Saturday, April 21, 2012

sime darby 2 terengganu 1

separuh akhir pusingan pertama terengganu vs sime darby . okay terengganu kalah dengan sime darby . macam haprak . kat sini aku bukan nak kutuk player main macam kucing ke apa , tapi coach terengganu tu , mat zan . tolong la letak jawatan . che mat jusoh sekali . eh diorang ni memang tak reti bahasa agaknya . or maybe diorang nak tunggu penyokong terengganu buat lagi rusuhan macam hari tu . kemonggg la weh , kami nak irfan bakti . takde dia pun , at least coach yang boleh bagi sumbangan and kekelkan/tingkatkan lagi prestasi terengganu macam musim lepas biar team lain pun respect kita . ni tak , macam malam ni , korang bayangkan , dengan sime darby pun kitorang boleh kalah . aku baca komen2 kat page terengganu fc and semua page yang berkaitan tu , semua pakat duk maki2 and desak mat zan dengan che mat jusoh tu letak jawatan . taktikal hancur , ntah pape . 3 serangkai yang dulu dia hancurkan . asyik harapkan doe sorang je . weh , barang pun kalau selalu guna lama2 function dia pun dah macam tak elok tau , apatah lagi manusia . lama2 nanti tengok la , mesti pancit awal tu . dah tu asyik dia je yang diturunkan . pastu pihak lawan memang dah aim dia dan akan kawal dia dalam padang .

hadi pulak sekarang asal last minute baru mat zan masukkan dia untuk ganti orang lain . macam game tadi , dalam 5 minit nak habis game , manaf out , hadi in . yer , memang berbaloi sangat la macam tu . baik dia jadi penonton je senang . sumpah mat zan pilih kasih . bluekk ! aku rasa musim depan hadi tukar team lain kot . nampak macam dia tak diperlukan je dalam team terengganu . bongok betul la . nak ulang sejarah 2001 la sangat . hello , 2001 tu bila ? sekarang already 2012 la ! boleh tak think forward ? ni asyik nak tengok sejarah lama je tak boleh jugak .

so aku mewakili awok2 ganu , tolong ah mat zan and che mat jusoh , bagi la peluang kat orang yang lebih layak untuk jadi coach and pengurus terengganu . bosanggg doh nan mu 2 orang . paceroh bagi alasan ! okay , memang diorang baca blog aku -.-

p/s : jangan bersorak ketika menang jika tidak mampu menyokong ketika kalah . masalahnya sekarang penyokong tak salahkan pemain , cuma kami mahu perubahan dalam pengurusan :) harap2 lepas ni terengganu dapat bermain dengan baik and pastikan piala FA jadi milik kita musim ni . peteh ganu peteh !



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...