Monday, June 3, 2013

14 tahun 3 kali seks . this !



well sem 3 dah habis . and last day aku posting for this sem dekat wad bersalin . tak tahu laa kenapa ramai okay budak sebaya aku and paling muda aku jumpa is 14 tahun , iaitu sama umur dengan adik aku yang form 2 tu .

tapi tak boleh nak kata apa la kan sebab benda dah jadi . anak pun dah keluar . nak menyesal pun tak guna dah . so kena look forward , sambung belajar ke apa , and the most important kena kembali ke jalan yang benar la . mintak keampunan dengan yang maha Esa .

yang aku nampak , masalah ni asalnya memnag berpunca daripada family . konflik dengan parents , parents terlalu busy dengan kerja , terlalu percayakan anak dan banyak lagi laa . tak mampu nak listkan semua . yang jadi mangsa dengan member abang sendiri pun ada . pendek kata , benda yang selama ni aku baca kat paper je , memang aku dah jumpa depan mata .

paling kesian kat baby tu laa . caner laa life diorang besar nanti . caner reaction diorang bila dapat tahu status diorang yang sebenar . ada seorang baby tu patient aku JUAL kat bapa saudara dia sebab dia nak further study . if mintak tolong jaga boleh la consider , kalau jual memang sedih sangat dengar . tengok muka innocent baby tu lagi laa sedih okay . entah laa tak tahu nak jadi apa dunia sekarang ni . manusia jadi macam mainan je . tu tak masuk yang buang tepi jalan , dalam mangkuk tandas lagi tu :/

so aku rasa parents sekarang jangan bagi kebebasan yang terlampau sangat , jangan mudah percaya kat anak-anak ni . at least amek tahu laa anak keluar dengan sape , nak pergi mana kan . satu lagi luangkan masa dengan anak-anak . jangan sibuk nak cari duit je . ni duit dapat , maruah anak tergadai . umur 14 tahun dah 3 kali buat seks , lari dari rumah bagi aku memang tahap serius dah tu .

so pesanan untuk semua and diri aku sendiri jugak , pandai-pandai laa jaga diri , jangan lalai dengan kehidupan yang sementara ni . bertaubat laa . sesungguhnya Allah maha pengampun .

seronok kauu kerja main dengan baby ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...