Thursday, December 29, 2011

bengang laa bila...

korang pernah rasa bengang tak . "tak pernah" . okay sape jawab cenggitu boleh aku lempang laju-laju tak ? nampak benor nipunye~ hahaha . aku pun kadang-kadang bengang jugak tapi bukan saja-saja hobi aku membengangkan diri . of course la ada sebab kan . kalau nak list baik aku buat esei 1500 patah perkataan je kan ? haha . so aku nak list 5 je la . hihi . *padahal malas nak taip



  1. seharian sibuk ke hulu ke hilir , masuk jamban pun bawak fon sebab tengah tunggu incik sayang or mesej penting sampai . then bila fon bunyi , cepat-cepat open message . bajet dia yang text . last-last tengok celcom . tak pun mesej bangang-bangang yang menyemakkan tu . 
  2. tengah syok layan cerita pastu ada orang text . tak pun dia sibuk nak cerita versi dia pulak . adoi ~
  3. duk tengok bola , pastu sampai part kat depan pintu gol , tetyba siaran terganggu . nak-nak astro bila hujan . shit .
  4. dengan penuh semangat pegi kelas awal , sampai depan pintu kelas dapat mesej "weyh , kelas batal , jom basuh baju" . woi , aku kat depan kelas dah ni gila !
  5. paling last and paling aku bengang , dah pinjam orang reti-reti la sikit hantar balik . jaga la betul-betul . sial la . 
p/s : okay la . dah lama sangat dah nie mengadap lappy . sakit mata . daa ~



takde kaitan -.-


Wednesday, December 28, 2011

geng uitm , korang terbaik !

orang sibuk fokus kat ayam aku fokus kat kamera -.-
menghabiskan sisa-sisa hari terakhir di terengganu sangat dan teramatla memenatkan okay . almost everyday keluar including on today . tapi hari nie special and aku terharu sangat-sangat . mana taknya , classmates aku masa uitm sanggup turun ke kuala terengganu semata-mata nak jumpa aku before aku ke melaka . dah la kebanyakannya stay kat dungun , kemaman and besut . sumpah aku tak pernah dapat kawan yang sanggup susah payah organize macam-macam untuk aku . kalau ada pun time birthday aku last year . 

tadi kitorang buat bbq kat lagun . haru la jugak kan nak bakar ayam tu . nak kipas-kipas bagai . dah rasa macam jual sate lak tadi . haha . nasib baik ada sufah . dia expert la kan bab-bab ni . hoho . pendek cerita memang enjoy gila tadi even hujan turun sekejap-sekejap .

keadaan ayam . hahaha
lepas makan , kitorang pergi TER . apa lagi , boling la . hahaha . malas nak taip . tengok je gambar . sometimes pictures can tell you everything . hihi . betul tak ?

gaya hancur . haha
pastu aku , sufah , ain and mira terus pecut ke rusila sebab shima and fizi nak jumpa jugak aku . oh diorang tak dapat nak join sejak awal . diorang from kemaman . bertolak since pagi tapi sampai nak dekat maghrib . tak logik kan ? nak tau kenapa ? diorang accident lorh :'( tapi sebab nak jumpa jugak aku , kitorang decide jumpa kat salah satu restoran kat rusila tu je . lepas diorang buat report polis terus pecut datang kat aku . terharu weyh . dari jauh kot . jumpa sekejap then terus balik . hmm .
semangat je gaya aku kan ? =='




ni ex classmate and roommate aku . rindu dah terubat sikit :')
ni fizi . kecik tapi orang panggil along . tak faham aku . haha
hope lepas ni aku boleh jumpa diorang lagi . aku tengah rungsing nie . ada kawan merajuk sebab hari tu aku cakap nak pergi uitm tapi last-last aku tak pergi . bukan sengaja tapi memang aku tak dapat nak pergi . sorry sangat-sangat . nanti ada rezeki kita jumpa la . huhu .

aku dah nak off la slow-slow . pening sangat . btw thanks geng . susah nak jumpa kawan-kawan yang gila baik macam korang . bye ~

p/s : sorry kalau gambar berterabur . aku dah penat nak betulkan tapi still jadi biol macam ni . lantak ah =='

Tuesday, December 27, 2011

kasootttttt

hye ! since mood nak blogging dah sampai , why not aku update kan ? hihi . nak cerita pasal kasut la pulak . kalau dulu aku suka sandal je sebab cepat nak pakai and simple tapi sekarang aku prefer sneakers or flat . aku jadi tukar taste ni sejak aku duduk dungun dulu . sana kalau panas memang membahang gila2 . kolej aku nak ke kelas pulak perghh boleh tahan jauh . kat sana aku jalan kaki and berbasikal je . resort campus la katakan . okay takde kaitan ==' mula2 aku pakai sandal je la kan . tak sampai sebulan kat sana kaki aku dah ikut bentuk sandal tu . kawan2 aku pun sama . even tak obvious sangat tapi still nampak kalau tengok betul2 . start masa tu la aku start beli kasut . mula2 kasut hitam . tapi riwayat dia tak panjang . dah rosak . aku buang .

then aku beli sneakers lain masa aku pergi ts hari tu . hihi . biasa la , yang patah tumbuh , yang rosak berganti . :p




then aku beli flat shoes sebab yang lama pun dah rosak . damn . saje je nak habiskan duit aku . nasib baik tahan lama kasut tu . still elok . kat sana hari isnin wajib aku pakai . formal day an . kasut bertutup itu wajib . hihi .



tapi kadang2 aku ni gila jugak . pantang nampak yang lawa terus beli . tapi tak guna pun . such a waste . nak claim balik duit kat kedai boleh tak ? haha .



hmm memandangkan next week dah nak ke negeri orang , ayah aku suruh beli kasut lain . yes ! hahaha . aku pun apa lagi , terus roger kawan aku , ajak teman pergi ke al-ikhsan . bahagia je masa tu kan ? mwahaha .



apapun , sandal still jadi pilihan aku kalau aku malas nak berkasut2 bila outing dengan kawan . simple and sweet . hahaha . satu je jadi favourite aku sekarang . sandal2 lain aku dah tak pakai sebab dah tak selesa . nak buang tapi ibu aku marah :/


p/s : malasnya nak packing . hadoii ~



Monday, December 26, 2011

makna di sebalik lagu

There's always a certain line in a song that will always stuck in your mind because it reminds you of a place , a moment or a person .
semua orang ada lagu fevret an ? sama la macam aku . tak perlu la kan nak list . aku saje post pasal lagu nie . bosan .

aku suka banyak lagu . taylor swift , bruno mars and secondhand serenade . semua aku dengar . sebab lirik lagu diorang macam memahami jiwa aku je . haha . pastu  kalau dengar lagu cintan cintun pastu mesti perasan certain lyrics tu dia tuju kat kita . nak nak masa tengah sakan bercinta . eh tapi time tu tak sangat .time break la baru terasa sangat . betul tak ? sila hangguk kepala sekarang . haha . 

hmm tak kisah la korang suka lagu apa but beware la for those yang minat lagu omputih je tu . macam aku , minat jugak tapi kalau nak ikut sama menyanyi tu faham betul-betul makan liriknya . contoh lagu it will rain tu . aku suka lagu tu tapi aku tak nyanyi sama . aku dengar je . sekarang dah tak layan dah . hoho .

p/s : fevret song korang sekarang lagu apa ? share la kat kita :p 

jadual dah macam retiss

assalamualaikum uollss ~ adoi baru time cenggini baru boleh jenguk blog kesayangan aku ni . lately ni aku busy je memanjang . susah jugak nak jadi warga kerajaan ni . bersepah sepah nak kena settlekan . dah 2  minggu still tak habis-habis lagi . tak macam masa nak masuk uitm . simple macam nak korek hidung je . hahaha .

entry kali ni aku nak story apa yang aku buat sepanjang hari ni . 

first 
tadi around 8.30 a.m si liyana datang pick up aku . kitorang nak pergi hospital , nak adjust tarikh dapat result medical check up . dorang suruh ambil 1 januari . memang tak la kan . sebab on that date kitorang dah nak gerak . ye la . bukan dekat . liyana kat selangor , aku kat melaka . penat la kalau nak gerak 2hb . but before that pergi kutip shelly pulak barulah straight ke hospital . nasib baik dapat tadi result tu . alhamdulillah  lega sangat-sangat :) tapi serabut jugak la tadi . 5 jam tunggu turn nak jumpa doktor . sambil tunggu turn tu sempat keluar pergi makan jap . haih . kes tadi ramai gila kot budak-budak plkn pun datang nak buat medical check up . pukul 2 baru blah dari hospital . 

second
tu first place kitorang pergi . second , ss . teman liyana and aima ambil sijil pmr . 

third
singgah kat masjid kat kuala ibai . solat zohor . sibuk macam mana pun , takkan nak tinggal solat . ye dak ? :)

fourth
pergi sekolah teknik airport . liyana and aima nak usha kot-kot sijil spm dah keluar . dan jugak la beli air tebu kat luar pagar sekolah tu . hihi .

fifth
pergi mydin mall . aku and liyana shopping barang-barang sikit nak bawak pergi kolej . sikit la sangat kan ? almost seratus ringgit habis kat situ . grr . 

sixth
dalam 6.30 p.m kitorang ke pustaka seri intan . fotostat dokumen-dokumen yang diperlukan . sumpah banyak . penat nak susun . adess -.- 

seventh
then gerak pergi kedai gambar . ambil gambar pasport . 

dah maghrib baru balik and sampai rumah . sumpah penat gila . pening sampai rasa nak demam . huhu . 

p/s : ada ke patut doktor tu tick kat borang kesihatan aku tu positif hepatitis b ? nasib baik shelly perasan . kalau sampai kat melaka baru nak perasan mati aku . penat jugak doktor minta maaf dengan aku tadi . haha . kesian pulak . nampak macam doktor baru je . adoi . bahaya , bahaya . silap hari bulan gelap future aku . huahuahua .

doktor kenapa salah tick ? sedih saya . tak pasal-pasal je positif :(

Saturday, December 24, 2011

perghh . dasyat siot !

hye hye hye . okay aku nak update pendek je sebab aku nak cepat ni . nak g tengok melodi . *nak tengok zizan je sebenarnya . masa aku duk buka page group uitm tadi , ada sorang student ni post picture .



cuba teka ni kat mana ? okay sebenarnya jalan straight nak pergi u aku . eh silap . bekas u . teruk kan ? ye la , kampus tu kan betulbetul depan pantai . hmm takutnya .  kenapa boleh jadi macam ni ? hakisan ke ? or ombak kuat sangat ? ntah la . aku takde spesific answer la . tak tahu . haha . 

okay la . got to go . tata !












Wednesday, December 21, 2011

kenangan pmr

hye hye hye :) lately nie rasa malas betul nak update . blogwalk je la kalau buka pun . busy sikit . *yela tu esok budak pmr nak pergi amek result kan ? good luck ye adik adik . *tetiba jadi caring pulak kan teringat pulak masa aku nak amek result dulu . time kat rumah aku cool lagi nie . sebab masa tu aku target at least aku achieve dalam 6A2B even trial aku dapat 2A4B2C je . haha . dulu aku kurang study sikit . suka study last minute . dah la last minute , study mainmain pulak tu . phone tak pernah berpisah dengan aku .

dulu aku stay hostel even rumah aku dengan sekolah dekat gila , dalam 3 kilometer kot tapi parents aku especially my mum suruh stay hostel . belajar berdikari katanya . okay fine ~ honestly dari form 1 aku tak boleh nak study ramairamai kat hostel tu sebab bila dah ramai bagi aku 55% je betulbetul fokus study . selebihnya sembangsembang la .

and satu lagi gangguan aku yang paling obvious , handphone . asyik texting je kerja . konon tengah in love gilagila la kan . puii ~ sampai nak study pun sayang nak tinggal .betapa bengongnya aku masa tu . adik adik jangan ikut tau :)

erm tu puncapunca kegagalan kan ? hahaha . nie time nak tunggu result pulak . kalau kat rumah aku boleh selamba badak je , lain pulak bila dah ada kat sekolah . biasa la bila dah jumpa kawankawan kan . masingmasing pakat buat ramalan kitorang akan dapat berapa nie . aku dengan confident still cakap 6A depan diorang tapi dalam hati 40% je probability tu . hikhik .

but still , bahkan makin confident sebab datang la senior aku yang handle program nak announce result hari tu , dia cakap yang dapat straight a batch aku paling ramai . dalam 200++ . dah kalau macam tu , korang bagi tahu la caner aku tak perasan dapat straight a jugak . haha . 

bila dalam dewan , pengetua announce la kan nama yang dapat tu . yes dan malangnya di saat aku mencintaimu , eh silap . di saat kawankawan dapat 5A-9A , aku dapat 4A4B je okay . isk isk . sedih gila la aku kan . parents pun tak expect aku dapat teruk macam tu . and kesannya , aku disuruh keluar hostel and stay kat rumah . yes ! haha .

lamalama bila dah redha tu , aku dah think forward dah . tak nak ingat result aku yang memalukan tu . tapi aku jadi stress balik bila awal form 4 , dia tak bagi pilih aliran . i mean sekolah dah tetapkan , yang 7A-9A sains tulen , 5A-6A sains akaun , 4A-3A akaun , 2A-1A seni . aku tension sampai terfikir nak pindah . tapi stay situ jugak akhirnya .

and now , im eighteen-year-old and semua tu a part of my sweet and unforgettable memories . bagi aku , gagal sekali , doesn't mean we'll live in failure for the rest of our life . Allah kan maha adil . HE knows what the best to us .

lepas buat entry ni , tibatiba rindu kat sekolah . rindu semua yang aku lalui dulu . suka duka kat sekolah . memang tak boleh nak diganti dengan apaapa pun . too valuable and precious . those yang cakap sekolah tu bosan or korang rasa tak sabar nak habis sekolah sebab dah malas nak hadap buku , cikgu garang or whatsoever , you'll be regret dear . trust me , habis je korang jawab your last paper in spm , korang akan start rindu everything yang korang lalui sepanjang kat sekolah :') yang korang selalu benci tu la yang paling korang rindu . yes memang lepas tu boleh hang out , but still tak sama . so enjoy je la saatsaat korang kat sekolah okay ? and study rajinrajin . sesungguhnya jadi seorang yang dewasa tak seindah yang disangka .

team sport scince . aku takde sebab pergi stadium time tu . grr .

after graduate . 

jamuan akhir tahun .

before paper bm spm . kitorang lunch kat bawah pondok kat pantai belakang sekolah . hihi . tu nama kami :)

p/s : sorry . cerita pasal pmr tapi pictures semua masa spm . hehe .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...