Saturday, February 15, 2014

almost three years in nursing

pejam celik pejam celik , tahun ni dah tahun ketiga aku study dalam bidang nursing . bermula dengan paksa rela , perlahan-lahan aku dah boleh terima semua ni . rasa tak percaya pun ada dah nak habis diploma in nursing . tapi kalau aku stay kat uitm , aku dah nak habis diploma in banking tak lama lagi . takpe la ,maybe rezeki aku memang dalam bidang nursing . 

memang susah , memang mencabar emosi , fizikal dan mental bila bekerja dengan nyawa pesakit . pantang silap , lain jadinya . tapi itu yang banyak mengajar erti sabar , bertanggungjawab and komited dengan tugas kita . dengan perangai dan kerenah patient and relatives yang macam-macam . terutama wanita kebiasaannya . tak lain tak bukan cerewet. itu hakikat . 

bila kerja syif , tak semua faham . lecturer aku ada cakap , nak cari suami , pastikan dia faham betul-betul tugas nurse ni macam mana . sebab sekarang ramai dalam kalangan nurse yang bercerai sebab masalah ni . masa bercinta kemain boleh terima seadanya konon . tapi dah berkahwin , ada anak lain pulak jadinya . takut . mintak dijauhkan . 

aku tak harap banyak , aku nak berjaya dalam bidang ni sebab aku tahu parents aku nak sangat anak sulung dia ni jadi nurse . so here i am , a staff nurse to be . im here because of my parents . aku sanggup tinggalkan dunia banking . it's okay as long as they're happy and bangga dengan aku . 

I LOVE NURSING 

 

Monday, December 23, 2013

cinta pun macam ubat , ada long term effect



membuang dan dibuang . dua perkara berbeza . dua situasi berbeza . kalau kau orang yang dibuang , kau rasa kau orang paling sedih dalam dunia . kau rasa hidup kau dah tak bermakna . mungkin .

kalau kau orang yang membuang , kau rasa lega . rasa puas hati . dah tak perlu berlagak konon cinta si beliau sampai mati .

tapi setiap orang ,bila dia buat keputusan mesti ada sebab tersendiri kan . kadang-kadang keadaan sekeliling yang memaksa kita buat keputusan tu . kan? tapi masalah berkaitan hati dan perasaan , mohon la jangan laa ambil mudah . memang kita rasa benda simple.tapi dia pun macam kita ambil ubat . ada side effect . long term effect , short term effect . depends on kita sendiri . macam mana kita berjaya handle masalah hati dan perasaan ni .

but please , tolong jangan malukan diri . memujuk merayu macam orang gila seolah-olah kau lahir dari rahim dia . eh hell please no . mohon move on dan cari apa salah kau , apa silap kau . dekatkan diri padaNya . and teruskan hidup kau macam biasa . susah , tapi kau mesti cuba . mesti cuba bro . bangkit dan buktikan kau bukan lemah, bukan senang dipergunakan . prove it .



Wednesday, November 20, 2013

hidup jangan nak harapkan balasan

pernah kau rasa kau hargai orang tapi orang tak hargai kau ? pernah kau rasa macam kau beriya tapi bila tiba masa kau orang buat tak tahu ?

tak faham ? contoh aku bagi . paling senang time birthday .

oh tak . ni bukan confession dari hati aku . cuma kadang-kadang terfikir , sebab tu orang cakap hidup ni kita jangan  buat sesuatu benda tu lepas tu harap they'll do the same thing for you . a big NO to you . serapat mana pun kita , kalau orang tak nak , buat apa nak berharap . tak nak makan hati , cucuk duit , celebrate yourself . kau pergi spa , shopping sampai mati pun takde orang kisah . asal bahagia .

dan lepas tu , mula kau rasa macam nak balas dendam . nak buat benda sama kat diorang . tapi still tak sampai hati . especially orang yang jenis hati tisu kapas dan sebagainya tu . and the same thing will happen again and again . makan hati tak habis . siapa yang merana ? KAU . diorang tak kisah .

nak buat baik biar berpada-pada .

love yourself first baby :)




Saturday, October 5, 2013

kau dan aku . dulu dan sekarang .

you and me . forever together


dulu kita berdua . bukan bercinta . bukan berkasih . hanya teman tapi mesra . teman bercerita . kau tempat aku bercerita tentang crush . kau tempat aku luah perasaan  bila ada krisis dengan boyfriend . kau tempat aku mintak tolong bawak  itu bawak ini bila aku rasa tak mampu nak buat sorang . aku pulak tempat bercerita bila kau menang race motor kononnya . kau cari aku bila kau ada masalah dengan skandal-skandal kau . aku tempat kau buli kadang-kadang untuk belanja makan .

sungguh , aku rindu masa dulu . masa kita bergurau senda . masa kita bergurau bergaduh bermanja . masa kita saling berbalas mesej tanya pasal homework . bukan apa . niat nak copy pagi esok kat kelas . haha . nakal :)

dan sekarang masing-masing gigih menelaah buku , nak habiskan zaman diploma . nak kerja bagus-bagus . nak bina masa depan gemilang . nak kumpul harta sendiri . nak ada kereta sendiri . nak ada rumah sendiri . nak ada kewangan kukuh . senang nak bagi kat mak bapak , nak bagi makan anak bini nanti .

biar musim berubah , biar semuanya berlalu . kau dan aku tetap macam dulu . moga kita tetap bersama . moga kita bahagia . moga kita berjaya dengan jalan hidup yang dipilih .

Friday, October 4, 2013

segalanya mungkin

biar masa yang menentukan


dalam diam masih berharap . berharap yang dia akan menjadi milik kita . kerna segalanya mungkin . takdir Ilahi , tiada siapa yang mengetahui . usaha selagi mampu . bersangka baik dengan-Nya . terus berdoa . mungkin dia milik kita . mungkin dia milik orang lain . mungkin kita akan memperoleh yang lebih baik .

jangan terdesak . jangan beremosi . hidup bukan semata kerana dia . masih luas kain putih yang belum tercorak dan dicorakkan . ayuh , mulakan hidup bermatlamat . kejar cita-cita . banggakan ibu bapa .

entry bukan kiasan untuk siapa-siapa . sekadar pelengkap blog usang . sekadar senaman jari di tengah malam .

Sunday, September 8, 2013

homesick .



homesick . biasa sangat orang duk update status kat facebook and tweet di twitter especially bila baru sampai kolej . then pasti ada yang mengomen dah tua bangka pun still nak rindu rumah , family bagai . aku perhati je . scroll up and down . dalam hati terdetik , salah ke nak ingat mak bapak kat kampung ?

aku even dah 20 tahun , bakal actually . first day kat college harus , wajib rasa nak balik rumah semula . even dalam bas baru nak on the way ke college pun rasa tu dah ada . so aku pelik bila ada segelintir makhluk ini tak rasa pape . or mungkin dia malas nak tunjuk . who knows ? yeah im trying to think positive .

tapi whatever it is , jangan lupakan mak bapak sudah . diorang dah banyak korbankan wang ringgit and tenaga untuk kita . hargai mereka selagi diorang masih ada and jangan menconteng arang ke muka mereka .

okay sekian sahaja entry serius untuk malam ini . aku nak bersantai menikmati angin sepoi-sepoi bahasa bandar melaka jap . esok sambung kerja kat orthopedic ward lagi . bai .

Saturday, August 17, 2013

aku ada kerna kau ada

susah bila melibatkan hati dan perasaan . susah bila semua kenangan lama tersingkap perlahan-lahan . susah bila berpisah dan perlu move on . susah . susah bila terlanjur menyintai . susah pabila kita sedar yang kita hanya bertepuk sebelah tangan .


patutnya jangan mudah menyinta . patutnya tidak menyimpan perasaan . patutnya melayan hanya sekadar teman . patutnya jangan terlalu kerap berhubung . patutnya jangan menaruh harapan . patutnya jangan terlalu mencanangkan tentang hubungan .

semoga awak bahagia . semoga hubungan kita tak putus macam ni saja . semoga kita tidak melupakan kenangan kita . semoga semuanya baik-baik saja .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...