Monday, June 3, 2013

14 tahun 3 kali seks . this !



well sem 3 dah habis . and last day aku posting for this sem dekat wad bersalin . tak tahu laa kenapa ramai okay budak sebaya aku and paling muda aku jumpa is 14 tahun , iaitu sama umur dengan adik aku yang form 2 tu .

tapi tak boleh nak kata apa la kan sebab benda dah jadi . anak pun dah keluar . nak menyesal pun tak guna dah . so kena look forward , sambung belajar ke apa , and the most important kena kembali ke jalan yang benar la . mintak keampunan dengan yang maha Esa .

yang aku nampak , masalah ni asalnya memnag berpunca daripada family . konflik dengan parents , parents terlalu busy dengan kerja , terlalu percayakan anak dan banyak lagi laa . tak mampu nak listkan semua . yang jadi mangsa dengan member abang sendiri pun ada . pendek kata , benda yang selama ni aku baca kat paper je , memang aku dah jumpa depan mata .

paling kesian kat baby tu laa . caner laa life diorang besar nanti . caner reaction diorang bila dapat tahu status diorang yang sebenar . ada seorang baby tu patient aku JUAL kat bapa saudara dia sebab dia nak further study . if mintak tolong jaga boleh la consider , kalau jual memang sedih sangat dengar . tengok muka innocent baby tu lagi laa sedih okay . entah laa tak tahu nak jadi apa dunia sekarang ni . manusia jadi macam mainan je . tu tak masuk yang buang tepi jalan , dalam mangkuk tandas lagi tu :/

so aku rasa parents sekarang jangan bagi kebebasan yang terlampau sangat , jangan mudah percaya kat anak-anak ni . at least amek tahu laa anak keluar dengan sape , nak pergi mana kan . satu lagi luangkan masa dengan anak-anak . jangan sibuk nak cari duit je . ni duit dapat , maruah anak tergadai . umur 14 tahun dah 3 kali buat seks , lari dari rumah bagi aku memang tahap serius dah tu .

so pesanan untuk semua and diri aku sendiri jugak , pandai-pandai laa jaga diri , jangan lalai dengan kehidupan yang sementara ni . bertaubat laa . sesungguhnya Allah maha pengampun .

seronok kauu kerja main dengan baby ;)


Friday, March 29, 2013

mahal tak semestinya berkualiti

nak cerita pasal ni macam klise sangat kan . tapi takpe la , ni je idea yang aku ada sekarang . sobs . based on lately ni barang-barang aku yang rosak and still elok . mula la nak compare mana satu bagus mana satu tak kan . hukhuk . nak listkan barang-barang tu boleh tak . dengan brand sekali aku mention . lalala

1)PURSE

VINCCI = RM 89.90 compare dengan BRAND X beli kat TESCO = RM 20.00
konklusi : kualiti VINCCI 3/5 , kualiti BRAND X 4/5

2)HANDBAG

MOMOE = RM 119.90 compare dengan BRAND X beli kat TS : RM 40.00
konklusi : yg MOMOE tu dah boleh buang . BRAND X still boleh pakai sampai sekarang . dah almost 2 tahun kot guna . MOMOE tu baru lagi kot beli .

3)KASUT

VINCCI : 55.90 compre dengan CONVERSE dan sebagainya kasut aku yang lain : harga pelbagai

VINCCI totally tak selesa . sakit tapak kaki bila jalan lama-lama especially time hang out dengan kawan and shopping . memang merana la .



4)PAKAIAN

nak mention jenama banyak sangat tapi konklusinya memang tak semestinya yang branded , yang mahal tu berkualiti . aku rasa korang pun setuju dengan aku kan ? hewhew

oklaa tu je nak story . konklusinya pandai-pandai la pilih yang mana satu .



Saturday, March 9, 2013

single tak bermakna tak laku

asal nak packing balik kolej baru semangat nak update kan . choi . nampak tak kemalasan di situ . haih . blogwalk siang malam tapi jadi silent reader je . tak tinggalkan jejak pun . hukhuk .

nak cakap pasal apa ek malam ni ? klise sangat laa asyik nak sembang pasal nursing , pasal life kat kolej yang macam penjara tu , pasal outing . aku tuan punya blog pun bosan . apatah lagi orang lain kan . kahkahkah .

well , aku tertarik dengan tweet dari junior aku ni , SINGLE TAK BERMAKNA TAK LAKU . aku kalau boleh nak suruh dia tweet 20 kali pun takpe . hamboii kemain kan . i'm totally agree with that phrase . betul la kan . aku pun kadang-kadang semak gila kepala otak ni haa . sini situ sana sini member duk tanya bila lagi nak couple .

hamboii mentang-mentang kita ni dah 2 tahun menjanda *puii soalan tu yang korang tanya kan . eh pelik sangat ke aku single ? ke couple tu dah jadi wajib sekarang ? lol . hmm tak dinafikan rasa nak dicintai dan mencintai tu memang ada . arghh gila sastera ayat . choi ! tapi aku tak nak laa macam sebelum ni kan . setakat cinta monyet zaman spm apa de hal . bila diingat-ingat balik macam nak cabut gigi dengan tangan je . eh ? hahaha . punya laa bingai masa tu . konon till jannah laa . bluekk =.=

aku yang dah nak masuk era 20-an bulan 11 nanti ni kalau boleh tak nak laa setakat couple 3 bulan then break up . what the hell laa kan macam tu . tak nak dah buang masa seksa jiwa raga dengan cinta palsu cenggitu . kita nak cinta yang ada future , yang diberkati , yang tak melalaikan . pastu lelaki yang boleh guide kita ke jalan Allah . haa macam tu ;)

tapi tu laa , nak mr perfect , diri sendiri pun kena laa berubah . ye dak ? haa . sebab tu laa sekarang aku pun dah rajin nak masak-masak bagai ni . jadi lebih perempuan gitu . hahaha . bukan laa aku tomboi sebelum ni tapi aku ni kasar orangnya . anak sulung , memang la brutal sikit . kahkahkah :p

so aku yang tak berapa nak cukup ilmu lagi ni nak jugak bagi nasihat kat korang dan jugak diri aku sendiri , udah-udah ler mengharapkan cinta yang tak pasti . kalau boleh fokus belajar and cuba menjadi seorang hamba Allah yang lebih bertakwa , in shaa Allah :')

kalau boleh biar laa kita mendapat jodoh yang baik dan diberkati yer anak-anak . hewhew . ok laa , nak g sambung blogwalk ni . tata . mmuahh ! gatal sikit malam-malam ni . kahkahkah :p

giteww ;)

Monday, February 25, 2013

hey wonderland


weekend kali ni aku and 7 orang lagi member aku sepakat nak pergi wonderland . bagi aku , takde laa best sangat sebab permainan tak banyak and tak berapa nak ekstrem . haha . tapi boleh la layan . harga untuk dewasa bagi hujung minggu RM30 . hari biasa RM26 . tak berbaloi sangat aku rasa tadi . tak tahu laa kenapa . haha . tapi kitorang still enjoy and boleh laa nak release tension jap tadi :)

lepas ni plan nak g pantai puteri . nak picnic . jom !

unik kan benda alah tu . haha


setelah penat mandi manda :D


jane rosli :)
okay tu je gambar yang ada dalam phone aku . sedih kan ? kitorang banyak guna kamera and phone samsung kawan aku . korang pun faham laa kan , bb punya kamera bukan umphh sangat pun . lalala .

oh korang nak tengok tak aku main apa tadi ? let's :)

p/s:

dari pandangan atas .






ni paling challenging . kalau tak pandai control habis la tak boleh turun . hahaha
ni lawak . aku tersangkut tak boleh turun . ngeri oi . haha
nak main paintball pun boleh .
dinasour park pun ada . tapi aku tak masuk tadi . panas ok =='
ni kawasan bebudak . kita tak layan :p
x main pun . dah rosak =='
maskot2 wonderland yg comel2 !
so jom try datang ke sini . haha
nak main ni kena sewa tau . terbaik la yang ni (y)






Friday, February 15, 2013

hari terakhir di terengganu



hye . gila berhabuk blog aku ni . lama rasanya tak update . hajatnya nak update masa sampai kat rumah hari tu tapi hari ni baru berkesempatan . maklumlah busy sangat . kononnya laa (n)

cuti kali even seminggu tapi rasa macam tak puas . tak banyak makan masakan ibu . yelaa dah hari-hari keluar makan fast food , kafe je kan . sampai nak termuntah aku mengadapnya =='

hari ni since last day aku boleh berjimba kat ganu , aku ingat tak keluar dah kot sebab member-member dah sibuk nak balik uni kan . tetiba tadi masa otw balik ke rumah dari atas tol kawan aku bbm ajak keluar . hmm macam best je kan so aku pun apa lagi , on laa . hewhew

kitorang just keluar makan , singgah guardian beli barang aku , pastu g kedai phone sebab nak pasang screen protector then aku ajak dia ke al ikhsan . duk usha-usha tadi berkenan laa satu baju . rembat laa weh . hihi . aku tengok jersi menyu tadi 200++ baru nak beli , tak jadi laa . haha . kan ada yang makan maggi kat kolej nanti :p

sekejap je keluar tadi sebab hari ni dia kerja petang . hmm tu laa gatal nak kerja sementara tunggu habis cuti sem . terpaksa laa berkorban masa sikit kan . nasib baik hari ni sempat jumpa . so balik around 1pm . okay laa tu . tapi yang kesiannya , dah laa kawan aku rushing nak balik , wax rambut dia pulak tertinggal dalam beg aku . terpaksa datang rumah balik . haha

hmm , tu je sebenarnya nak cite . entry sempena last day kat rumah . haha . motif ? esok balik melaka . bye . =='

p/s : stress baca entry diri sendiri ni . takde point . haha

Friday, February 1, 2013

al kisah di januari

kemain lama tak update blog ni . dah berhabuk ni haa . bukan setakat blog berhabuk , lappy pun join sekali . choi . well , banyak perkara berlaku sepanjang aku tak update ni tapi takkan aku nak story semua kan . mau jadi esei 50 000 patah perkataan nanti . hamboii over nau =='

okay first aku nak cerita yang sekarang memang aku busy dengan upcoming test , habiskan sesi teori yang berbaki seminggu lagi , busy dengan latihan kawad dan busy dengan segala-galanya . so conclusionnya , memang aku tak sempat la nak berfoya-foya bulan januari baru ni .

second , baru ni aku jadi wakil sem untuk permainan badminton and futsal . badminton kalah , futsal sampai semi final . orang yang gatal kaki macam aku ni memang tamak haloba . dah tau tak reti main sibuk nak join sekaki . wawawa ~

thirdly , next week balik rumah and seriously tak sabar sebab bb aku dah ada . dia gantikan dengan bb baru sebab under warranty lagi . muehehe . tapi tetiba rasa nak try pakai note 2 . jealous tengok member guna . macam best je . hewhew . tapi memandangkan aku sekarang tengah berjimat , so tak boleh nak ikut nafsu sangat . pakai je mana yang ada . tsk tsk .

lastly , aku dah kesuntukan masa . aku kena turun skill lab ni haa . nak buat praktikal . so hingga berjumpa lagi . zzz ~

p/s : ahad ni kena join program ape ntah kat utem . rezak !

saja menggedik letak gambar sendiri . well , hye february <3

Saturday, January 12, 2013

elaun dibekukan ? wakluu

hye . lama rasanya tak update . busy gila kot . assignment hari-hari dapat . kena buat presentation laa , video laa . penat bhai . hari ni pulak even hari sabtu still ada kelas . kelas ganti untuk raya cina nanti . choi macam sekolah . sekolah pun tak macam ni aku rasa . dah laa hari ni bengang gila bila dapat tahu phone aku still tak boleh ambik lagi . arghh !

satu lagi yang spoil , apa ke bangangnya elaun pakaian , buku semua tu dibekukan . elaun pulak diturunkan ke 800 . announce kat tv 1000 . hakikatnya warga spa macam aku je tahu perkara sebenar . so orang luar tak payah laa kot sibuk-sibuk nak perli elaun kitorang banyak . bulan ni kalau ditolak dengan semua yang nak kena bayar tu , baki bersih tinggal around 100 je dari 800 tu okay . terbaik ah *** .

lain kali tu kalau takde duit takyah memandai announce bukan-bukan kat kitorang and masyarakat . jangan menipu rakyat . tak baik okay . huh ==' tu laa sibuk bagi rebat tu rebat ni , tapi hak kami bakal penjawat awam dipinggirkan . lol .

tak nak la komen panjang-panjang . nanti makin rude pulak ayat yang keluar . hoho . tapi aku nak tegaskan , aku bukan tak bersyukur dapat 800 , tapi korang yang sibuk nak perli-perli kitorang ni , try jadi warga spa sehari , kira agak-agak  cukup ke tak elaun tu dalam sebulan . sekian .

money is important than love for this critical month !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...