Wednesday, December 12, 2012

hye uitm dungun , here i come again :*

lama . cukup lama rasanya tidak menjenguk blog kesayangan . 12.12.12 , rabu . nothing special on this date bagi aku . sama je macam hari lain . oh motif aku menaip hari ni bukan nak story pasal 12.12.12 pun . saje nak cakap aku baru balik from uitm dungun :D

dah lama sangat plan nak g sana , tapi tak pergi pun . kadang-kadang nak buat sesuatu ni tak perlu plan pun kan . rasa nak buat , kita buat je . aku tergerak hati nak pergi pun lepas lutfi bbm ajak pergi sana . kebetulan bosan takde buat apa-apa kat rumah , why not aku join sekaki kan .

so dengan semangatnya pergi semalam , then sampai depan uitm teragak-agak nak masuk ke tak sebab bila dah jadi ex-student ni , feel tu lain sikit . rasa takut nak masuk pun ada sebab kita dah jadi orang luar kan even boleh je nak menyamar sebab aku still ada kad matrik uitm . plus rules uitm sekarang makin ketat . menyampah . tapi aku macam biasa , berani mati je masuk . mula-mula jumpa rid tapi sembang kejap je sebab dia tengah rushing nak pergi kelas . then aku terus heading to duyung , lepak kat bilik syima , tumpang solat . takleh blah geng-geng dia yang lain . macam tak caye aku ada kat sana . haha . excited bukan main =='

then pukul 2 , saiful dengan al datang ambik aku . stay rumah al la senang kan . lieyana pun ada sekali . si nana pulak takde sebab baru balik dari singapore :( tapi memang enjoy la bila dah together dengan geng-geng rapat ni kan . teringat zaman dulu . oh lupa , al dengan lieyana dah bertudung sekarang . comel sangat :)

semalam kitorang masak lunch sama-sama , then malam tadi buat kek for abeed's birthday . siap je kek tu suruh si azri datang ambik . pukul 1 kot . sanggup tu haa . haha . yang sedihnya , lupa nak makan kek tu sikit . choi .

pagi tadi aku bertolak balik ke KT . sekejap je ke sana . saja nak melepaskan rindu kat dungun . konon . ahaks . hope lepas ni boleh jumpa lagi . sayang korang :*

Friday, December 7, 2012

Saturday, November 17, 2012

hey love

tidak terlalu berharap , cuma inginkan yang lebih baik dalam perhubungan . lebih matang , lebih rasional . jodoh , ajal dan maut di tangan-Nya .

hey kamu , semoga selamat sampai ke destinasi . seimbangkan pelajaran and sukan . good luck :)

Thursday, November 15, 2012

kawan vs kekasih . pilihan anda ?

tergerak hati nak update blog malam ni after an incident melibatkan seseorang yang rapat dengan aku . and in this case , aku dikatakan bersalah . it's okay . aku tak nak melatah . aku malas nak cari gaduh disebabkan pihak sana tak rasional dalam buat keputusan and tak boleh nak berfikir secara matang .

macam ni la , to be short , aku nak tanya , siapa lagi penting , KAWAN atau KEKASIH ? oh biasa kalau tengah hangat bercinta memang kalau boleh hari-hari nak jumpa right ? tak payah nak tipu , aku pun pernah rasa situasi macam tu . siang malam texting , on the phone , saling merindu bagai haktuihh . well said , tak kisah pun kau nak buat apa tapi yerlaa kan , kita hidup ada member-member , salah ke luangkan even sekejap masa lepak dengan rakan seperjuangan dari zaman pmr ni ?

takde la nak cakap hari-hari kena lepak , makan dengan member . tapi kalau dah seminggu cuti , hari-hari boleh keluar dating tapi takde masa untuk geng dari zaman sekolah . okay itu bagi aku wajar untuk kami terasa . sangat terasa . tapi takde la sampai nak gaduh . we're taking it easy .

but why takde angin takde ribut takde taufan kau start perang dingin ni ? motif ? mohon pencerahan ye sayang . macam ni la , aku mewakili member yang lain nak nasihatkan la sikit kan , tak payah nak beriya sangat couple . kalau jadi , alhamdulillah . kalau takde jodoh kau merana nanti , kau cari siapa ? ni haa , telinga member-member yang kau buang ni laa yang kau cari . so sayang , ingat asal usulmu . eh tetiba .

whatever it is , KAWAN lagi penting dari KEKASIH bagi aku . tak salah nak bercinta tapi biar berpada-pada . nasihat untuk aku jugak bila aku dah berpunya nanti . eceh ayat habis sastera . choi .

btw this is nak kata random entry tak jugak , entry khas untuk seseorang , tak jugak . korang judge sendiri la . hewhew . good night :)
 
p/s : sorry kalau anda yang baca ni terasa . mohon ampun mohon maaf . ini hanya luahan perasaan seorang KAWAN terhadap seorang KAWAN . sekian .


Friday, November 9, 2012

cer teka cer teka

yuhuu ! finally habis pun final exam aku . kesian kan . budak uitm dah seronok celebrate sebab dapat result , kitorang budak spa baru habis exam . dah la kena kerja lagi esok . then malam esok baru aku balik terengganu . kali ni excited gila nak balik .

sebabnya of course la nak jumpa kawan n family kan ? tapi yang paling best sebab papa aku belikan something untuk aku sempena birthday aku n final exam even tak dapat result pun lagi . haha . cer teka pebenda aku dapat tu ? :p
-
-
-
-
-
-
-
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

taraa !
thanks papa ! iloveyou <3

p/s : bold 2 ni tak sure lagi nak bagi kat adik ke nak pakai lagi . sebab most of classmates guna bb . ke korang nak ? aku jual . hakhak :D

Monday, October 29, 2012

awas . ini entry serius !

baru pulang ke kolej semalam . raya dah , cuti dah , result mid term pun dah dapat . alhamdulillah semua lulus . but past is past . jumaat ni , aku akan berhadapan dengan final exam . memang scary . sangat . for your information , result mid term aku hari tu , subjek anatomy and physiology paling teruk . i got C for the subject . tak kecewa sangat even aku struggle gila for anatomy . tak tidur satu malam . sebab aku tahu setakat mana kemampuan aku . tak fail pun dah cukup alhamdulillah .

and buat parents aku bangga dengan aku pun dah cukup baik . memang aku belajar nursing sebab parents aku suruh . yes i know macam tak ikhlas sangat tapi apa pun bidang yang aku ceburi , aku akan cuba buat yang terbaik , aku nak parents aku bangga dengan aku . aku tahu diorang tahu apa yang terbaik untuk aku .

malam ni insyaAllah dah boleh start study . tu pun tak tahu la jadi ke tidak . aku ni jenis yang suka study last minute . sebab aku kalau study awal-awal , cepat je lupa . penyakit apa la aku ni haa . adik-adik yang nak ambik spm tu jangan study last minute pulak . eh dah nak exam korang kan ? kejadahnya study masa ni . buat soalan past year sudah . soalan lebih kurang je dik . trust me . ihiks .

so i have to away from keyboard or else memang tak study la jawabnya malam ni . so guys , yang mana nak exam or tengah tunggu result especially member-member uitm , pray to Him , ask for the best , and good luck ! :)

chayokk !

Wednesday, October 17, 2012

one week at Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah

konvo ILKKM 2012


KSKBSAS
hye guys . genap seminggu aku kat ulu kinta , hari ni kembali la pada tempat asal . malas gila kot nak balik melaka . aku dah fall in love dengan kskbsas ni . lawa kot kolej tu . sumpah best ! bilik mcm kat hotel . view cantik . nampak bukit-bukau semua . pendek kata almost perfect . cuma susah nak dapat line la kat sini . haha . susah la sket nak bergayut dengan pakwe-makwe tu kan :p

time rehearsal :D
pada sape yang tak tahu , aku ke sana sebab terlibat dengan persembahan koir untuk majlis konvokesyen ILKKM 2012 . kitorang 400 orang terlibat dengan koir . KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA , KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT BATU PAHAT , KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT SEGAMAT , KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT KLUANG , KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN , KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH . dalam sehari , ada 2 sesi , 12 lagu dinyanyikan . nak terkeluar anak tekak duk melalak hari-hari :D

besides that , ada pesta konvo tau . ada konsert , perfomance dari budak kolej lain , karoks . macam2 la pendek kata . seriously havoc gila . aku rasa  macam life kat uitm dulu je . maybe sebab tu aku sedih gila nak tinggalkan kskb ni :'(

plus , kat sini ada 3 orang kawan aku dari zaman spm sampai kat uitm . lutfi , shelly , sue . selalu la jugak melepak sama2 :)

oh lupa nak cakap , masa perasmian konvo tu , menteri kesihatan kita , liow tiong lai tu ada announce yang elaun kitorang naik . from 621.21 to 1166.58 . untuk student diploma la . alhamdulillah :) kalau yang sijil tu dari 500++ ke 820 .

before nyanyi pun sempat lagi snap2 :p
semalam ada dinner untuk kitorang yang terlibat dengan konvo ni . SUB yang anjurkan . best gila . siap ada persembahan dari kawan aku and pengarah2 pun nyanyi sekali :D
ni la kwn yg nyanyi tu . farsha :)

nurses-to-be with datuk SUB :)
tepi padang bola . lepak after dinner .
pose before makan . hewhew
hope sangat lepas ni ada lagi peluang ke sana . rindu :')

p/s : tadi jumpa dr fazley kat r&r tapah :p

mesra peminat . loike <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...