Saturday, December 15, 2012

selepas dua tahun

semalam , 15 disember . birthday si RRA . siapa dia ? oh hanya sebahagian kisah lama zaman cinta monyet dulu . lawak . nakal . itu persepsi aku sekarang . setelah 2 tahun . yes , 2 tahun . oh jangan risau . aku bukan nak cakap aku masih mengharapkan dia . tidak sama sekali . langsung dah takde perasaan tu . hebat kan aku ? hak tuih . haha .

aku rasa macam takde motif pun aku nak update entry ni tapi lepas godek-godek balik entry lama , tetiba teringat kat kisah lama dulu . hamboii baru form 5 tapi feeling bercinta tu macam orang baru kahwin . dah putus tu mula la haru biru gila . sumpah sedih . aku pun rasa macam menyedihkan gila keadaan aku masa baru putus . call hasrul tengah-tengah malam sambil nangis . and hasil yang aku dapat , sampai hari ni dia duk ungkit pasal tu . choi la .

ala tapi tu cite 2 tahun lepas . sekarang aku dah okay la . sampai sekarang tak couple weh . bangga sikit :p dia pun sama . yang paling okaynya , kitorang still contact macam biasa . tapi takde la hari-hari macam dulu kan . kadang-kadang tu ada la bbm . aku pun ada wish birthday dia semalam . nasib baik ada facebook . kalau tak sumpah aku lupa . see , sampai ke tahap tu okay .

bagi aku yang lepas tu lepas la . takde apa yang perlu dikesali . semua tu pengalaman . pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan , membuat kita lebih berhati-hati dalam menilai orang , lebih matang dalam mencari cinta . profesional la . lagipun , kitorang pernah jadi kawan sekelas 2 tahun okay . buat apa nak gaduh sebab kisah cinta monyet yang tak seberapa tu . eceh . macam kaunselor pulak kan ;)

 buat yang tahu pasal ni , baguslaa . yang still tertanya-tanya siapa RRA , tentang apa entry ni , kenapa aku post macam ni , sila rujuk 2 tahun lepas . pastikan korang nangis baca entry lapuk tu k . hahahaha :p




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...