Saturday, October 5, 2013

kau dan aku . dulu dan sekarang .

you and me . forever together


dulu kita berdua . bukan bercinta . bukan berkasih . hanya teman tapi mesra . teman bercerita . kau tempat aku bercerita tentang crush . kau tempat aku luah perasaan  bila ada krisis dengan boyfriend . kau tempat aku mintak tolong bawak  itu bawak ini bila aku rasa tak mampu nak buat sorang . aku pulak tempat bercerita bila kau menang race motor kononnya . kau cari aku bila kau ada masalah dengan skandal-skandal kau . aku tempat kau buli kadang-kadang untuk belanja makan .

sungguh , aku rindu masa dulu . masa kita bergurau senda . masa kita bergurau bergaduh bermanja . masa kita saling berbalas mesej tanya pasal homework . bukan apa . niat nak copy pagi esok kat kelas . haha . nakal :)

dan sekarang masing-masing gigih menelaah buku , nak habiskan zaman diploma . nak kerja bagus-bagus . nak bina masa depan gemilang . nak kumpul harta sendiri . nak ada kereta sendiri . nak ada rumah sendiri . nak ada kewangan kukuh . senang nak bagi kat mak bapak , nak bagi makan anak bini nanti .

biar musim berubah , biar semuanya berlalu . kau dan aku tetap macam dulu . moga kita tetap bersama . moga kita bahagia . moga kita berjaya dengan jalan hidup yang dipilih .

Friday, October 4, 2013

segalanya mungkin

biar masa yang menentukan


dalam diam masih berharap . berharap yang dia akan menjadi milik kita . kerna segalanya mungkin . takdir Ilahi , tiada siapa yang mengetahui . usaha selagi mampu . bersangka baik dengan-Nya . terus berdoa . mungkin dia milik kita . mungkin dia milik orang lain . mungkin kita akan memperoleh yang lebih baik .

jangan terdesak . jangan beremosi . hidup bukan semata kerana dia . masih luas kain putih yang belum tercorak dan dicorakkan . ayuh , mulakan hidup bermatlamat . kejar cita-cita . banggakan ibu bapa .

entry bukan kiasan untuk siapa-siapa . sekadar pelengkap blog usang . sekadar senaman jari di tengah malam .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...