Thursday, November 15, 2012

kawan vs kekasih . pilihan anda ?

tergerak hati nak update blog malam ni after an incident melibatkan seseorang yang rapat dengan aku . and in this case , aku dikatakan bersalah . it's okay . aku tak nak melatah . aku malas nak cari gaduh disebabkan pihak sana tak rasional dalam buat keputusan and tak boleh nak berfikir secara matang .

macam ni la , to be short , aku nak tanya , siapa lagi penting , KAWAN atau KEKASIH ? oh biasa kalau tengah hangat bercinta memang kalau boleh hari-hari nak jumpa right ? tak payah nak tipu , aku pun pernah rasa situasi macam tu . siang malam texting , on the phone , saling merindu bagai haktuihh . well said , tak kisah pun kau nak buat apa tapi yerlaa kan , kita hidup ada member-member , salah ke luangkan even sekejap masa lepak dengan rakan seperjuangan dari zaman pmr ni ?

takde la nak cakap hari-hari kena lepak , makan dengan member . tapi kalau dah seminggu cuti , hari-hari boleh keluar dating tapi takde masa untuk geng dari zaman sekolah . okay itu bagi aku wajar untuk kami terasa . sangat terasa . tapi takde la sampai nak gaduh . we're taking it easy .

but why takde angin takde ribut takde taufan kau start perang dingin ni ? motif ? mohon pencerahan ye sayang . macam ni la , aku mewakili member yang lain nak nasihatkan la sikit kan , tak payah nak beriya sangat couple . kalau jadi , alhamdulillah . kalau takde jodoh kau merana nanti , kau cari siapa ? ni haa , telinga member-member yang kau buang ni laa yang kau cari . so sayang , ingat asal usulmu . eh tetiba .

whatever it is , KAWAN lagi penting dari KEKASIH bagi aku . tak salah nak bercinta tapi biar berpada-pada . nasihat untuk aku jugak bila aku dah berpunya nanti . eceh ayat habis sastera . choi .

btw this is nak kata random entry tak jugak , entry khas untuk seseorang , tak jugak . korang judge sendiri la . hewhew . good night :)
 
p/s : sorry kalau anda yang baca ni terasa . mohon ampun mohon maaf . ini hanya luahan perasaan seorang KAWAN terhadap seorang KAWAN . sekian .


Friday, November 9, 2012

cer teka cer teka

yuhuu ! finally habis pun final exam aku . kesian kan . budak uitm dah seronok celebrate sebab dapat result , kitorang budak spa baru habis exam . dah la kena kerja lagi esok . then malam esok baru aku balik terengganu . kali ni excited gila nak balik .

sebabnya of course la nak jumpa kawan n family kan ? tapi yang paling best sebab papa aku belikan something untuk aku sempena birthday aku n final exam even tak dapat result pun lagi . haha . cer teka pebenda aku dapat tu ? :p
-
-
-
-
-
-
-
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

taraa !
thanks papa ! iloveyou <3

p/s : bold 2 ni tak sure lagi nak bagi kat adik ke nak pakai lagi . sebab most of classmates guna bb . ke korang nak ? aku jual . hakhak :D

Monday, October 29, 2012

awas . ini entry serius !

baru pulang ke kolej semalam . raya dah , cuti dah , result mid term pun dah dapat . alhamdulillah semua lulus . but past is past . jumaat ni , aku akan berhadapan dengan final exam . memang scary . sangat . for your information , result mid term aku hari tu , subjek anatomy and physiology paling teruk . i got C for the subject . tak kecewa sangat even aku struggle gila for anatomy . tak tidur satu malam . sebab aku tahu setakat mana kemampuan aku . tak fail pun dah cukup alhamdulillah .

and buat parents aku bangga dengan aku pun dah cukup baik . memang aku belajar nursing sebab parents aku suruh . yes i know macam tak ikhlas sangat tapi apa pun bidang yang aku ceburi , aku akan cuba buat yang terbaik , aku nak parents aku bangga dengan aku . aku tahu diorang tahu apa yang terbaik untuk aku .

malam ni insyaAllah dah boleh start study . tu pun tak tahu la jadi ke tidak . aku ni jenis yang suka study last minute . sebab aku kalau study awal-awal , cepat je lupa . penyakit apa la aku ni haa . adik-adik yang nak ambik spm tu jangan study last minute pulak . eh dah nak exam korang kan ? kejadahnya study masa ni . buat soalan past year sudah . soalan lebih kurang je dik . trust me . ihiks .

so i have to away from keyboard or else memang tak study la jawabnya malam ni . so guys , yang mana nak exam or tengah tunggu result especially member-member uitm , pray to Him , ask for the best , and good luck ! :)

chayokk !

Wednesday, October 17, 2012

one week at Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah

konvo ILKKM 2012


KSKBSAS
hye guys . genap seminggu aku kat ulu kinta , hari ni kembali la pada tempat asal . malas gila kot nak balik melaka . aku dah fall in love dengan kskbsas ni . lawa kot kolej tu . sumpah best ! bilik mcm kat hotel . view cantik . nampak bukit-bukau semua . pendek kata almost perfect . cuma susah nak dapat line la kat sini . haha . susah la sket nak bergayut dengan pakwe-makwe tu kan :p

time rehearsal :D
pada sape yang tak tahu , aku ke sana sebab terlibat dengan persembahan koir untuk majlis konvokesyen ILKKM 2012 . kitorang 400 orang terlibat dengan koir . KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA , KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT BATU PAHAT , KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT SEGAMAT , KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT KLUANG , KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN , KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH . dalam sehari , ada 2 sesi , 12 lagu dinyanyikan . nak terkeluar anak tekak duk melalak hari-hari :D

besides that , ada pesta konvo tau . ada konsert , perfomance dari budak kolej lain , karoks . macam2 la pendek kata . seriously havoc gila . aku rasa  macam life kat uitm dulu je . maybe sebab tu aku sedih gila nak tinggalkan kskb ni :'(

plus , kat sini ada 3 orang kawan aku dari zaman spm sampai kat uitm . lutfi , shelly , sue . selalu la jugak melepak sama2 :)

oh lupa nak cakap , masa perasmian konvo tu , menteri kesihatan kita , liow tiong lai tu ada announce yang elaun kitorang naik . from 621.21 to 1166.58 . untuk student diploma la . alhamdulillah :) kalau yang sijil tu dari 500++ ke 820 .

before nyanyi pun sempat lagi snap2 :p
semalam ada dinner untuk kitorang yang terlibat dengan konvo ni . SUB yang anjurkan . best gila . siap ada persembahan dari kawan aku and pengarah2 pun nyanyi sekali :D
ni la kwn yg nyanyi tu . farsha :)

nurses-to-be with datuk SUB :)
tepi padang bola . lepak after dinner .
pose before makan . hewhew
hope sangat lepas ni ada lagi peluang ke sana . rindu :')

p/s : tadi jumpa dr fazley kat r&r tapah :p

mesra peminat . loike <3

Tuesday, October 9, 2012

*fly to UK tomorrow*

hye :) malam ni sempat la jugak nak update , since esok aku off day . special sikit , orang lain kerja , aku cuti . sebab esok aku nak fly g uk .UNITED KINGDOM ? hell no la . ULU KINTA je pun , hahaha . bebudak koir ramai betul update status kat fb malam ni konon nak fly ke uk . puii . nasib baik aku tak terlibat dengan kegiatan tak bermoral tu . eh ? haha .

aku stay sana seminggu . buat persembahan sempena konvo ILKKM tahun ni . ada pro and cons jugak la . pro sebab boleh dapat pengalaman , boleh rileks minda . consnya cross tu takut tak sempat nak habis . huhu . ni haa , aku baru habis packing 95% barang yang nak bawak esok . mak aii , barang kalah aku nak balik ke ganu . bukan main banyak . tu nasib baik aku tak angkut baldi sekali tau . patutnya kena bawak =.=

sekarang aku dah malas nak update panjang-panjang so aku stop kat sini la yer . good night guys . hihi ;)

night <3

Friday, October 5, 2012

RM500 within 3 weeks . what the =.=

hye . hari ni kerja pagi so ada masa la sikit nak update blog ni :) so what's up guys ? mesti tengah sibuk dengan exam kan ? hehe . aku pun lebih kurang la ni . huihh . selagi namanya student , memang tak lari la dari exam ni .

seminggu takde makanan kat dining , aku dah mula rasa perit . fyi , selama ni kat dining memang kolej kitorang serve makanan tuk student . bukan free ek , bayar la jugak . even lauk sama and kadang2 tak berapa nak kena dengan selera kita , tapi tetap bersyukur k .

masalahnya kolej aku ni hampeh la konon tak cukup pekerja , then suruh kita beli makanan kat luar . rules boleh keluar 5-7 pm je . cerdiknya laa . now hari-hari aku spent duit aku almost rm10 untuk makanan . bayangkan , dalam 3 minggu ni dah rm 400++ duit aku melayang . habis takkan aku tak nak makan ? memang tak ah . orang yang sibuk nak diet tu boleh la . aku ? dah sekeping macam ni haram la hukumnya nak berdiet bagai .
yeahh ! so true !
 so now aku dalam proses berjimat jugak . kena pandai manage duit la lepas ni . kalau tak , sia2 3 tahun aku belajar akaun+banking k . haha . bye ~

p/s : aku dah berjaya inject orang . tapi baru 3 kali . HAHAHAHA :D

Monday, October 1, 2012

medical ward

hari ni first day aku posting untuk sem 2 . perghh macam nak tercabut kaki aku ni berdiri 7 jam . hari ni aku kerja 2pm-9pm . kerja kat medical ward(female) . sem lepas aku dah pernah masuk wad ni . aku suka sebab clinical instructor wad ni baik . nak ambik cross pun tak takut . hihi .

hari ni dah dapat 4 cross . pengiraan iv , jagaan iv , pemberian ubat secara oral and nebulizer . haih banyak gila nak kejar cross sem ni . dah la next week seminggu tak kerja kes koir untuk konvokesyen ILKKM ni . hmm . mati la ~

honestly , even aku dah sem 2 , aku still tak boleh nak sayang kerjaya aku ni . maybe sebab aku dipaksa masuk ke sini , maybe sebab aku still sayang banking . entah la . tapi aku tak pernah stop cuba nak sayang nursing ni . demi parents aku yang nak sangat aku jadi nurse ni . huhu .

okay aku dah penat , banyak lagi kerja tak settle . chow .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...