak sempat nak rehat sebab sibuk handle patient . asal nak rehat patient panggil nak itu ini , asal nak balik patient panggil buat itu ini . tapi ada kitorang merungut ? sikit pun tidak . sebab kita ikhlas bekerja . takde pun nak suruh patient tu bayar balik tenaga kitorang yang hilang sebab 7 jam berdiri tak duduk langsung . yang mengkritik tu yang kerja mengadap pc kat office boleh la komen macam-macam .

entry ni just luahan aku sebagai student nurse yang dah pun merasai keperitan dan kesusahan nak jadi seorang bakal staff nurse 3 tahun lagi . so , ubah la mindset korang yang suka fikir negatif pasal kitorang ni . yes , memang ada yang pemalas tapi bukan semua . yang gagah perkasa pun ada ke yang sanggup tengok mayat hari-hari ? ada ke yang sanggup tengok luka sampai nampak tulang siang malam ? ada ke yang sanggup touch patient hiv positif ? sekian .



sanggup tengok depan mata macam ni ?


6 comments:

  1. huhu.. aida salah sorang yang pernah kutuk nurse.. bukan pasal cucuk salah ke ape.. cuma nurse jarang bagi senyuman.. kadang2 doktor lebih murah senyuman dari nurse.. segelintir lah tak la semua.. hehe.. tapi mmg susah pun profession nurse nie coz melibatkan nyawa.. good luck dengan profession nurse nie dear.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul . x dinafikan tu . kdg2 kalau dh pnt kan smpai nk snym pun mcm x larat je . huhu . tp kalau dpn patient stkt ni wawa try x tnjk muka pnt tu . mcm x profesional la pulak kan . cewah :p thnks btw .

      Delete
  2. tahniah sbb sudi jd nurse. hehe. setakat pengalaman saya dengan nurse, semua nurse yg saya penah jumpa, kebanyakannya comel2 n layan patient dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu yg best dgr tu . aww . haha

      Delete
  3. dulu sy pun hampir2 nak terima tawaran jd nurse tapi mak tak bg sbb mak cakp sy ni tak boleh tengok mende2 cm tu sbb cepat geli. hehe apa2 pun semoga berjaya ye wawa :) nurse ni kerja mulia :)

    ReplyDelete
  4. ye ke ? wawa pun takut dulu tp bila dh blaja psl bnda ni sume n tgk dpn mata rasa biasa je . kat sini pun ramai je yg mabuk drh la , takut tu takut ni tapi bila dah lama sume ok . thanks btw :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...