Saturday, April 21, 2012

sime darby 2 terengganu 1

separuh akhir pusingan pertama terengganu vs sime darby . okay terengganu kalah dengan sime darby . macam haprak . kat sini aku bukan nak kutuk player main macam kucing ke apa , tapi coach terengganu tu , mat zan . tolong la letak jawatan . che mat jusoh sekali . eh diorang ni memang tak reti bahasa agaknya . or maybe diorang nak tunggu penyokong terengganu buat lagi rusuhan macam hari tu . kemonggg la weh , kami nak irfan bakti . takde dia pun , at least coach yang boleh bagi sumbangan and kekelkan/tingkatkan lagi prestasi terengganu macam musim lepas biar team lain pun respect kita . ni tak , macam malam ni , korang bayangkan , dengan sime darby pun kitorang boleh kalah . aku baca komen2 kat page terengganu fc and semua page yang berkaitan tu , semua pakat duk maki2 and desak mat zan dengan che mat jusoh tu letak jawatan . taktikal hancur , ntah pape . 3 serangkai yang dulu dia hancurkan . asyik harapkan doe sorang je . weh , barang pun kalau selalu guna lama2 function dia pun dah macam tak elok tau , apatah lagi manusia . lama2 nanti tengok la , mesti pancit awal tu . dah tu asyik dia je yang diturunkan . pastu pihak lawan memang dah aim dia dan akan kawal dia dalam padang .

hadi pulak sekarang asal last minute baru mat zan masukkan dia untuk ganti orang lain . macam game tadi , dalam 5 minit nak habis game , manaf out , hadi in . yer , memang berbaloi sangat la macam tu . baik dia jadi penonton je senang . sumpah mat zan pilih kasih . bluekk ! aku rasa musim depan hadi tukar team lain kot . nampak macam dia tak diperlukan je dalam team terengganu . bongok betul la . nak ulang sejarah 2001 la sangat . hello , 2001 tu bila ? sekarang already 2012 la ! boleh tak think forward ? ni asyik nak tengok sejarah lama je tak boleh jugak .

so aku mewakili awok2 ganu , tolong ah mat zan and che mat jusoh , bagi la peluang kat orang yang lebih layak untuk jadi coach and pengurus terengganu . bosanggg doh nan mu 2 orang . paceroh bagi alasan ! okay , memang diorang baca blog aku -.-

p/s : jangan bersorak ketika menang jika tidak mampu menyokong ketika kalah . masalahnya sekarang penyokong tak salahkan pemain , cuma kami mahu perubahan dalam pengurusan :) harap2 lepas ni terengganu dapat bermain dengan baik and pastikan piala FA jadi milik kita musim ni . peteh ganu peteh !



Tuesday, April 17, 2012

hargailah orang yang sayang korang

aku sebenarnya dah penat tahap infinity ni , kaki pun dah nak tercabut , urat saraf semua rasa macam dah putus sebab seharian kerja tak duduk langsung . ye laa , ada korang tengok nurse duduk goyang kaki mengadap komputer 24jam ? takde an ? adoi lenguhnya :( tapi tak kira , nak post jugak entry baru !

si R ni , dulu bukan main nak putus dengan awek dia , konon takde keserasian , bosan , rasa nak hidup single balik . so dia dump macam tu awek dia . janji konon tak nak tinggal , sayang gila2 sampai tak boleh nak berpisah langsung . kredit yang dulu selalu tergadai sebab selalu share kat awek , call ngan mesej dah tak dihiraukan . semua yang pernah dilalui sama2 , kenangan time lepak2 semua dicampak kat laut .

ala bila dah buang yang lama , menipu gila la kalau takde spare part an . tapi dia cakap dia tak boleh nak serasi dengan skandal2 dia tu . even tengah text dengan perempuan lain , muka ex dia jugak yang dia bayangkan . and baru dia sedar yang dia sebenarnya still sayang and perlukan ex dia .

so , dia pun campak ego dia jauh2 , text balik ex dia , mintak couple balik sampai minta maaf bagai nak rak kan . ala biasa la bila dah menyesal , tapi sayangnya ex dia tu macam dah kecewa sangat and tak nak terima dah si R ni . now si R tu memang menyesal gila sebab buat keputusan melulu dan sekarang dia dah kehilangan girl yang dia sayang sangat2 .


 okay sekian sahaja cerita merapu aku untuk kali ni . aku dapat idea nak create pasal ni masa dengar lagu SESAL MENDUA tadi . korang , hargai la orang yang sayangkan kita k ? tata ~

p/s : now playing 'SAAT TERAKHIR' by st12 . lagu first aku masa break up dulu . yer , aku jiwang malam ni . erghh , abaikan -.-

Monday, April 16, 2012

TERbahagia pulak malam ni

okay aku just nak cakap aku rasa bahagia gila malam ni . first sebab aku rewatched vanila coklat sehari suntuk , satu lagi sebab aku rasa memang aku dah suka kat sorang mamat ni . yer memang aku tak texting dengan dia , tapi tak tahu la . pelik kan perasaan ni ? suka main2kan kita . tapi takpe , suka je pun . bukan cinta . kalau cinta memang dah parah aku ni . hehe .



btw , korang ada tips tak nak hilangkan rasa suka ni ? sebab aku tak suka perasaan ni . nanti kalau sedih susah pulak . hmm :\

erm , k la aku nak study sikit ni . study la sangat . on9 pun ye jugak . bye ~

Sunday, April 15, 2012

in relationship with

single , in a relationship , in an open relationship , engaged , married , divorced . mana satu pilihan korang ? mana satu yang terpampang di wall korang sekarang ? honestly , aku sekali je buat status relationship ni , lepas tu tak dah . dah nama couple sekali , sekali je la kan . haha .

hewhew :p
tapi ada jugak yang single or couple tapi tak buat pun relationship kat fb . dah nampak kat situ kan kalau single tak semestinya kat fb kena buat single , couple pun macam tu . lagi bagus kan ? macam la wajib buat benda alah tu .

tapi ada 1 golongan yang sangat annoying and aku allergic sangat , seminggu sekali tukar status , married la , relationship la . pulak tu dengan orang lain2 . nak tunjuknya kita tu hot . senang dapat awek /pakwe . puii . guys , bila macam tu , orang tak cakap kau hotstuff tau  , tapi orang cakap kau murahan . betul . tak tipu ni . macam terdesak pun ada .

satu lagi , yang suka update status 'sape nak buat fake relationship dengan saya' + 'nak awek/pakwe sorang , sunyi la hidup single' ~ohmyyy , bongok sial . please jangan jatuhkan maruah anda sampai satu dunia tahu -.- rilek ah kan . aku tak couple rilek je . bukan mati pun .

k la weh , nak sambung tengok cite ni . korang pergi la lunch . jangan diet ! haha . bye ~

dataran pahlawan buat duit aku habis !

salam . hehe . tengok tajuk kat atas dah tahu kan kenapa duit aku habis . dah nama pergi dataran pahlawan , memang shopping la . takde kerja lain aku ni . hihi . kolej ni dah la sunyi gila , semua balik . takkan aku nak terperap pulak kat sini kan . so aku decide la nak keluar dengan kawan2 aku . aku ada la beli sikit barang . untuk aku , kawan aku and adik aku . nak tengok ? check it out ~

ni baju adik aku . hehe        


untuk kawan . limited edition ni tau :p

mine !
tu jela aku share kat korang . takkan nak tunjuk semua kan . apa ingat aku buat pameran baju ke kat sini ? haha . malam ni sumpah letih tapi bila dah jumpa lappy jadi segar balik and bersemangat nak update . hehe . so korang , enjoy !

Friday, April 13, 2012

perasaan tak boleh dipaksa

morning bloggers :) since keje petang hari ni , why not aku update entry kan . entry hari ni inspired by 1 sms dari kawan aku . dia ni dah clash dengan pakwe dia . now pakwe dia pun dah ada orang lain and diorang memang nampak bahagia gila la . upload gambar sama2 bagai .

kalau korang laa kan , tengok gambar ex korang dengan awek/pakwe baru dia ? apa korang rasa ? kalau aku la , memang sedih . yelaa , tempat kita dah diganti dengan orang lain . susah sangat nak lupa orang yang betul2 kita sayang . orang yang tak pernah rasa korang tak payah la susah2 nak luahkan perasaan sedih korang kat dia sebab diorang mesti cakap "kau lupa jelaa dia , cari orang lain" atau "move on la , dia dah tak nak kau" . sakit hati kan ? haha . dulu macam tu la aku rasa . diorang memang tak memahami . betul , nak move on bagai ni , it's really needs time okay . bukan senang2 boleh lupa . nak2 kita hari2 mengadap muka ex kita . 

so aku harap lama2 nanti kawan aku tu boleh la lupakan ex dia tu , jangan terburu2 , sebab perasaan memang tak boleh nak dipaksa . aku pun almost 1 year nak lupakan ex aku . don't worry . Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya . keep on praying babe :)

oh , aku nak cakap aku suka lirik lagu kosong by najwa latif .

KINI AKU BANGKIT , MEMBUKTIKAN YANG KU TAK SAKIT 
DENGAN SEGALA PERIT YANG KAU BERIKAN 

lirik tu aku dedikasikan khas untuk ex aku - RAFIZIE RAFIQ ADHA - till now aku still ingat last message kau " I NEED MORE TIME AS A SINGLE , BE STRONG , DON'T CRY . THANKS FOR EVERYTHING . BYE" . thanks again for that message , now aku dah boleh jadi apa yang kau nak tu . semoga bahagia dengan jalan yang kau nak sangat ni .  okay jujur gila aku . 

to kelyp , you too . be a strong girl sygs . if aku boleh , kau mesti boleh ! 

Friday, April 6, 2012

nurse-wanna-be

erk . teyba rindu kat patient :|
hye hye hye ! lama gila tak sentuh blog . busy sangat sangat :| now aku dah start posting . minggu ni kat wad surgical (male) . ala , yang nak tunggu turn nak g operation theater(OT) tu . nak lagi senang orang yang nak masuk dewan bedah . haha . yang dah lepas operate pun stay situ jugak . wad tu okay laa . tak busy sangat . patient pun semua best . bila aku dah start kerja ni , aku rasa macam makin sayang la weh kat bidang nursing ni . bila kita rawat patient tu dengan baik , rasa puas hati tau . and rasa sangat dihargai even diorang just cakap terima kasih . TERIMA KASIH . dengar simple kan ? tapi perkataan2 tu dah cukup nak hilangkan penat aku . hihi . patient pun ada yang hensem2 . doktor pun . wakaka :p

kat hospital jugak macam2 perangai aku boleh tengok . bini yang care gila kat husband dia , mak yang sanggup tak balik sebab nak temankan anak dia , patient yang lawak2 and sempoi . tapi ada jugak part tak best . sebab ada sorang patient tu 2 hari tunggu anak dia datang ambik , bila call anak dia cakap lepas habis kerja datang ambik tapi tak datang2 . asyik ulang alik uncle tu tunggu anak dia kat depan pintu wad . aku yang tengok pun macam sedih weh . teringat pulak kisah anak tinggal mak bapak kat hospital tak ambik2  dalam paper yang hari2 kita baca tu . tapi nasib baik gak akhirnya anak dia datang ambik jugak uncle tu . kalau tak tahu la aku apa nak jadi . haih . macam2 .

bila dah jadi nurse tak bertauliah ni jugak la macam2 jenis penyakit la boleh tau . hiv , hepatitis b , yang bahaya2 and high risk tu semua kita redah je . ye laa . takkan nak ignore pulak pesakit camtu kan ? tapi tu laa , diri sendiri tu kena jaga dulu . basuh tangan before and after touch patient . adoi , aku dah macam buat entry bertemakan kesihatan pulak . mesti bosan kan ? haha .


chow dulu la . esok dah la kena bangun awal . ada walkathon . huh . tension -,-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...