Monday, December 17, 2012

rindu yang subjektif



isnin . 17 disember 2012 . di tengah kepekatan malam bertemankan hujan rintik-rintik di luar , jari masih laju menekan papan kekunci di saat semua sedang lena diulit mimpi . sunyi . rindu . rindukan seseorang yang jauh di mata . dia bukan siapa-siapa . hanya sekadar teman biasa . hampir setiap hari berhubung bertanya khabar , tapi sekarang semuanya hilang . hilang gara-gara masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan . smartphone yang diharapkan dapat berjasa kepada tuannya rosak dengan tiba-tiba . so sad :(

oh celaka betul bila membaca semula intro di atas . berbicara puitis macam nak lawan A Samad Said lagaknya . aku bukan berjiwa sastera . so memang fail nak berpuitis-puitis bagai even baca novel hari-hari . heh =='

back to normal . now memang terasa rindu sangat dekat someone ni . haa kali ni sorry tak boleh mention nama , takut ada kawan aku yang baca pulak entry ni . mwahaha . seriously even baru seminggu tak contact , aku rasa macam bertahun-tahun aku tak sembang dengan dia . ni semua gara-gara bb aku rosak . so terpaksa la hantar kat kedai dulu kan . maybe dalam minggu ni boleh la ambik . hmm , seminggu kot tak bbm dengan dia . choi la . ni bukan setakat rindu dia , rindu phone sekali okay . susah aku nak tweet-tweet macam ni . takkan sepanjang masa nak mengadap lappy kan . rosak la mata aku yang sepet ni . hakhak .

so aku harap sangat bb aku ni pulih secepat yang mungkin . tak tahan dah rasanya berpisah dengan phone lama-lama . susah pun ye jugak . hmm . korang doa-doakan la yer . lagi bagus korang doakan bapak aku tetiba terbukak hati dia nak bagi phone baru kat aku ke . lagi berbaloi daripada dia sibuk nak beli sofa baru tu . ihiks .

hmm to YOU , good luck in this upcoming game . kasi menang . harumkan nama malaysia okay . good luck friend :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...