aku sebenarnya dah penat tahap infinity ni , kaki pun dah nak tercabut , urat saraf semua rasa macam dah putus sebab seharian kerja tak duduk langsung . ye laa , ada korang tengok nurse duduk goyang kaki mengadap komputer 24jam ? takde an ? adoi lenguhnya :( tapi tak kira , nak post jugak entry baru !
si R ni , dulu bukan main nak putus dengan awek dia , konon takde keserasian , bosan , rasa nak hidup single balik . so dia dump macam tu awek dia . janji konon tak nak tinggal , sayang gila2 sampai tak boleh nak berpisah langsung . kredit yang dulu selalu tergadai sebab selalu share kat awek , call ngan mesej dah tak dihiraukan . semua yang pernah dilalui sama2 , kenangan time lepak2 semua dicampak kat laut .
ala bila dah buang yang lama , menipu gila la kalau takde spare part an . tapi dia cakap dia tak boleh nak serasi dengan skandal2 dia tu . even tengah text dengan perempuan lain , muka ex dia jugak yang dia bayangkan . and baru dia sedar yang dia sebenarnya still sayang and perlukan ex dia .
so , dia pun campak ego dia jauh2 , text balik ex dia , mintak couple balik sampai minta maaf bagai nak rak kan . ala biasa la bila dah menyesal , tapi sayangnya ex dia tu macam dah kecewa sangat and tak nak terima dah si R ni . now si R tu memang menyesal gila sebab buat keputusan melulu dan sekarang dia dah kehilangan girl yang dia sayang sangat2 .
okay sekian sahaja cerita merapu aku untuk kali ni . aku dapat idea nak create pasal ni masa dengar lagu SESAL MENDUA tadi . korang , hargai la orang yang sayangkan kita k ? tata ~
p/s : now playing 'SAAT TERAKHIR' by st12 . lagu first aku masa break up dulu . yer , aku jiwang malam ni . erghh , abaikan -.-
senang cakap. sayang semua org yg ada sekeliling kita :)
ReplyDeletetapi kalau diorang tak syg kita caner lak ?
ReplyDelete