Saturday, December 29, 2012

detik terakhir sebelum ke sana

last day im in terengganu . esok fly back to malacca . mana ada sedih woi . dengan assignmentnya x siap lagi , dengan packingnya pun belum . memang 100% aku tak ready langsung nak balik kolej . sebulan memang tak puas la cuti . dah laa next break time chinese new year . lambat lagi . sob sob .

wuwuwu sedihnya nak balik melaka :/
next year aku baru masuk sem 3 . kalau kat uitm tengah study sem 4 dah ni oi ==' dah jadi senior sangat laa . hmmph . dah la balik melaka kena pindah rumah , punggah barang semua . hadoii part tu yang malas . buku berkotak-kotak . printer lagi . luggage 2 biji . eh memang laa aku suka berpindah randah ni kan .

tu part bila dah sampai rumah . ni part yang lagi best , balik without phone bhaii . i mean bb laa . so sementara bb tengah repair tu , aku pakai phone lama aku laa . both are nokia . note 2 ? hmm dulu ayah aku nak belikan tapi aku tak nak , konon samsung tak best macam bb . ni dah takde bb rasa tak best pulak .  menyesal pun ada :/

yelaa , selama ni time bosan senang je nak on9 ke , tweet dengan member-member . ni takkan asyik nak bukak lappy pulak kan . macam takde kerja je . haha . okaylaa , aku nak sambung tengok tv ni . kbai ~


Sunday, December 23, 2012

CONTEST 'NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

disebabkan hadiahnya yang ohsem ni maka aku berminat la nak join . mencuba nasib sekali sekala tak salahkan ? muehehe . boleh refer sini untuk keterangan lanjut :D

 i wanna tag MiyraAnnCik Cammy Lia and Fara E's . good luck !


Friday, December 21, 2012

Giveaway by 5imply Swack

nak join giveaway lagi . menang or kalah belakang kira . yang penting boleh tambahkan lagi rakan blogger and rapatkan silaturahim . eceh konon je kan ? nak banner aku tepek sekali !


nak tag Teenager Housemaid and aiex sepet . hope korang sudi join :)

Tuesday, December 18, 2012

kuasa uniform


 

okay malam ni no more entry jiwang . even aku sedang derita merindu *sila muntah malam ni aku dapat idea nak update pun lepas tengok cousin aku RT pics tangan orang kena tetak kat twitter tadi . orang tu kena tetak kat tapak tangan dia . memang teruk la sampai nampak tulang tu . fuhh ==' 

tapi satu yang aku perasan , selama ni bila aku kat hospital , banyak lagi luka besar-besar , teruk-teruk macam kena tetak , tikam tapi aku rilek je tengok . bukan setakat tengok , pegang , cuci luka bagai . siap tilik pulak luka tu takut ada tanda infection . haha . 
  
tapi bila tengok gambar yang orang upload kat fb or twitter , geli , nak muntah semua ada . tu belum bukak website kari ngeri lagi . mau nightmare aku 2 minggu . haha . aku pun tak tau laa tapi feel tu lain tau bila time kita rawat orang dengan pakai full uniform nurse dengan kita pakai baju biasa then tengok luka itu ini . rasa macam err =='

tapi takkan la semata-mata nak selamatkan orang contohnya budak tetiba jatuh longkang depan kita aku kena balik rumah grab the uniform , pakai pastu baru g usha-usha luka budak tu kan . mau over bleeding pulak nanti . haha . tu bangang namanya .


tapi tak kisah la tengah pakai uniform ke baju biasa , or situasi apa sekali pun . kalau orang tu tengah susah pergi la tolong kan ? apa susah . sekali kita buat baik , berkali ganda orang buat baik kat kita . 

hmm tu je la , aku ni malas nak menaip lama-lama . dah macam buat karangan spm pulak nanti jadinya entry aku ni . good night . peace !  

Monday, December 17, 2012

Segmen Pencarian Bloglist 2013

okay malam ni memang over . ni entry kedua untuk malam ni . since dah bosan ni baik aku join segmen je kan . muehehe . kali ini aku join segmen by ikaa . nah aku tepek banner .

                                Segment pencarian bloglist 2013

okay now aku tag 3 orang lagi blogger . aku pick random je ni . sorry . hehe . night ! :p

  1. makcik cantek :) 
  2. Bicara Kosong Si Mata Empat 
  3. ciktaring

rindu yang subjektif



isnin . 17 disember 2012 . di tengah kepekatan malam bertemankan hujan rintik-rintik di luar , jari masih laju menekan papan kekunci di saat semua sedang lena diulit mimpi . sunyi . rindu . rindukan seseorang yang jauh di mata . dia bukan siapa-siapa . hanya sekadar teman biasa . hampir setiap hari berhubung bertanya khabar , tapi sekarang semuanya hilang . hilang gara-gara masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan . smartphone yang diharapkan dapat berjasa kepada tuannya rosak dengan tiba-tiba . so sad :(

oh celaka betul bila membaca semula intro di atas . berbicara puitis macam nak lawan A Samad Said lagaknya . aku bukan berjiwa sastera . so memang fail nak berpuitis-puitis bagai even baca novel hari-hari . heh =='

back to normal . now memang terasa rindu sangat dekat someone ni . haa kali ni sorry tak boleh mention nama , takut ada kawan aku yang baca pulak entry ni . mwahaha . seriously even baru seminggu tak contact , aku rasa macam bertahun-tahun aku tak sembang dengan dia . ni semua gara-gara bb aku rosak . so terpaksa la hantar kat kedai dulu kan . maybe dalam minggu ni boleh la ambik . hmm , seminggu kot tak bbm dengan dia . choi la . ni bukan setakat rindu dia , rindu phone sekali okay . susah aku nak tweet-tweet macam ni . takkan sepanjang masa nak mengadap lappy kan . rosak la mata aku yang sepet ni . hakhak .

so aku harap sangat bb aku ni pulih secepat yang mungkin . tak tahan dah rasanya berpisah dengan phone lama-lama . susah pun ye jugak . hmm . korang doa-doakan la yer . lagi bagus korang doakan bapak aku tetiba terbukak hati dia nak bagi phone baru kat aku ke . lagi berbaloi daripada dia sibuk nak beli sofa baru tu . ihiks .

hmm to YOU , good luck in this upcoming game . kasi menang . harumkan nama malaysia okay . good luck friend :)


Saturday, December 15, 2012

selepas dua tahun

semalam , 15 disember . birthday si RRA . siapa dia ? oh hanya sebahagian kisah lama zaman cinta monyet dulu . lawak . nakal . itu persepsi aku sekarang . setelah 2 tahun . yes , 2 tahun . oh jangan risau . aku bukan nak cakap aku masih mengharapkan dia . tidak sama sekali . langsung dah takde perasaan tu . hebat kan aku ? hak tuih . haha .

aku rasa macam takde motif pun aku nak update entry ni tapi lepas godek-godek balik entry lama , tetiba teringat kat kisah lama dulu . hamboii baru form 5 tapi feeling bercinta tu macam orang baru kahwin . dah putus tu mula la haru biru gila . sumpah sedih . aku pun rasa macam menyedihkan gila keadaan aku masa baru putus . call hasrul tengah-tengah malam sambil nangis . and hasil yang aku dapat , sampai hari ni dia duk ungkit pasal tu . choi la .

ala tapi tu cite 2 tahun lepas . sekarang aku dah okay la . sampai sekarang tak couple weh . bangga sikit :p dia pun sama . yang paling okaynya , kitorang still contact macam biasa . tapi takde la hari-hari macam dulu kan . kadang-kadang tu ada la bbm . aku pun ada wish birthday dia semalam . nasib baik ada facebook . kalau tak sumpah aku lupa . see , sampai ke tahap tu okay .

bagi aku yang lepas tu lepas la . takde apa yang perlu dikesali . semua tu pengalaman . pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan , membuat kita lebih berhati-hati dalam menilai orang , lebih matang dalam mencari cinta . profesional la . lagipun , kitorang pernah jadi kawan sekelas 2 tahun okay . buat apa nak gaduh sebab kisah cinta monyet yang tak seberapa tu . eceh . macam kaunselor pulak kan ;)

 buat yang tahu pasal ni , baguslaa . yang still tertanya-tanya siapa RRA , tentang apa entry ni , kenapa aku post macam ni , sila rujuk 2 tahun lepas . pastikan korang nangis baca entry lapuk tu k . hahahaha :p




Wednesday, December 12, 2012

hye uitm dungun , here i come again :*

lama . cukup lama rasanya tidak menjenguk blog kesayangan . 12.12.12 , rabu . nothing special on this date bagi aku . sama je macam hari lain . oh motif aku menaip hari ni bukan nak story pasal 12.12.12 pun . saje nak cakap aku baru balik from uitm dungun :D

dah lama sangat plan nak g sana , tapi tak pergi pun . kadang-kadang nak buat sesuatu ni tak perlu plan pun kan . rasa nak buat , kita buat je . aku tergerak hati nak pergi pun lepas lutfi bbm ajak pergi sana . kebetulan bosan takde buat apa-apa kat rumah , why not aku join sekaki kan .

so dengan semangatnya pergi semalam , then sampai depan uitm teragak-agak nak masuk ke tak sebab bila dah jadi ex-student ni , feel tu lain sikit . rasa takut nak masuk pun ada sebab kita dah jadi orang luar kan even boleh je nak menyamar sebab aku still ada kad matrik uitm . plus rules uitm sekarang makin ketat . menyampah . tapi aku macam biasa , berani mati je masuk . mula-mula jumpa rid tapi sembang kejap je sebab dia tengah rushing nak pergi kelas . then aku terus heading to duyung , lepak kat bilik syima , tumpang solat . takleh blah geng-geng dia yang lain . macam tak caye aku ada kat sana . haha . excited bukan main =='

then pukul 2 , saiful dengan al datang ambik aku . stay rumah al la senang kan . lieyana pun ada sekali . si nana pulak takde sebab baru balik dari singapore :( tapi memang enjoy la bila dah together dengan geng-geng rapat ni kan . teringat zaman dulu . oh lupa , al dengan lieyana dah bertudung sekarang . comel sangat :)

semalam kitorang masak lunch sama-sama , then malam tadi buat kek for abeed's birthday . siap je kek tu suruh si azri datang ambik . pukul 1 kot . sanggup tu haa . haha . yang sedihnya , lupa nak makan kek tu sikit . choi .

pagi tadi aku bertolak balik ke KT . sekejap je ke sana . saja nak melepaskan rindu kat dungun . konon . ahaks . hope lepas ni boleh jumpa lagi . sayang korang :*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...