Friday, October 5, 2012

RM500 within 3 weeks . what the =.=

hye . hari ni kerja pagi so ada masa la sikit nak update blog ni :) so what's up guys ? mesti tengah sibuk dengan exam kan ? hehe . aku pun lebih kurang la ni . huihh . selagi namanya student , memang tak lari la dari exam ni .

seminggu takde makanan kat dining , aku dah mula rasa perit . fyi , selama ni kat dining memang kolej kitorang serve makanan tuk student . bukan free ek , bayar la jugak . even lauk sama and kadang2 tak berapa nak kena dengan selera kita , tapi tetap bersyukur k .

masalahnya kolej aku ni hampeh la konon tak cukup pekerja , then suruh kita beli makanan kat luar . rules boleh keluar 5-7 pm je . cerdiknya laa . now hari-hari aku spent duit aku almost rm10 untuk makanan . bayangkan , dalam 3 minggu ni dah rm 400++ duit aku melayang . habis takkan aku tak nak makan ? memang tak ah . orang yang sibuk nak diet tu boleh la . aku ? dah sekeping macam ni haram la hukumnya nak berdiet bagai .
yeahh ! so true !
 so now aku dalam proses berjimat jugak . kena pandai manage duit la lepas ni . kalau tak , sia2 3 tahun aku belajar akaun+banking k . haha . bye ~

p/s : aku dah berjaya inject orang . tapi baru 3 kali . HAHAHAHA :D

Monday, October 1, 2012

medical ward

hari ni first day aku posting untuk sem 2 . perghh macam nak tercabut kaki aku ni berdiri 7 jam . hari ni aku kerja 2pm-9pm . kerja kat medical ward(female) . sem lepas aku dah pernah masuk wad ni . aku suka sebab clinical instructor wad ni baik . nak ambik cross pun tak takut . hihi .

hari ni dah dapat 4 cross . pengiraan iv , jagaan iv , pemberian ubat secara oral and nebulizer . haih banyak gila nak kejar cross sem ni . dah la next week seminggu tak kerja kes koir untuk konvokesyen ILKKM ni . hmm . mati la ~

honestly , even aku dah sem 2 , aku still tak boleh nak sayang kerjaya aku ni . maybe sebab aku dipaksa masuk ke sini , maybe sebab aku still sayang banking . entah la . tapi aku tak pernah stop cuba nak sayang nursing ni . demi parents aku yang nak sangat aku jadi nurse ni . huhu .

okay aku dah penat , banyak lagi kerja tak settle . chow .

Thursday, September 27, 2012

comeback





wuhuu lama gila tak update . hari ni dah habis mid term exam tuk sem 2 ni . result tak tau la camne kan . au tak nak fikir lagi yang tu . malam ni nak relaks kaw2 punya . btw , next week aku dah posting kat wad . minggu first dah nampak cabaran tu . cabarannya , clinical instructor wad tu garang seh :( tapi wad tu(medical female) best sebab dapat banyak cross even busy , banyak admission .

and esok kena timbang berat . benci siot benda alah ni . and satu lagi yg latest kena buat , palpation kat perut . korang rasa kenapa ? yg pasti bukan sebab makan banyak la kan , of course la sebab nak cek takut ada sape2 TERpregnant . hukhuk . girls , kalau nak buat pun pakai la precaution . kan dah menyusahkan orang lain . choi .

lain kali nikah la kalau nk buat anak sgt pun =.=
since dah lama tinggalkan subjek Bahasa Malaysia and dunia blogging ni , aku macam blur nak update pasal apa . well , aku just tak update blog , tapi all the times even in class pun aku duk blogwalk . haha . tak tahu plus takde masa nak update apa . so now , aku nak berhoneymoon layan saat2 manis habis exam . daa~

Saturday, September 1, 2012

and hello college , hello malacca =='

EVERYTHING LOVE
thanks . i can't lie . yes i'm happy and too bad , i still love you .


hye ;) haih esok dah nak balik kolej . balik melaka . teruskan perjalanan menimba ilmu di perantauan . ceh ayat macam budak form 5 nak spm kan ? haha . in other side , aku dah puas hati 2 minggu cuti duk kat rumah . yelaa , orang lain seminggu je aku bukan main dapat extra cuti kan . hihi . tapi half lagi mesti la sedih kan . nak-nak time tengah packing baju tadi . haha .

aku tak pernah rasa excited nak balik kolej . tak macam masa uitm dulu . kenapa ek ? sebab aku transfer sana rela dalam terpaksa kot . haha . plus lepas naik cuti ni ada exam , then terus praktikal . aiyoo memang kena study gila ah . mati aku kalau ada fail . dah la kantoi pasal pointer sem lepas dengan ayah aku . haha . ada ke patut kolej aku poskan result2 kitorang kat parents . memang tak ah . haha .

okay since now dah nak pukul 1am , aku kena slow-slow dah kot off lappy , g tidur . kang tak terbangun lak aku , tertinggal bas tak balik melaka aku . haha . okay guys , bye ;)

p/s : pasal pics tu , memang takde kaitan dengan entry ni . ada la kenapa aku tepek gambar tu . 1 gambar 1000 makna okay . wkwkwk


Thursday, August 30, 2012

tanda kiamat makin hampir



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.  

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Tuesday, August 21, 2012

entry raya kita :p

yey finally rasa jugak nak update blog ! wuwuwuwu lama gila tak update . takde masa plus tak tau nak update apa . so since now tengah mood raya , aku nak update jugak la kan kisah raya tahun ni . hewhew . raya ketiga baru nak update =='

bagi aku raya tahun ni macam kureng sket ah . tak tau a kenapa . maybe lepas ni ada exam or maybe sebab kutipan duit raya aku sangat laa hancur tahun ni . haha . aku rasa 19 tahun tu bukan laa tua mana pun kan ? :p

tahun ni tak banyak sangat pun  ambik gambar . raya pertama je beriya sket . meh tengok gambar kita . hahaha :D

family <3



cousins =.=
tu je laa . tetyba hilang mood nak update . haha . kbai .

Saturday, July 21, 2012

cerita seram pangsapuri

currently at home . yes . im in terengganu . cuti apa ? actually aku balik cuti weekend je . balik semata-mata nak berbuka puasa dengan family sebab lepas ni aku balik malam raya . sooooooooo sad :'(

okay entry ni sebenarnya diupdate sebab kawan aku ramai sangat tanya pasal pangsapuri yang aku duk sekarang . fyi , kolej sem 156 je yang stay . sem lain macam aku ni kena duk pangsapuri . ni pangsapuri under kkm jugak la kot . biasa la , semua ada pro and contra kan ? mana ada benda perfect . pro sebab tengah-tengah bandar melaka . so nak pergi mana-mana pun jalan kaki je . contranya tempat ni keras gila :(
so buat kawan-kawan aku yang suka sangat tanya tu , aku story kat sini je la . aku tak berani nak cerita kat sana . haha .

biar aku cirikan dulu pangsapuri aku ni .
-ada 9 tingkat , tapi tingkat 9 takde orang duk dari dulu sampai sekarang .
-kami pun dilarang naik ke sana
-kalau tengok dari jauh , pangsapuri ni terletak betul2 tengah hutan .
-tu je laa kot nak listkan . kejar masa ni :p

 #CERITA 1

kawan aku otp kat balkoni around 1am . tetyba rasa pedih atas mulut . bila masuk cek ada luka macam kena toreh . dia tak tipu . aku yakin . sebab aku sendiri tengok luka tu . fyi , balkoni kitorang mengadap hutan . tempat 'benda' tu .

#CERITA 2

lebih kurang sama . otp di balkoni . tapi kena ganggu masa tengah solat around 3am  . kiblat kami pun kebetulan mengadap hutan . kawan aku solat kat luar masa tu .. tak tutup langsir kat sliding door pulak tu . tapi tak kisah la . yang aku nak cakap , masa tengah sujud tu , dia rasa ada benda kat tepi . lama jugak dia tunggu sampai la dia pecut masuk dalam bilik . dalam bilik pun still diganggu . dengar bunyi orang berjalan , kerusi kena tarik . sampai dia cakap tak tahu tidur pukul berapa .

#CERITA 3

senior aku memang biasa bergayut dengan boyfie dia sampai 2 3 pagi . hari tu sekali tengah cakap tetyba dengar baby nangis . masalahnya dia sorang je dengar . tapi dia buat bodoh je -.-

#CERITA 4

kawan aku memang hari-hari dia mengaji . tapi nak buat caner satu hari tu dia letih sangat ,tak mengaji . pastu kena tindih kot . dia pun nak berzikir semua tapi dah takut , habis tunggang langgang la kan . and dia dengar macam suara mengilai . terus demam tiba-tiba esok tu . haih .

#CERITA 5

sem lepas ada sekali takde air . ada yang berani g tingkat 9 mandi kat rumah atas sana . since tu , air terus takde sampai sebulan kot . tukar paip 5 6 kali still takde perubahan . last sekali , panggil ustaz . and ustaz tu cakap memang ada kaitan dengan benda tu . sebab student yang g naik tingkat 9 tu kira dah kacau tempat diorang . ustaz tu sendiri naik tingkat 9 tu tengah malam and dia cakap tingkat 9 tu memang tempat makhluk halus tu . sebab tu kami student2 ni dilarang sama sekali naik tingkat 9 sampai sekarang

tu sebahagian kecil je . aku tak nak la cerita banyak-banyak . macam memburukkan tempat tu pulak :p tapi yelaa , kita stay tempat orang , kita kena pandai-pandai la hormat and jaga diri kan ? huhu . yang penting solat , mengaji jangan tinggal . choww ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...