Tuesday, November 15, 2011

berdikari itu indah sebenarnya

hari nie budak pradiploma and diploma yang second intake dah start masuk uitm . means aku dah jadi senior . wow . haha . haih bila dah diorang masuk nie , tibatiba jadi rindu nak balik u . rindu suasana kat sana . tapi sem 2 dah tak best sebab duduk luar an . susah nak lepak dengan genggeng aku . sebab genggeng aku semua duduk dalam kolej . aku je kena tendang :(

sabtu nie aku gerak sana sebab nak kemaskemas rumah lagi an . yang dapat kolej boleh la datang ahad tu . untung la kan . bagi aku ada hikmah jugak dapat duduk luar nie . boleh belajar berdikari . rasa hidup kat rumah sendiri without parents kita . masak and kemas rumah sendiri . aku setakat nie dah ada pengalaman duduk hostel masa sekolah , then kolej masa sem lepas . nie nak stay rumah sewa . wew . bukan senang an ? at least takde la kekok sangat nanti :)

bagi aku , tak susah mana pun kot hidup berdikari . cuma tu la , kena pandai jaga diri and jangan mudah terpengaruh . korang jangan ingat "ala dungun je pun , bukan penang , bukan shah alam nak culture shock bagai" . kalau macam tu la mindset korang , it's totally wrong okay . kat sana bersepah yang culture shock nie . even budak terengganu pun ada yang macam tu . antara sebabnya , masa kat rumah dulu tak bebas nak keluar so bila dah jauh sikit dari family , dah berani tipu parents . keluar pergi kuantan tapi bagi tau stay kat rumah kawan . kesian mak bapak diorang kan ? kena tipu dengan anak sendiri . bersyukur sangatsangat aku tak jadi macam tu . bagi aku , nak hindar semua nie senang je , ingat balasan Allah bila kita tipu mak ayah and ingat parents kita dah banyak susah payah untuk kita . kan ?

harapan aku next sem tak nak terpengaruh dengan bendabenda negatif and nak struggle lebih untuk dapat pointer lebih tinggi .  doakan ye ? :)

nak stop dulu kot . penat dah nie . nak lunch . jom !

p/s : kalau dekat sekolah or u korang , apa yang korang tak suka ? kalau aku , gay . hahaha :p
suka la quote nie :p














2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...