Monday, June 24, 2013

herbalife katanya



secara rasminya dah 3 hari bergelar pengguna herbalife . muehehe . secara tak sengaja je pun sebenarnya ni haa . time pergi giant hari tu nampak ada booth herbalife . sebenarnya dah plan nak beli lepas raya tapi dah alang-alang peluang depan mata beli je la kan . since aku ni nak gain weight , so aku ambik formula 1 and formula 3 .

memandangkan bukan setakat nak minum untuk sebulan je so aku decide nak jadi ahli herbalife laa so on the next month dapat laa harga murah sikit kan . aku pun student lagi so kena pandai bajet laa perbelanjaan ni . setakat guna elaun tu apa la sangat . bukan elaun pama okay :p

so register ahli RM98 , formula 1 RM132 , formula 3 RM94 . Yang harga formula 1 and formula 3 tu yang harga ahli . harga asalnya formula 1 RM172 , formula 3 RM122 .


on the first day tu memang merana jugak laa sebab aku ni nak gain weight so kerna kerja keras la sikit . personal wellness coach aku pun ada bagi jadual makan aku siap dengan jadual time puasa nanti okay . haha . breakfast pukul 8 , shake . lunch pukul 1 pastu shake lagi .antara 8am-1pm tu aku kena minum 2 liter air masak which means bersamaan dengan 2 botol besar air masak tu . perghh nak menitik air mata nak habiskan tu . aku ni dah laa jenis yang kurang minum air ,. haha . then makan malam 8pm . between 1pm-8pm pun sama kena minum air masak 2 liter . fuhh memang ulang alik pergi tandas je la jawabnya .

kat rumah okay lagi , bila dah start kelas nanti susah jugak nak ikut jadual ni . dengan aktiviti luar lagi . haish . memang kena struggle gila la nak dapatkan berat badan ideal ni . aku kena naik hingga 55kg based on height aku . tapi before raya ni kena naik sampai 47kg dulu . adehh pengsan mak =='

sekarang ni aku duk gigih google info pasal herbalife ni . kawan-kawan pun ramai yang jadi dealer herbalife ni . tu yang buat aku confident nak guna herbalife . before this aku ada makan gain 5 yang dr rozmey tu . naik laa jugak 4 kg tapi badan tak naik . tak paham aku . then aku stop sebab aku pun dah tak konsisten makan benda alah tu . busy laa katakan .

so motif nak bagitau dah jadi pengguna herbalife je kan ? hahaha kbai :p doakan berat badan aku cepat naik . biar makin berisi . muahaha

Sunday, June 16, 2013

candy crush crush crush

sem break makin lama makin cepat rasanya nak habis . ada lebih kurang seminggu lagi and yes aku terlampau laa bosan tapi aku rela bosan to the max kat rumah daripada duduk kat kolej tu . so kerja aku time cuti ni macam biasa la online , tengok tv , hang out tu . and disebabkan terlampau bosan aku dah mula addict dengan candy crush . choi sangat okay . aku ni dah laa bukan kaki game . alaa nama je addict kononnya , padahal baru level 23 . tu pun fail 3 4 kali . hahaha . kawan aku dah sampai level 154 kot . gila kauu . aku ni tahap mengengsot lagi kat level ni . haha .

oh okayy la aku update ni saja je sementara tunggu life penuh balik . mintak kat member2 semua kedekut tak nak bagi . haha . okay bye and jangan nak monday blues sangat esok yer . haha .

jauhnya perjalanan . haha

Tuesday, June 4, 2013

produk kosmetik yang dibatalkan kkm . take note .

 p/s : info from http://portal.bpfk.gov.my/ just click for more info . senarai ini diupdate sehingga april 2013

PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU
Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Tahun 2013

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment NOT120905219K  Betamethasone
2 Natural 99 Night Cream NOT120300526K  Mercury  
3 Natural 99 Day Cream NOT120300524K  Mercury 
4 SF Beauty Night Cream (Facial) NOT120602462K  Mercury  
5 SF Beauty Day Cream (Facial) NOT120602461K  Mercury 
6 Acrena Pure Herbal Papaya Soap NOT100802337K Tretinoin
7 White Complex NOT100801451K Tretinoin
8 SS Pearl Cream NOT110602263K Mercury   
9 SS Vita C Night Repair NOT110602264K Mercury   
Tahun 2012

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Daily Protecting Cream - Joie et Beaute NOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2 La Bliss Skin Brightening Cream NOT100200697K Tretinoin 
3 Sans Dynamic Intensive Light Cream NOT100400422K Mercury
4 Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion  NOT100403485K Mercury
5 Bio-Clear Intensive Renewal Complex NOT120503338K Tretinoin 
6 MS Wellmood Enhancing Cream NOT100602405K Tretinoin 
7 Renewing Cream NOT100101066K Tretinoin 
8 E Beaute Total Revitalizer Night Cream NOT100601840K Mercury
9 MS Wellmood Lightening Complex NOT100601840K Mercury
10 MULTI CREAM NOT100764415K Tretinoin
11 DQISTEE NIGHT CREAM NOT100802185K Mercury 
12 DQISTEE BEAUTY DAY CREAM NOT100802184K Mercury 
Tahun 2011

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1 Sensual Whitening Cream NOT100751321K Mercury 
2 Derma-Rx Arbutin-R Cream NOT090601556K Tretinoin & Hydroquinone
3 DS.1 BLEMISH CONTROL CREAM NOT091201931K Azelaic Acid
4 EZEE SUNBLOCK CREAM NOT100601213K Mercury
5 MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE NOT090700043K Lead
Tahun 2010
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin
2 NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin
3 Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone 
4 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
5 Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin
6 De Putih Night Cream NOT05100878KE Tretinoin
7 BML HB LOTION NOT090701336K Tretinoin & Hydroquinone
8 Krim Malam Shana NOT090600820K Tretinoin & Hydroquinone
9 Natasya Gold Krim Herba NOT091100971K Tretinoin & Hydroquinone
10 Biotox Whitening Hydro Cream NOT007061310K Dexamethasone
11 Yoko Whitening Cream NOT080100330K Tretinoin
12 Sue Beauty Night Treatment Cream NOT080600138K Tretinoin
 Tahun 2009
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin
2 Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone
3 Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE Hydroquinone
4 ~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE Hydroquinone
5 Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone
6 A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin
7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone & Tretinoin
9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin
10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin
11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone
12 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin
Tahun 2008
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin

Monday, June 3, 2013

14 tahun 3 kali seks . this !



well sem 3 dah habis . and last day aku posting for this sem dekat wad bersalin . tak tahu laa kenapa ramai okay budak sebaya aku and paling muda aku jumpa is 14 tahun , iaitu sama umur dengan adik aku yang form 2 tu .

tapi tak boleh nak kata apa la kan sebab benda dah jadi . anak pun dah keluar . nak menyesal pun tak guna dah . so kena look forward , sambung belajar ke apa , and the most important kena kembali ke jalan yang benar la . mintak keampunan dengan yang maha Esa .

yang aku nampak , masalah ni asalnya memnag berpunca daripada family . konflik dengan parents , parents terlalu busy dengan kerja , terlalu percayakan anak dan banyak lagi laa . tak mampu nak listkan semua . yang jadi mangsa dengan member abang sendiri pun ada . pendek kata , benda yang selama ni aku baca kat paper je , memang aku dah jumpa depan mata .

paling kesian kat baby tu laa . caner laa life diorang besar nanti . caner reaction diorang bila dapat tahu status diorang yang sebenar . ada seorang baby tu patient aku JUAL kat bapa saudara dia sebab dia nak further study . if mintak tolong jaga boleh la consider , kalau jual memang sedih sangat dengar . tengok muka innocent baby tu lagi laa sedih okay . entah laa tak tahu nak jadi apa dunia sekarang ni . manusia jadi macam mainan je . tu tak masuk yang buang tepi jalan , dalam mangkuk tandas lagi tu :/

so aku rasa parents sekarang jangan bagi kebebasan yang terlampau sangat , jangan mudah percaya kat anak-anak ni . at least amek tahu laa anak keluar dengan sape , nak pergi mana kan . satu lagi luangkan masa dengan anak-anak . jangan sibuk nak cari duit je . ni duit dapat , maruah anak tergadai . umur 14 tahun dah 3 kali buat seks , lari dari rumah bagi aku memang tahap serius dah tu .

so pesanan untuk semua and diri aku sendiri jugak , pandai-pandai laa jaga diri , jangan lalai dengan kehidupan yang sementara ni . bertaubat laa . sesungguhnya Allah maha pengampun .

seronok kauu kerja main dengan baby ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...