Monday, June 25, 2012

second day-getting worse

second day in melaka . sumpah penat gila hari ni . yelaa , aku kena pindahkan semua barang aku dari kolej ke pangsapuri . dapat pulak tingkat 2 . perghh nak mengangkat semua tu bukan ringan . 4 kotak barang-barang(kasut,buku dsb),2 luggage besar,printer,barang dalam plastic bag lagi . nak dijadikan cerita , sepanjang sesi punggah memunggah barang tadi,hujan turun lebat gila (y) oh yaa , tadi aku nak lori . first time. haha.

okay aku dapat satu bilik dengan kawan aku tapi honestly aku cakap , aku memang tak geng dengan dia . so memang susah la .tu kes roommate . kes bilik lagi sadis . loker 1 je,share 2 orang . bilik sempit gila.muat katil je . serius tak tipu . dengan barang aku yang banyak gila , bayangkan caner aku nak survive dalam condition macam ni untuk 6 bulan . haih . tabahkan hatiku ya Allah :'(

and disebabkan tension yang melampau , i cried . yes . memang aku macam tu . tu cara aku nak reduce tension . aku nak call kawan macam tak best . takut mengganggu . haih . esok dah start kelas and latihan koir . rasa nak menyumpah seranah je . penat pun tak hilang lagi tau :'(

Wednesday, June 20, 2012

kenangan join perkhemahan zaman sekolah

hari ni busy kot . bukan busy study . busy bagi taklimat kat adik aku pasal camping . al-maklumlah , orang first time nak g camping esok . adoi . ala aku mengata orang , macam aku dulu tak macam tu kan ? haha . pastu tolong dia packing . tambah tolak darab bahagi mana yang patut . benda-benda macam ni la yang buat kita rasa rindu nak g sekolah balik kan ? :')

aku rasa nak story pasal kenangan aku join perkhemahan sepanjang aku sekolah la malam ni . hee ;) kalau korang nak tau , since aku darjah 1 sampai la aku form 5 , 2 kali je aku join perkhemahan . masa darjah 6 nan form 5 . hak3 . bapak la kesian . orang lain bukan main tiap-tiap tahun join , aku 2 kali je . takleh bla , tempat sama okay =.= kat merang,setiu . bezanya , masa darjah 6 kat tapak lain . masa form 5 kitorang dapat tapak sebelahnya . haha .

kat sini la :D
 masa yang darjah 6 tu memang takleh bla . boleh pulak cikgu pilih aku jadi ketua kumpulan which is ketua untuk semua program . yang lain aku boleh tahan . yang tak boleh part kawad la . hancuss sial . wakaka . satu lagi ye la , masa kecik kan , hot-tempered gila . memanjang je tension sebab tanggungjawab as a leader kan . tahu la caner . berat . even masa tu baru darjah 6 . sikit-sikit nak marah . aku rasa semua pun bengang and nyampah dengan aku masa tu . haha . tapi bengis-bengis aku pun berbaloi la . bawak balik hadiah pertandingan nasyid kot . ala , tempat ketiga je pun . haha

haa yang masa form 5 best . banyak kenangan . semua manis . takde pahit-pahit :) kitorang berkayak , masuk hutan . redah anak sungai berlumpur . awesome gila even bau macam tahi lembu . haha . aku ingat lagi masa redah anak sungai tu , dah la aku ni pendek , so tenggelam sampai paras peha gak ah aku ni . orang lain kat lutut je . haha . pastu siput kiri kanan . dengan ranting-ranting kayu . sampai aku terbayang takut ada ular ke kat bawah tu . hahaha . takut punya pasal . dengan terbayang kitorang sesat la , kena rasuk la , nampak benda bukan-bukan dalam hutan . orang kuat tengok tv macam ni la jadi . terpengaruh dengan cite-cite seram tu . haha . amende lagi la aku buat . aku ingat-ingat lupa je ni .

err,macam karangan darjah 4 pulak aku tengok . haha . choww dulu la . blogwalking sat . good night everyone :)

Sunday, June 17, 2012

rindu itu sakit kan ?

pernah tak rasa macam korang ni kawan masa susah je ? haa aku selalu rasa macam tu . member perempuan aku takde ah ramai buat camtu . cuma bengang and sedih la dengan member-member laki aku sorang dua tu . time problem dengan awek cari aku . mintak nasihat aku . suruh aku jadi orang tengah . dah nama member kita tolong la kan . tapi yang sedihnya bila dah bahagia balik aku ni buat macam tak kenal je . langsung tak contact =.=

sampai kadang-kadang aku nekad tak nak reply kalau diorang text or mintak tolong dengan aku . nak buat tak kenal je . tapi hampeh . cepat je layu bila kena pujuk sikit . grr . and now honestly memang aku tengah terasa dengan member aku tu . huh :( aku nak

okay tak tau nak cakap pasal apa . korang jangan baca la entry mengarut ni . ni entry luahan perasaan aku je pun :| aku tak tahu nak cakap caner . aku kadang-kadang rasa rindu , kadang-kadang sakit hati . erghh :(

seriously i miss you now :'(

Friday, June 15, 2012

amboi naik harga lagi ?

tadi adik aku g kedai then balik buat surprise kat aku . belikan aku twisties . oyeahh surprise kepala hotak =.= ingat memang nak beli untuk aku . tapi awal-awal siap warning jangan habiskan . kalu tak kena bayar 40sen . apakah ? >.<

terus dia cakap twisties dah naik harga seposen . hahaha . amboi aku ingat benda lain je naik harga . jajan pun dah pandai naik harga ek . masalahnya kalau isi tu still banyak takpe . ni kalau ikut kajian aku , zaman aku kecik dulu rasa penuh je dalam plastik tu . sekarang 1/4 je kot . selebihnya angin . yeahh ~ nanti tahun 2020 silap hari bulan tinggal angin je dalam pek tu . hahaha . okay tak lawak -.-

konklusinya , seiring dengan kemajuan pesat global , harga sesuatu benda tu akan turut meningkat tapi kuantiti akan dikurangkan . eh ? betul ke ni ? zzz

dan konklusinya lagi , terengganu vs t-team malam ni , terengganu menang 3-0 . gol by manaf mamat nan hadi yahya . okay takde kaitan dengan topik twisties >.< bye !

aku nak suruh kawan aku belanja esok . mengidam !

Tuesday, June 12, 2012

i don't love you

aku malas nak menaip , so layan lagu je malam ni . hewhew



I DON'T LOVE YOU
LIKE I DID
YESTERDAY 
</3

Sunday, June 10, 2012

assignment buat kita sakit hati

aku baru start buat assignment semalam . aku punya la senang hati baru start semalam sebab aku ingat sikit . rasa nak pecah jantung aku tengok rupanya berlambak-lambak yang aku kena siapkan . tu tak masuk yang aku kena study balik , kena hafal , kena faham betul-betul . okay memang best la macam ni .

lagi best bila soalan yang dia bagi tu aku just salin keyword je . bajet boleh faham sendiri la bila buat tu . last-last aku langsung tak tau amende yang aku salin . i mean maksud soalan tu . soalan tu nak apa . haha . terpaksa la gadaikan kredit ciput aku ni call member-member . diorang lagi advance , langsung tak salin soalan . what the ??? haha .

memandangkan aku dah blur tak tahu nak buat apa , konklusinya aku buka lappy , on fb , on twitter , on blog . haha . lepas ni kena solat , makan . pastu baru sambung buat keje kot . tak pun tidur . hehe :p

assignment spoilkan mood saya di samping kegembiraan sebab lain . hehe

Friday, June 8, 2012

orang lain balik u aku yang sedih

hari ni memang bosan . aku pun dah start sedih ni . hari ni kan budak unisza nan uitm sibuk register nak masuk sem baru . diorang sedih+excited nak sambung study , aku sedih sebab dah takde kawan nak lepak-lepak lepas ni . dah la cuti aku ada 2 minggu lagi . okay aku dah terbayang dah 'keseronokan' berjimba di rumah semata-mata and jadi housewife tak bertauliah . dah la aku 2 beradik je . adik aku sah-sah la pergi sekolah . and hell yeah , aku keseorangan di rumah =.=

eh tipu , ibu aku ada laa . tapi dia tengah busy siapkan tempahan baju raya . tahun ni ibu aku nak siapkan awal-awal . tak nak jadi macam tahun lepas . bulan puasa busy gila sampai tak tidur malam nak siapkan baju orang . eyy aku pun heran . buat apa la baju raya banyak-banyak . 2 pasang dah la :p

eh dah melalut pasal baju raya lak . erm , even semua dah balik u , tapi yang study kat terengganu ni ada lagi . so diorang cakap kalau free time weekend tu boleh la hang out lagi . plus , ex-roommate aku kat uitm nak datang jumpa aku kalau boleh . harap sangat jadi . sebab kena tengok schedule kawan aku sorang lagi . kalau dia takde training bola boleh la . hmm .

okay la guys , selamat kembali ke universiti , selamat menjadi senior and selamat hari raya ! eh ?

p/s : sumpah aku rindu uitm terengganu :'(

first day sem 2 . miss all the moments in uitm badly T.T

Thursday, June 7, 2012

don't hate smokers

morning . yawning ~ yeah macam biasa lepas subuh aku tidur tapi hari ni baik sikit , bangun awal . bila dah kemas-kemas rumah , dah breakfast tak tahu nak buat apa . so aku nak update ler . hihihi .

time sembang dengan member , bila cakap pasal pakwe ke , lelaki ke wajib ah cakap :

"aku tak nak pakwe aku smoking"

"aku tak suka lelaki smoking . benci"

"aku benci lelaki yang smoking"

and reaction aku ? senyum je . whyyy ? sebab , ayah aku pun smoking jugak =.= so kalau aku cakap aku benci perokok , aku benci ayah aku la . kawan-kawan aku la . yes memang aku benci gila dengan asap rokok . rasa macam cannot breath la kalau ayah aku duk smoking . kalau tak tahan kita duk la jauh sikit . haha .

satu lagi , dulu zaman-zaman couple , semua ex aku tu smoking . kita larang pun dia cakap ok but still smoking bila dia takde dengan kita . so no point nak membebel , ugut-ugut mintak putus bila pakwe kau tak nak stop smoking . hello , ingat senang ke nak hilangkan ketagih merokok tu . memang laa kita tak merokok tapi just fikir laa , kita kalau dah biasa dengan sesuatu tu , mesti susah nak tinggal kan ?

tapi si perokok ni jangan la buat alasan macam tu pulak , usaha la jugak untuk kurangkan ketagihan merokok tu . tahu tak rimas asap rokok tu . erghh >.<

tapi ingat , tak payah la sampai nak benci perokok k ? kita pun bukan perfect kan . chill la . hehe ;)
letak benda alah ni kat rumah aku boleh tak? haha

kalau nak janji palsu balik ah woi !

ni entry lepas geram . kalau rasa malas baca close je blog aku ni . okay hari ni memang aku geram gila . janji bukan main nak datang jumpa aku and zuby . tapi bila kitorang sampai , ada la 2 ekor makhluk Allah ni tak angkat call , tak reply message . lama lepas tu baru cakap tak jadi datang . macam-macam alasan la diorang bagi , eh damn la . diorang ingat aku n zuby tu takde kerja lain ke nak tunggu diorang sampai 1 jam ? dah la zuby tengah busy kemas barang nak pindah .

masalahnya keluar dengan member matriks boleh pulak kan ? nampak sangat nak avoid aku n zuby . eh biasa la , dah ada kawan baru , dah jadi best student memang laa berlagak kan . tak pe , hari ni hari diorang , nanti kena batang hidung sendiri padan muka .

lepas ni memang tak ah aku nak keluar dengan orang macam tu . F .

nasib la dapat kawan camtu =.=
p/s : CEMERLANG AKADEMIK KALAU FAIL BAB-BAB REMEH TEMEH NI , NO ONE WILL RESPECT YOU . TAKE NOTE .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...