Friday, July 26, 2013

nak cantik biar berpada-pada

dunia makin canggih , makin maju . bukan setakat gadget je tumbuh bak cendawan lepas hujan , produk kecantikan pun berlambak-lambak kat pasaran sekarang . banyak sangat . tak cukup yang jual kat kedai dan stokis kecantikan , jual secara online pun lagi banyak kot .

bukan aku tak percaya ke apa , kawan aku pun ramai je yang mudah terpengaruh dan percaya dengan produk-produk ni , tapi sorry la . aku takkan kot . aku akan selidik dulu , google-google sampai puas hati and tengok testimoni depan mata , baru aku beli . mwahaha . aku tak kisah pun korang atau kawan-kawan aku sendiri nak beli , nak pakai , tapi make sure biarlah dapat kelulusan dari KKM . ehem , bukan sebab aku ni under KKM aku cakap pasal ni tapi ini hakikat . yang tak mendapat kelulusan dengan KKM tu , korang tahu ke kandungan bahan yang digunakan dalam produk tu ? just nice to know , kawan aku pernah terkena tau . dia dah lama pakai produk XX ni , tapi muka takde perubahan sangat pun , then bila buka portal yang listkan produk diharamkan KKM , produk yang dia pakai pun tersenarai sekali okay ==' haa amek kau . kan dah kena !

tapi kadang-kadang kelakar sebenarnya , tengok yang dah berubah drastik sangat jadi cerah lepas pakai produk pencerah muka ni , okay tengok muka licin gebu semua ada , bila tengok tangan , K >.< bezanya masyaAllah , gelak dalam hati je mampu . Allah dah bagi elok-elok , gatal nak ubah . huh .

tapi yerlaa , sebagai kawan , kita ni mampu nasihat sikit-sikit jelaa . tegur lebih-lebih nanti jadi masam muka pulak . pastu cakap "ada aku guna duit kau ke" k whatever =.=

 sebenarnya yang sibuk nak putih ni , padahal diorang bukan hitam pun , dah okay tapi tak tahu la , confident level tu takde . tak pun takut boyfriend lari cari awek lain . eleh pakwe kau tu kalau dah sayang dia tak kisah dah kau macam mana . kalau nak curang tu yang lawa pun kena tinggal . kan ? k tetiba emo . puii

orait tu je laa nak taip . lepas gian nak update entry . walaupun entry tak sedap langsung . choww

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...