Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 . bersih la sangat !

sape yang tahu pasal BERSIH memang !@#$%^ aku sanggup beli paper hari ni sebab nak tahu lebih detail pasal demonstrasi ni . baca kat internet macam tak puas hati je kan . honestly aku tak tahu siapa di pihak benar , siapa yang salah . aku tak minat politik dan aku still tak tahu siapa yang patut aku sokong . tapi tergerak nak update pasal ni sebab nak luahkan apa yang aku tengah fikir sekarang . assignment pun aku tolak ke tepi dulu ni tau -.-

first , diorang takde cara lain ke even nak buat bantahan pun ? i mean cara yang lebih bertamadun . bukan dengan cara mengganggu ketenteraman awam macam ni . semua kerja jadi terhalang . nak outing susah , nak pergi kerja tak boleh sebab jalan2 dah terhalang dengan demonstrasi tu .

second , ada ke patut bawak anak2 sekali pergi demonstrasi tu . tanpa kita sedar , kita dah dedahkan suasana tak elok dan tak selamat kat budak2 . dah la under 12 . macam bangang , bapak yang bawak tu tak fikir agaknya kesan psikologi pada anak2 diorang . aku tahu la sebab aku belajar psikologi . orang yang tak belajar psikologi pun tahu rasanya bad effect BERSIH 3.0 ni terhadap kanak2 -.-

third , BERSIH 3.0 menyebabkan sampah-sarap bertaburan dan bersepah di jalan raya di kawasan yang terlibat selain kerosakan harta benda awam di samping membawa kecederaan kepada orang awam like cameraman TV Alhijrah yang dibelasah sebab nak tolong polis yang kena belasah kat depan SOGO semalam . Ambiga eh pengerusi BERSIH ? haa dia pun admit dia tak mampu nak kawal peserta demo dia tu . padan muka , lain kali buat la kat seluruh Malaysia, biar tunggang terbalik Malaysia ni .

rakyat Malaysia sendiri pun kadang2 aku tak faham jugak , apa yang nak dituntut sangat tu weh ? nak kata bantuan tak dapat , macam2 dah diberi . rumah la , gaji naik ,. satu lagi aku tak faham , tak suka kerajaan sekarang tapi orang bagi bantuan cepat je rembat . eyy tak malu eh ?

sorry la . aku bukan sokong siapa2 . UMNO ke PAS ke PKR ke BEBAS ke . sama je . politik itu sangat hipokrit dan kotor kalau tak kena cara . aku tahu sebab ada ahli keluarga aku orang kuat politik . that is why aku anti dengan politik bagai ni . Allah je yang tahu siapa benar siapa salah sekarang .

aku buat entry ni just sebab aku geram kesan buruk yang jadi sebab benda bodoh ni . memalukan Malaysia je . pelancong pun terkejut . Malaysia dah macam negara2 Islam kat luar sekarang . rusuhan tak habis2 . please ubah sikit mindset korang . bersyukur la dengan apa yang ada . jangan sebab politik umat Islam berpecah . harapkan pelajaran tinggi tapi pemikiran kolot , bukan orang berpelajaran namanya . anda setaraf dengan monyet kat hutan tu . bye

Sunday, April 22, 2012

kegersangan , kebuntuan dan sebagainya

camnie la rupa bila aku study last minute =.=
asal nak menaip je mesti takde idea . padahal kalau duk makan , mandi tu boleh list nak buat entry pasal apa . k aku dah malas nak cakap pasal bola kali ni , penat . semalam tidur 4 pagi duk discuss pasal bola . melampau kan . haha .

next week dah nak exam tapi aku ni macam biasa , sempat lagi baca novel , tidur , buang masa bagai macam final tu perkara biasa . korang ada tips tak caner nak sedarkan diri aku ni supaya tergerak hati nak study ? help me please -.-

p/s : harap sangat kolej aku buat study week , tak yah kerja . baru sempat nak cover semua topic .

Saturday, April 21, 2012

sime darby 2 terengganu 1

separuh akhir pusingan pertama terengganu vs sime darby . okay terengganu kalah dengan sime darby . macam haprak . kat sini aku bukan nak kutuk player main macam kucing ke apa , tapi coach terengganu tu , mat zan . tolong la letak jawatan . che mat jusoh sekali . eh diorang ni memang tak reti bahasa agaknya . or maybe diorang nak tunggu penyokong terengganu buat lagi rusuhan macam hari tu . kemonggg la weh , kami nak irfan bakti . takde dia pun , at least coach yang boleh bagi sumbangan and kekelkan/tingkatkan lagi prestasi terengganu macam musim lepas biar team lain pun respect kita . ni tak , macam malam ni , korang bayangkan , dengan sime darby pun kitorang boleh kalah . aku baca komen2 kat page terengganu fc and semua page yang berkaitan tu , semua pakat duk maki2 and desak mat zan dengan che mat jusoh tu letak jawatan . taktikal hancur , ntah pape . 3 serangkai yang dulu dia hancurkan . asyik harapkan doe sorang je . weh , barang pun kalau selalu guna lama2 function dia pun dah macam tak elok tau , apatah lagi manusia . lama2 nanti tengok la , mesti pancit awal tu . dah tu asyik dia je yang diturunkan . pastu pihak lawan memang dah aim dia dan akan kawal dia dalam padang .

hadi pulak sekarang asal last minute baru mat zan masukkan dia untuk ganti orang lain . macam game tadi , dalam 5 minit nak habis game , manaf out , hadi in . yer , memang berbaloi sangat la macam tu . baik dia jadi penonton je senang . sumpah mat zan pilih kasih . bluekk ! aku rasa musim depan hadi tukar team lain kot . nampak macam dia tak diperlukan je dalam team terengganu . bongok betul la . nak ulang sejarah 2001 la sangat . hello , 2001 tu bila ? sekarang already 2012 la ! boleh tak think forward ? ni asyik nak tengok sejarah lama je tak boleh jugak .

so aku mewakili awok2 ganu , tolong ah mat zan and che mat jusoh , bagi la peluang kat orang yang lebih layak untuk jadi coach and pengurus terengganu . bosanggg doh nan mu 2 orang . paceroh bagi alasan ! okay , memang diorang baca blog aku -.-

p/s : jangan bersorak ketika menang jika tidak mampu menyokong ketika kalah . masalahnya sekarang penyokong tak salahkan pemain , cuma kami mahu perubahan dalam pengurusan :) harap2 lepas ni terengganu dapat bermain dengan baik and pastikan piala FA jadi milik kita musim ni . peteh ganu peteh !



Tuesday, April 17, 2012

hargailah orang yang sayang korang

aku sebenarnya dah penat tahap infinity ni , kaki pun dah nak tercabut , urat saraf semua rasa macam dah putus sebab seharian kerja tak duduk langsung . ye laa , ada korang tengok nurse duduk goyang kaki mengadap komputer 24jam ? takde an ? adoi lenguhnya :( tapi tak kira , nak post jugak entry baru !

si R ni , dulu bukan main nak putus dengan awek dia , konon takde keserasian , bosan , rasa nak hidup single balik . so dia dump macam tu awek dia . janji konon tak nak tinggal , sayang gila2 sampai tak boleh nak berpisah langsung . kredit yang dulu selalu tergadai sebab selalu share kat awek , call ngan mesej dah tak dihiraukan . semua yang pernah dilalui sama2 , kenangan time lepak2 semua dicampak kat laut .

ala bila dah buang yang lama , menipu gila la kalau takde spare part an . tapi dia cakap dia tak boleh nak serasi dengan skandal2 dia tu . even tengah text dengan perempuan lain , muka ex dia jugak yang dia bayangkan . and baru dia sedar yang dia sebenarnya still sayang and perlukan ex dia .

so , dia pun campak ego dia jauh2 , text balik ex dia , mintak couple balik sampai minta maaf bagai nak rak kan . ala biasa la bila dah menyesal , tapi sayangnya ex dia tu macam dah kecewa sangat and tak nak terima dah si R ni . now si R tu memang menyesal gila sebab buat keputusan melulu dan sekarang dia dah kehilangan girl yang dia sayang sangat2 .


 okay sekian sahaja cerita merapu aku untuk kali ni . aku dapat idea nak create pasal ni masa dengar lagu SESAL MENDUA tadi . korang , hargai la orang yang sayangkan kita k ? tata ~

p/s : now playing 'SAAT TERAKHIR' by st12 . lagu first aku masa break up dulu . yer , aku jiwang malam ni . erghh , abaikan -.-

Monday, April 16, 2012

TERbahagia pulak malam ni

okay aku just nak cakap aku rasa bahagia gila malam ni . first sebab aku rewatched vanila coklat sehari suntuk , satu lagi sebab aku rasa memang aku dah suka kat sorang mamat ni . yer memang aku tak texting dengan dia , tapi tak tahu la . pelik kan perasaan ni ? suka main2kan kita . tapi takpe , suka je pun . bukan cinta . kalau cinta memang dah parah aku ni . hehe .



btw , korang ada tips tak nak hilangkan rasa suka ni ? sebab aku tak suka perasaan ni . nanti kalau sedih susah pulak . hmm :\

erm , k la aku nak study sikit ni . study la sangat . on9 pun ye jugak . bye ~

Sunday, April 15, 2012

in relationship with

single , in a relationship , in an open relationship , engaged , married , divorced . mana satu pilihan korang ? mana satu yang terpampang di wall korang sekarang ? honestly , aku sekali je buat status relationship ni , lepas tu tak dah . dah nama couple sekali , sekali je la kan . haha .

hewhew :p
tapi ada jugak yang single or couple tapi tak buat pun relationship kat fb . dah nampak kat situ kan kalau single tak semestinya kat fb kena buat single , couple pun macam tu . lagi bagus kan ? macam la wajib buat benda alah tu .

tapi ada 1 golongan yang sangat annoying and aku allergic sangat , seminggu sekali tukar status , married la , relationship la . pulak tu dengan orang lain2 . nak tunjuknya kita tu hot . senang dapat awek /pakwe . puii . guys , bila macam tu , orang tak cakap kau hotstuff tau  , tapi orang cakap kau murahan . betul . tak tipu ni . macam terdesak pun ada .

satu lagi , yang suka update status 'sape nak buat fake relationship dengan saya' + 'nak awek/pakwe sorang , sunyi la hidup single' ~ohmyyy , bongok sial . please jangan jatuhkan maruah anda sampai satu dunia tahu -.- rilek ah kan . aku tak couple rilek je . bukan mati pun .

k la weh , nak sambung tengok cite ni . korang pergi la lunch . jangan diet ! haha . bye ~

dataran pahlawan buat duit aku habis !

salam . hehe . tengok tajuk kat atas dah tahu kan kenapa duit aku habis . dah nama pergi dataran pahlawan , memang shopping la . takde kerja lain aku ni . hihi . kolej ni dah la sunyi gila , semua balik . takkan aku nak terperap pulak kat sini kan . so aku decide la nak keluar dengan kawan2 aku . aku ada la beli sikit barang . untuk aku , kawan aku and adik aku . nak tengok ? check it out ~

ni baju adik aku . hehe        


untuk kawan . limited edition ni tau :p

mine !
tu jela aku share kat korang . takkan nak tunjuk semua kan . apa ingat aku buat pameran baju ke kat sini ? haha . malam ni sumpah letih tapi bila dah jumpa lappy jadi segar balik and bersemangat nak update . hehe . so korang , enjoy !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...