Tuesday, May 15, 2012

gua-anti-hipokrit

morning . TERbangun awal pulak hari ni . so plan nak packing la slow-slow lepas ni . tapi yang wajib mesti la basuh baju . hari-hari basuh baju . bukan tersangat rajin , tapi dah takde washing machine , terpaksa jugak la kan ?

okay enough merapu . entry kali ni pasal HIPOKRIT . entry ni aku tak tuju kat sape-sape tapi maaf kalau ada yang terasa . biasa la , entry ni memang based on story and pemerhatian dari orang sekeliling . eceh :p ala , nak kata aku ni tak hipokrit langsung memang menipu la kan . kadang-kadang kita baik depan dia sebab nak jaga hati kan . tapi masalah aku ni , hipokrit sikit-sikit je boleh . sebab aku kalau tak suka , memang muka aku obvious gila menunjukkan aku annoying dengan someone tu . orang cakaplah =.= satu lagi , aku kalau dah tak tahan sangat , aku bagi tahu je apa yang aku tak puas hati , tapi alhamdulillah setakat ni kalau aku jujur camtu . takde jadi gaduh-gaduh pun . aku pun okay bila orang cakap tak suka aku ke apa . jujur lebih baik daripada mengumpat kat belakang.

ke guane ? :)
aku tak suka bila ada yang depan masyaAllah , pijak semut pun tak mati . kira baik gila ah dengan kita . tapi belakang mengumpat macam lahanat . anti betul la dengan orang cenggini . and kutuk-kutuk orang lain macam dia tu perfect sangat . cis . harap aku sabar je lagi ni . tunggu la esok lusa kalau aku nak meletup . mahu rentung lidah dia nak balas . pfft .

okay okay , aku pun malas nak mengutuk orang banyak-banyak . aku nak g packing barang ni . nak balik weh ! hakhakhak . excited :p

Monday, May 14, 2012

sibuk nak update tapi entry ntah pape

k pagi-pagi buta ni , before tidur nak update jugak . hari ni posting balik kat wad . minggu ni kat wad ortopedik lelaki . takde kerja sangat pun wad ni . pastu mula la selang 5 minit duk masuk first class room , buat-buat sibuk padahal nak duduk kat air-cond :p

tadi jugak dapat good news yang kitorang boleh balik rumah awal . okay excited gila weh ! aku dah la 3 bulan lebih tak balik . mau tak excited . harap sangat takde fail sebab kalau fail paper time final , kitorang kena balik kolej awal untuk repeat paper . aku tak nak repeat :(

25hb ni before  balik , kitorang ada sambutan nurses day . pastu malam tu pulak ada farewell party for sem 6 . tema ENGLISH RETRO . takpe don't worry . bakal diupload ke blog nanti . haha . tapi sayang
 la tak bawak kamera datang kolej . memang snap guna phone murah kita je laa . nak pinjam kamera orang lain macam tak best kan . huhu .



hmm nak cakap apa lagi ah ? tu laa , orang sibuk update , aku nak update jugak tapi isi takde . kosong ! haha . lantak ler , macam ada orang baca pulak blog aku kan ? kui3 . byebye la . nak tidur ^^

Sunday, May 13, 2012

our first date


assalamualaikum :) hehe . rasanya from now dah boleh la fokus lebih kat blog ni . dah lama aku tak aktif blogging and update entry baru kan . tak tahu nak share cite apa . fyi , hari ni merupakan last day aku exam . memang lega yang teramat sebab study kat sini sumpah betul-betul kena jadi student . fokus 100% . kalau tak memang tertinggal bas la aku . semua mak nenek urat saraf nak kena ingat . mati woi ~ memang tak tidur malam -.-

okay enough talking about examination . aku nak story pasal apa yang aku buat lepas exam tadi . apa lagi , hang out la weh . dengan kawan aku si jannah . actually aku nak jumpa dengan kawan aku . first time jumpa kat luar . before this kat hospital je . hahaha . kawan yang mana ? okay dia tu sebenarnya anak patient aku . muehehe . mula-mula rapat dengan his mom , tak tahu caner aku boleh rapat dengan anak dia lak . chef woi ~ sape tak nak . hari-hari makan sedap-sedap . wakaka :p

spoil la tudung terbukak -.-
dah lama dia ajak keluar tapi sebab busy hari ni la baru boleh jumpa . so tadi kitorang just jalan-jalan tawaf jusco , then makan . dia teman je sebab dia tu makan sekali je sehari . geng-geng gym la katakan . jaga badan la konon =.= tapi yang best , dia belanja aku dengan jannah . tak sangka la pulak kan tapi baguslah , gentleman gitu . hahaha . thanks awak :)

muka excited nak makan . haha
 tadi plan nak tengok movie jugak tapi dah dia tu datang lewat memang tak ah nak tengok movie kan . pukul 7 dah nak kena ada kat kolej . adoi :( cancel terus plan .

ambik angin kat luar jap .


poyo je -.-
tu je la nak update . tak tahu dah nak cakap apa . haha . berfacebook lak :D




Friday, May 11, 2012

orang tak nak jangan dipaksa

sooooooooo long tak merapu kat sini . tak tahu dah nak update pasal apa . takkan hari2 pasal heart broken kot . kalau macam tu bukan orang yang baca je bosan , aku pun rasa nak delete je blog ni . kih3 .

sekarang exam mode . tapi esok dah last paper . tu yang aku ada masa sikit nak buka blog ni . kalau tak macam biasa ah , just blogwalking .

tapi time exam ni la macam2 jadi . nak couple bagai . serabut kan ? kita dah la tengah tension nak menghafal segala mak nenek organ saraf dalam tubuh ni , pastu dia sibuk nak paksa2 kita pulak . aku cakap bodoh kan marah . aku nak sentuh phone pun kadang2 tak sempat , nak couple2 pulak . memang tak ah . ni pun still call and mesej . rasa nak lempang je . orang tak nak , maknanya memang tak nak ah ! tension !

pastu satu lagi , sekarang kadang2 aku contact jugak dengan ex aku tapi mostly discuss pasal study la . seriously rasa macam mesej dengan orang lain . tapi okay la , at least aku dah tak harap apa2 dari dia . mak aku pun dah macam tak restu je kalau aku dengan dia . hak3 . baik dengan mr.chef tu :p

aku rasa kena out dulu la dari sini . kan tak study pulak aku . wish me luck guys ;)

will meet mr.chef tomorrow.jadi ke tak ntah.busy je -.-

janji update


janji update . malas nak ulang benda sama . so that's it . past is past . bye :)

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 . bersih la sangat !

sape yang tahu pasal BERSIH memang !@#$%^ aku sanggup beli paper hari ni sebab nak tahu lebih detail pasal demonstrasi ni . baca kat internet macam tak puas hati je kan . honestly aku tak tahu siapa di pihak benar , siapa yang salah . aku tak minat politik dan aku still tak tahu siapa yang patut aku sokong . tapi tergerak nak update pasal ni sebab nak luahkan apa yang aku tengah fikir sekarang . assignment pun aku tolak ke tepi dulu ni tau -.-

first , diorang takde cara lain ke even nak buat bantahan pun ? i mean cara yang lebih bertamadun . bukan dengan cara mengganggu ketenteraman awam macam ni . semua kerja jadi terhalang . nak outing susah , nak pergi kerja tak boleh sebab jalan2 dah terhalang dengan demonstrasi tu .

second , ada ke patut bawak anak2 sekali pergi demonstrasi tu . tanpa kita sedar , kita dah dedahkan suasana tak elok dan tak selamat kat budak2 . dah la under 12 . macam bangang , bapak yang bawak tu tak fikir agaknya kesan psikologi pada anak2 diorang . aku tahu la sebab aku belajar psikologi . orang yang tak belajar psikologi pun tahu rasanya bad effect BERSIH 3.0 ni terhadap kanak2 -.-

third , BERSIH 3.0 menyebabkan sampah-sarap bertaburan dan bersepah di jalan raya di kawasan yang terlibat selain kerosakan harta benda awam di samping membawa kecederaan kepada orang awam like cameraman TV Alhijrah yang dibelasah sebab nak tolong polis yang kena belasah kat depan SOGO semalam . Ambiga eh pengerusi BERSIH ? haa dia pun admit dia tak mampu nak kawal peserta demo dia tu . padan muka , lain kali buat la kat seluruh Malaysia, biar tunggang terbalik Malaysia ni .

rakyat Malaysia sendiri pun kadang2 aku tak faham jugak , apa yang nak dituntut sangat tu weh ? nak kata bantuan tak dapat , macam2 dah diberi . rumah la , gaji naik ,. satu lagi aku tak faham , tak suka kerajaan sekarang tapi orang bagi bantuan cepat je rembat . eyy tak malu eh ?

sorry la . aku bukan sokong siapa2 . UMNO ke PAS ke PKR ke BEBAS ke . sama je . politik itu sangat hipokrit dan kotor kalau tak kena cara . aku tahu sebab ada ahli keluarga aku orang kuat politik . that is why aku anti dengan politik bagai ni . Allah je yang tahu siapa benar siapa salah sekarang .

aku buat entry ni just sebab aku geram kesan buruk yang jadi sebab benda bodoh ni . memalukan Malaysia je . pelancong pun terkejut . Malaysia dah macam negara2 Islam kat luar sekarang . rusuhan tak habis2 . please ubah sikit mindset korang . bersyukur la dengan apa yang ada . jangan sebab politik umat Islam berpecah . harapkan pelajaran tinggi tapi pemikiran kolot , bukan orang berpelajaran namanya . anda setaraf dengan monyet kat hutan tu . bye

Sunday, April 22, 2012

kegersangan , kebuntuan dan sebagainya

camnie la rupa bila aku study last minute =.=
asal nak menaip je mesti takde idea . padahal kalau duk makan , mandi tu boleh list nak buat entry pasal apa . k aku dah malas nak cakap pasal bola kali ni , penat . semalam tidur 4 pagi duk discuss pasal bola . melampau kan . haha .

next week dah nak exam tapi aku ni macam biasa , sempat lagi baca novel , tidur , buang masa bagai macam final tu perkara biasa . korang ada tips tak caner nak sedarkan diri aku ni supaya tergerak hati nak study ? help me please -.-

p/s : harap sangat kolej aku buat study week , tak yah kerja . baru sempat nak cover semua topic .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...