Sunday, June 17, 2012

rindu itu sakit kan ?

pernah tak rasa macam korang ni kawan masa susah je ? haa aku selalu rasa macam tu . member perempuan aku takde ah ramai buat camtu . cuma bengang and sedih la dengan member-member laki aku sorang dua tu . time problem dengan awek cari aku . mintak nasihat aku . suruh aku jadi orang tengah . dah nama member kita tolong la kan . tapi yang sedihnya bila dah bahagia balik aku ni buat macam tak kenal je . langsung tak contact =.=

sampai kadang-kadang aku nekad tak nak reply kalau diorang text or mintak tolong dengan aku . nak buat tak kenal je . tapi hampeh . cepat je layu bila kena pujuk sikit . grr . and now honestly memang aku tengah terasa dengan member aku tu . huh :( aku nak

okay tak tau nak cakap pasal apa . korang jangan baca la entry mengarut ni . ni entry luahan perasaan aku je pun :| aku tak tahu nak cakap caner . aku kadang-kadang rasa rindu , kadang-kadang sakit hati . erghh :(

seriously i miss you now :'(

Friday, June 15, 2012

amboi naik harga lagi ?

tadi adik aku g kedai then balik buat surprise kat aku . belikan aku twisties . oyeahh surprise kepala hotak =.= ingat memang nak beli untuk aku . tapi awal-awal siap warning jangan habiskan . kalu tak kena bayar 40sen . apakah ? >.<

terus dia cakap twisties dah naik harga seposen . hahaha . amboi aku ingat benda lain je naik harga . jajan pun dah pandai naik harga ek . masalahnya kalau isi tu still banyak takpe . ni kalau ikut kajian aku , zaman aku kecik dulu rasa penuh je dalam plastik tu . sekarang 1/4 je kot . selebihnya angin . yeahh ~ nanti tahun 2020 silap hari bulan tinggal angin je dalam pek tu . hahaha . okay tak lawak -.-

konklusinya , seiring dengan kemajuan pesat global , harga sesuatu benda tu akan turut meningkat tapi kuantiti akan dikurangkan . eh ? betul ke ni ? zzz

dan konklusinya lagi , terengganu vs t-team malam ni , terengganu menang 3-0 . gol by manaf mamat nan hadi yahya . okay takde kaitan dengan topik twisties >.< bye !

aku nak suruh kawan aku belanja esok . mengidam !

Tuesday, June 12, 2012

i don't love you

aku malas nak menaip , so layan lagu je malam ni . hewhew



I DON'T LOVE YOU
LIKE I DID
YESTERDAY 
</3

Sunday, June 10, 2012

assignment buat kita sakit hati

aku baru start buat assignment semalam . aku punya la senang hati baru start semalam sebab aku ingat sikit . rasa nak pecah jantung aku tengok rupanya berlambak-lambak yang aku kena siapkan . tu tak masuk yang aku kena study balik , kena hafal , kena faham betul-betul . okay memang best la macam ni .

lagi best bila soalan yang dia bagi tu aku just salin keyword je . bajet boleh faham sendiri la bila buat tu . last-last aku langsung tak tau amende yang aku salin . i mean maksud soalan tu . soalan tu nak apa . haha . terpaksa la gadaikan kredit ciput aku ni call member-member . diorang lagi advance , langsung tak salin soalan . what the ??? haha .

memandangkan aku dah blur tak tahu nak buat apa , konklusinya aku buka lappy , on fb , on twitter , on blog . haha . lepas ni kena solat , makan . pastu baru sambung buat keje kot . tak pun tidur . hehe :p

assignment spoilkan mood saya di samping kegembiraan sebab lain . hehe

Friday, June 8, 2012

orang lain balik u aku yang sedih

hari ni memang bosan . aku pun dah start sedih ni . hari ni kan budak unisza nan uitm sibuk register nak masuk sem baru . diorang sedih+excited nak sambung study , aku sedih sebab dah takde kawan nak lepak-lepak lepas ni . dah la cuti aku ada 2 minggu lagi . okay aku dah terbayang dah 'keseronokan' berjimba di rumah semata-mata and jadi housewife tak bertauliah . dah la aku 2 beradik je . adik aku sah-sah la pergi sekolah . and hell yeah , aku keseorangan di rumah =.=

eh tipu , ibu aku ada laa . tapi dia tengah busy siapkan tempahan baju raya . tahun ni ibu aku nak siapkan awal-awal . tak nak jadi macam tahun lepas . bulan puasa busy gila sampai tak tidur malam nak siapkan baju orang . eyy aku pun heran . buat apa la baju raya banyak-banyak . 2 pasang dah la :p

eh dah melalut pasal baju raya lak . erm , even semua dah balik u , tapi yang study kat terengganu ni ada lagi . so diorang cakap kalau free time weekend tu boleh la hang out lagi . plus , ex-roommate aku kat uitm nak datang jumpa aku kalau boleh . harap sangat jadi . sebab kena tengok schedule kawan aku sorang lagi . kalau dia takde training bola boleh la . hmm .

okay la guys , selamat kembali ke universiti , selamat menjadi senior and selamat hari raya ! eh ?

p/s : sumpah aku rindu uitm terengganu :'(

first day sem 2 . miss all the moments in uitm badly T.T

Thursday, June 7, 2012

don't hate smokers

morning . yawning ~ yeah macam biasa lepas subuh aku tidur tapi hari ni baik sikit , bangun awal . bila dah kemas-kemas rumah , dah breakfast tak tahu nak buat apa . so aku nak update ler . hihihi .

time sembang dengan member , bila cakap pasal pakwe ke , lelaki ke wajib ah cakap :

"aku tak nak pakwe aku smoking"

"aku tak suka lelaki smoking . benci"

"aku benci lelaki yang smoking"

and reaction aku ? senyum je . whyyy ? sebab , ayah aku pun smoking jugak =.= so kalau aku cakap aku benci perokok , aku benci ayah aku la . kawan-kawan aku la . yes memang aku benci gila dengan asap rokok . rasa macam cannot breath la kalau ayah aku duk smoking . kalau tak tahan kita duk la jauh sikit . haha .

satu lagi , dulu zaman-zaman couple , semua ex aku tu smoking . kita larang pun dia cakap ok but still smoking bila dia takde dengan kita . so no point nak membebel , ugut-ugut mintak putus bila pakwe kau tak nak stop smoking . hello , ingat senang ke nak hilangkan ketagih merokok tu . memang laa kita tak merokok tapi just fikir laa , kita kalau dah biasa dengan sesuatu tu , mesti susah nak tinggal kan ?

tapi si perokok ni jangan la buat alasan macam tu pulak , usaha la jugak untuk kurangkan ketagihan merokok tu . tahu tak rimas asap rokok tu . erghh >.<

tapi ingat , tak payah la sampai nak benci perokok k ? kita pun bukan perfect kan . chill la . hehe ;)
letak benda alah ni kat rumah aku boleh tak? haha

kalau nak janji palsu balik ah woi !

ni entry lepas geram . kalau rasa malas baca close je blog aku ni . okay hari ni memang aku geram gila . janji bukan main nak datang jumpa aku and zuby . tapi bila kitorang sampai , ada la 2 ekor makhluk Allah ni tak angkat call , tak reply message . lama lepas tu baru cakap tak jadi datang . macam-macam alasan la diorang bagi , eh damn la . diorang ingat aku n zuby tu takde kerja lain ke nak tunggu diorang sampai 1 jam ? dah la zuby tengah busy kemas barang nak pindah .

masalahnya keluar dengan member matriks boleh pulak kan ? nampak sangat nak avoid aku n zuby . eh biasa la , dah ada kawan baru , dah jadi best student memang laa berlagak kan . tak pe , hari ni hari diorang , nanti kena batang hidung sendiri padan muka .

lepas ni memang tak ah aku nak keluar dengan orang macam tu . F .

nasib la dapat kawan camtu =.=
p/s : CEMERLANG AKADEMIK KALAU FAIL BAB-BAB REMEH TEMEH NI , NO ONE WILL RESPECT YOU . TAKE NOTE .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...