Monday, February 25, 2013

hey wonderland


weekend kali ni aku and 7 orang lagi member aku sepakat nak pergi wonderland . bagi aku , takde laa best sangat sebab permainan tak banyak and tak berapa nak ekstrem . haha . tapi boleh la layan . harga untuk dewasa bagi hujung minggu RM30 . hari biasa RM26 . tak berbaloi sangat aku rasa tadi . tak tahu laa kenapa . haha . tapi kitorang still enjoy and boleh laa nak release tension jap tadi :)

lepas ni plan nak g pantai puteri . nak picnic . jom !

unik kan benda alah tu . haha


setelah penat mandi manda :D


jane rosli :)
okay tu je gambar yang ada dalam phone aku . sedih kan ? kitorang banyak guna kamera and phone samsung kawan aku . korang pun faham laa kan , bb punya kamera bukan umphh sangat pun . lalala .

oh korang nak tengok tak aku main apa tadi ? let's :)

p/s:

dari pandangan atas .






ni paling challenging . kalau tak pandai control habis la tak boleh turun . hahaha
ni lawak . aku tersangkut tak boleh turun . ngeri oi . haha
nak main paintball pun boleh .
dinasour park pun ada . tapi aku tak masuk tadi . panas ok =='
ni kawasan bebudak . kita tak layan :p
x main pun . dah rosak =='
maskot2 wonderland yg comel2 !
so jom try datang ke sini . haha
nak main ni kena sewa tau . terbaik la yang ni (y)






Friday, February 15, 2013

hari terakhir di terengganu



hye . gila berhabuk blog aku ni . lama rasanya tak update . hajatnya nak update masa sampai kat rumah hari tu tapi hari ni baru berkesempatan . maklumlah busy sangat . kononnya laa (n)

cuti kali even seminggu tapi rasa macam tak puas . tak banyak makan masakan ibu . yelaa dah hari-hari keluar makan fast food , kafe je kan . sampai nak termuntah aku mengadapnya =='

hari ni since last day aku boleh berjimba kat ganu , aku ingat tak keluar dah kot sebab member-member dah sibuk nak balik uni kan . tetiba tadi masa otw balik ke rumah dari atas tol kawan aku bbm ajak keluar . hmm macam best je kan so aku pun apa lagi , on laa . hewhew

kitorang just keluar makan , singgah guardian beli barang aku , pastu g kedai phone sebab nak pasang screen protector then aku ajak dia ke al ikhsan . duk usha-usha tadi berkenan laa satu baju . rembat laa weh . hihi . aku tengok jersi menyu tadi 200++ baru nak beli , tak jadi laa . haha . kan ada yang makan maggi kat kolej nanti :p

sekejap je keluar tadi sebab hari ni dia kerja petang . hmm tu laa gatal nak kerja sementara tunggu habis cuti sem . terpaksa laa berkorban masa sikit kan . nasib baik hari ni sempat jumpa . so balik around 1pm . okay laa tu . tapi yang kesiannya , dah laa kawan aku rushing nak balik , wax rambut dia pulak tertinggal dalam beg aku . terpaksa datang rumah balik . haha

hmm , tu je sebenarnya nak cite . entry sempena last day kat rumah . haha . motif ? esok balik melaka . bye . =='

p/s : stress baca entry diri sendiri ni . takde point . haha

Friday, February 1, 2013

al kisah di januari

kemain lama tak update blog ni . dah berhabuk ni haa . bukan setakat blog berhabuk , lappy pun join sekali . choi . well , banyak perkara berlaku sepanjang aku tak update ni tapi takkan aku nak story semua kan . mau jadi esei 50 000 patah perkataan nanti . hamboii over nau =='

okay first aku nak cerita yang sekarang memang aku busy dengan upcoming test , habiskan sesi teori yang berbaki seminggu lagi , busy dengan latihan kawad dan busy dengan segala-galanya . so conclusionnya , memang aku tak sempat la nak berfoya-foya bulan januari baru ni .

second , baru ni aku jadi wakil sem untuk permainan badminton and futsal . badminton kalah , futsal sampai semi final . orang yang gatal kaki macam aku ni memang tamak haloba . dah tau tak reti main sibuk nak join sekaki . wawawa ~

thirdly , next week balik rumah and seriously tak sabar sebab bb aku dah ada . dia gantikan dengan bb baru sebab under warranty lagi . muehehe . tapi tetiba rasa nak try pakai note 2 . jealous tengok member guna . macam best je . hewhew . tapi memandangkan aku sekarang tengah berjimat , so tak boleh nak ikut nafsu sangat . pakai je mana yang ada . tsk tsk .

lastly , aku dah kesuntukan masa . aku kena turun skill lab ni haa . nak buat praktikal . so hingga berjumpa lagi . zzz ~

p/s : ahad ni kena join program ape ntah kat utem . rezak !

saja menggedik letak gambar sendiri . well , hye february <3

Saturday, January 12, 2013

elaun dibekukan ? wakluu

hye . lama rasanya tak update . busy gila kot . assignment hari-hari dapat . kena buat presentation laa , video laa . penat bhai . hari ni pulak even hari sabtu still ada kelas . kelas ganti untuk raya cina nanti . choi macam sekolah . sekolah pun tak macam ni aku rasa . dah laa hari ni bengang gila bila dapat tahu phone aku still tak boleh ambik lagi . arghh !

satu lagi yang spoil , apa ke bangangnya elaun pakaian , buku semua tu dibekukan . elaun pulak diturunkan ke 800 . announce kat tv 1000 . hakikatnya warga spa macam aku je tahu perkara sebenar . so orang luar tak payah laa kot sibuk-sibuk nak perli elaun kitorang banyak . bulan ni kalau ditolak dengan semua yang nak kena bayar tu , baki bersih tinggal around 100 je dari 800 tu okay . terbaik ah *** .

lain kali tu kalau takde duit takyah memandai announce bukan-bukan kat kitorang and masyarakat . jangan menipu rakyat . tak baik okay . huh ==' tu laa sibuk bagi rebat tu rebat ni , tapi hak kami bakal penjawat awam dipinggirkan . lol .

tak nak la komen panjang-panjang . nanti makin rude pulak ayat yang keluar . hoho . tapi aku nak tegaskan , aku bukan tak bersyukur dapat 800 , tapi korang yang sibuk nak perli-perli kitorang ni , try jadi warga spa sehari , kira agak-agak  cukup ke tak elaun tu dalam sebulan . sekian .

money is important than love for this critical month !



Saturday, January 5, 2013

hye . i'm in second year :)

seminggu aku di melaka , seminggu jugak aku dah habiskan untuk attend kelas . assignment jangan cakapla weh . first day kelas tu , aku dah dapat 3 assignment okay ==' on the next day tu jangan cakap laa , dah nak muak aku nak bukak beg aku . tapi yelaa , bukan student namanya kalau takde assignment kan .

fail ! mata tengok kat mana tu =='
oh btw , this sem , aku dah semester 3 . dah second year . dah bersayap biru . dah makin banyak laa tanggungjawab . this sem ni jugak laa aku boleh masuk labour room , jaga baby semua . uihh excitednya !

tapi sem ni ada yang kureng sikit laa bab kumpulan . dah tukar-tukar ahli . aku memang tak pernah lagi kerja dengan ahli baru ni except ira so tak tahu laa camne nanti kan . tengok laa time kerja nanti . huhu .

yang lagi kureng , sem ni tak banyak cuti . yelaa awal tahun kan . if i'm not mistaken , 2 kali je kot ada cuti yang membolehkan aku balik terengganu . time cuti CNY and mid sem break . setakat cuti sehari tu hmm macam tak berbaloi laa kan nak balik rumah .

cuti CNY nanti aku kena cari tiket cepat-cepat , takut jadi macam sebelum ni , tiket habis . tak memasal terpaksa turun kl dulu . lepak rumah cousin kat sepang . orang dah 2 hari cuti aku baru nak balik terengganu . tak ke membazir cuti namanya tu =.=

hmm sem ni dapat lecturer yang semuanya boleh dikatakan agak strict and suka bagi assignment . tak macam last sem . letih la sem ni . first week pun dah macam ni , lepas ni tak tahu la . tapi aku rasa boleh overcome lagi kot stress ni . dah terbiasa stress jadi budak nursing ni . lalala .

eh bukan benci nursing . bukan . cuma ....

okay aku nak jalan-jalan kat blog orang lain . babai uolss . enjoy your weekend :)

Saturday, December 29, 2012

detik terakhir sebelum ke sana

last day im in terengganu . esok fly back to malacca . mana ada sedih woi . dengan assignmentnya x siap lagi , dengan packingnya pun belum . memang 100% aku tak ready langsung nak balik kolej . sebulan memang tak puas la cuti . dah laa next break time chinese new year . lambat lagi . sob sob .

wuwuwu sedihnya nak balik melaka :/
next year aku baru masuk sem 3 . kalau kat uitm tengah study sem 4 dah ni oi ==' dah jadi senior sangat laa . hmmph . dah la balik melaka kena pindah rumah , punggah barang semua . hadoii part tu yang malas . buku berkotak-kotak . printer lagi . luggage 2 biji . eh memang laa aku suka berpindah randah ni kan .

tu part bila dah sampai rumah . ni part yang lagi best , balik without phone bhaii . i mean bb laa . so sementara bb tengah repair tu , aku pakai phone lama aku laa . both are nokia . note 2 ? hmm dulu ayah aku nak belikan tapi aku tak nak , konon samsung tak best macam bb . ni dah takde bb rasa tak best pulak .  menyesal pun ada :/

yelaa , selama ni time bosan senang je nak on9 ke , tweet dengan member-member . ni takkan asyik nak bukak lappy pulak kan . macam takde kerja je . haha . okaylaa , aku nak sambung tengok tv ni . kbai ~


Sunday, December 23, 2012

CONTEST 'NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

disebabkan hadiahnya yang ohsem ni maka aku berminat la nak join . mencuba nasib sekali sekala tak salahkan ? muehehe . boleh refer sini untuk keterangan lanjut :D

 i wanna tag MiyraAnnCik Cammy Lia and Fara E's . good luck !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...