Monday, May 28, 2012

hujan bukan bawa bala la bangang!

hey hey hey ! sape yang ada kat terengganu sekarang mesti best gila rasa kan . tiap2 malam hujan lebat gila , angin kuat . aku rasa kalau aku duk kat luar dengan aku sekali join daun2 kering duk berterbangan . hehe . bagus jugak hujan ni . hujan tu rahmat kan ?

jeles tgk kucing ni tido
 tapi malangnya ada jugak yang anggap hujan ni menyusahkan . kadang2 yang mencaci-maki hujan turun tu tanpa sedar tak bersyukur dan ........ hmm fikir la sendiri . tak sanggup nak taip . okay contoh la , masa korang nak keluar tetyba hujan turun . korang dengan selamba marah2 sebab plan korang terpaksa dicancelkan . sedar tak sape yang turunkan hujan tu ?

hari tu pulak masa ganu vs kelantan , ganu kalah . kebetulan hujan lebat masa game kat kelantan . ada la makhluk Allah ni komen kat page mana entah , dia cakap sebab hujan la ganu kalah . astaghfirullahalazim . kalah dan menang tu kan adat permainan . kenapa hujan yang perlu disalahkan ?belajar la terima kekalahan and kalau nak komen kat fb tu fikir dulu . teruk jugak komen dia tu dikritik . adoyai ~

so kesimpulannya , hujan itu bukan bawak bala ke apa tapi hujan tu rahmat . dan kesimpulannya jugak , jom tidur awal time hujan ni . ekeke :p

Sunday, May 27, 2012

budak-budak sekarang advance ek

tadi aku outing dengan kawan-kawan sekolah aku . macam biasa manusia takde lesen macam aku ni memang wajib ah kan orang datang ambik . tapi hari ni bukan eyza , tapi zack . okay untung sangat jadi orang kaya . baru dapat lesen dah dapat drive honda civic . kete sendiri woit . perghh >.< aku ni lesen pun takde , berangan pun jadilah kan ? huahuahua

eyza lak ambik kelyp n bada tapi bada join sekejap je kitorang tadi . macam-macam destinasi pergi tadi tapi karok kat giant tu wajib ah . arghh takde tempat lain ke ???? dah la tension takde lagu baru kat situ , tambah pulak dengan bersepah budak sekolah duk dating kat eskalator , tepi-tepi tempat orang lalu-lalang . adoi makk , berbulu mata aku tengok . kalau yang dah macam form 4,5 tu boleh terima la jugak . ni budak mcam form 1 pun dah pandai gesel sana sini . adoi rasa nak lempang je . aku dulu masa form 1 baru pandai nak texting2 . haha .

sekarang aku tengok adik aku yang form 1 tu pun dah macam aku dulu . melekat je handphone dengan dia . aku pulak dah macam tak guna phone . sunyi je . sampai tadi aku tengok gambar2 dalam phone adik aku sound "kenapa , dah tak tahu nak buat apa dengan telefon ke ?" okay terasa rendah diri seketika . shit . tunggu la aku berpakwe balik nanti , sampai dalam jamban aku bawak phone tu !

oh tadi zack cakap mentang-mentang tutti frutti baru bukak kat sini , ramai budak sekolah datang lepak . yelaa , dulu lepak kat mcd , sekarang dapat port baru la tu . budak sekolah . hmm , dulu kita pun macam tu ye dak ? tak kisah la tapi yang penting zaman sekolah la paling best . part happy banyak , part sedih pun banyak .

tengok pics ni teringat masa kat u dulu :'(
memandangkan dah nak start hujan , aku nak off lappy , solat then tidur . kuangkuangkuang . nak mesej pun tak tahu nak mesej dengan sape . sedih :(

Saturday, May 26, 2012

english retro night

hye ~ baru rasa nak update . oh aku selamat sampai kat rumah petang tadi . finally kan ? :) tapi tak seronok sangat la . bersepah assignment mengiringi kepulangan aku kali ni . adoyai . memang tak boleh tengok orang senang langsung . dah la esok belum pape dah nak outing dengan member sekolah . yelaa , sementara diorang still bercuti kan ?

okay dah la intro . takde kaitan pun . semalam kan kat kolej aku ada dinner+farewell untuk raikan student sem 6 yang dah habis study tu . best jugak la . cuma different dengan dinner yang aku attend sebelum ni , takde student lelaki . ala takde la weird pun . okay je . jom tengok gambar :p

senior sem 6 . sempoi gila . hak3

me <3
baju kuning tu sem 5 . caye tak ? hewhew         
havoc jugak la semalam . memang retro habis . walaweh macam tertunggu-tunggu pulak apa tema untuk sem depan kan ? hik3 . dah la , malas nak fikir dah pasal dinner bagai . result aku ni ntah bila la nak keluar . susah hati aku . nak cuti pun tak senang >.< guys , wish me luck k . kawan aku yang MA dah dapat result tadi . nurse tak tahu bila :|

Sunday, May 20, 2012

tak semua nurse macam tu

semalam dah nak post pasal ni tapi malas so hari ni jelaa . actually , semalam terbaca blog seorang hamba Allah ni . dia komen pasal nurse and kebanyakan komen dia tu berunsurkan negatif dan sangat menyakitkan hati aku . mentang-mentang dah jadi student nurse sekarang kan gedik pulak nak tacing bagai :p

macam-macam la dia komen . contoh , nurse kekok la masa nak cucuk orang , nurse malas , nurse tak layan patient . amboi , dia tu sape nak kutuk-kutuk nurse ? okay aku admit la , sebelum ni aku pun suka complain jugak nurse tak reti cucuk la , tu la ni la . lebih kurang macam korang laa mengutuknya . tapi since dah terjun dalam bidang ni , aku rasa menyesal pulak kutuk-kutuk profesion ni dulu . why ?

sebab nak jadi nurse teramatlah susah . korang silap besar bila korang fikir nurse ni belajar senang , kerja senang , duit berkepuk-kepuk . tidak sama sekali . kitorang belajar low sikit je dari doktor . semua benda , 100% pasal urat saraf nak kena tahu . tak masuk dengan medical term yang ntah pape tu lagi . ingat senang ke nak ingat .

kitorang ni kerja dengan nyawa orang , bukan dengan nyawa cicak . so lepas ni kalau nak kritik tu cermin diri dulu . ingat tak cuak ke tengok patient kita tadi elok je tapi tiba-tiba dia tak boleh bernafas and tercungap-cungap . panik weh . sampai blur kejap tak tahu nak buat apa . panggil staff nurse , panggil doktor . dengan familynya yang mengharapkan nurse-nurse and doktor dapat selamatkan ahli keluarga diorang . bimbang sangat kalau kita tak dapat selamatkan tapi bila berjaya sangat puas hati okay :)

kalau bab cucuk tu , yelaa , sebab student maybe takut lagi nak inject patient . dah nama pun baru belajar kan impossible la terus expert . cuba korang jadi nurse kejap . confident ke nak inject-inject ni ? think .

nurse ni bila dah bekerja kadang-kadang lupa nak rehat , lambat balik , lupa tanggungjawab dekat family sebab terlampau tumpukan kerja . aku yang student ni pun kadang-kadang tak sempat nak rehat sebab sibuk handle patient . asal nak rehat patient panggil nak itu ini , asal nak balik patient panggil buat itu ini . tapi ada kitorang merungut ? sikit pun tidak . sebab kita ikhlas bekerja . takde pun nak suruh patient tu bayar balik tenaga kitorang yang hilang sebab 7 jam berdiri tak duduk langsung . yang mengkritik tu yang kerja mengadap pc kat office boleh la komen macam-macam .

entry ni just luahan aku sebagai student nurse yang dah pun merasai keperitan dan kesusahan nak jadi seorang bakal staff nurse 3 tahun lagi . so , ubah la mindset korang yang suka fikir negatif pasal kitorang ni . yes , memang ada yang pemalas tapi bukan semua . yang gagah perkasa pun ada ke yang sanggup tengok mayat hari-hari ? ada ke yang sanggup tengok luka sampai nampak tulang siang malam ? ada ke yang sanggup touch patient hiv positif ? sekian .



sanggup tengok depan mata macam ni ?


Friday, May 18, 2012

minggu terakhir sebelum balik ~

Di saat aku menaip entry ini , aku hanya makan nasi berlaukkan ikan goreng dan berkuahkan kicap masin :'( okay aku bukan tak bersyukur okay cuma tulaa . turun makan lambat sangat . lauk semua dah habis . sedih lagi . dahla mengidam mcd ni  . serius lama tak makan . arghh >.<

malam ni aku nak tengok mana yang boleh aku packing , aku nak sambung packing lagi . mana yang dah tak nak , tak boleh pakai aku salurkan kat tempat kebajikan je . tempat kebajikan la sangat . tong sampah ler jawabnya . setakat ni , baru sekotak aku kemaskan . buku2 aku . malam ni maybe baju kot . tengok la macam mana . entah sempat ke tidak . nak baca novel lagi :p

buku untuk 1 sem dah banyak tu :0
 well , dah nama nak balik , so minggu2 terakhir ni la aku nak habiskan stok makanan . see, daripada bertimbun-timbun makanan macam kat 7e , now ni je yang tinggal :D


meja study aku pun dah clear 90% . lega sikit mata aku tengok meja kemas sikit daripada hari2 biasa yang macam gua tikus =.=



okay aku nak mandi . malam ni packing , noveling and yang wajib . texting . hewhew :p daa guys ~

Tuesday, May 15, 2012

gua-anti-hipokrit

morning . TERbangun awal pulak hari ni . so plan nak packing la slow-slow lepas ni . tapi yang wajib mesti la basuh baju . hari-hari basuh baju . bukan tersangat rajin , tapi dah takde washing machine , terpaksa jugak la kan ?

okay enough merapu . entry kali ni pasal HIPOKRIT . entry ni aku tak tuju kat sape-sape tapi maaf kalau ada yang terasa . biasa la , entry ni memang based on story and pemerhatian dari orang sekeliling . eceh :p ala , nak kata aku ni tak hipokrit langsung memang menipu la kan . kadang-kadang kita baik depan dia sebab nak jaga hati kan . tapi masalah aku ni , hipokrit sikit-sikit je boleh . sebab aku kalau tak suka , memang muka aku obvious gila menunjukkan aku annoying dengan someone tu . orang cakaplah =.= satu lagi , aku kalau dah tak tahan sangat , aku bagi tahu je apa yang aku tak puas hati , tapi alhamdulillah setakat ni kalau aku jujur camtu . takde jadi gaduh-gaduh pun . aku pun okay bila orang cakap tak suka aku ke apa . jujur lebih baik daripada mengumpat kat belakang.

ke guane ? :)
aku tak suka bila ada yang depan masyaAllah , pijak semut pun tak mati . kira baik gila ah dengan kita . tapi belakang mengumpat macam lahanat . anti betul la dengan orang cenggini . and kutuk-kutuk orang lain macam dia tu perfect sangat . cis . harap aku sabar je lagi ni . tunggu la esok lusa kalau aku nak meletup . mahu rentung lidah dia nak balas . pfft .

okay okay , aku pun malas nak mengutuk orang banyak-banyak . aku nak g packing barang ni . nak balik weh ! hakhakhak . excited :p

Monday, May 14, 2012

sibuk nak update tapi entry ntah pape

k pagi-pagi buta ni , before tidur nak update jugak . hari ni posting balik kat wad . minggu ni kat wad ortopedik lelaki . takde kerja sangat pun wad ni . pastu mula la selang 5 minit duk masuk first class room , buat-buat sibuk padahal nak duduk kat air-cond :p

tadi jugak dapat good news yang kitorang boleh balik rumah awal . okay excited gila weh ! aku dah la 3 bulan lebih tak balik . mau tak excited . harap sangat takde fail sebab kalau fail paper time final , kitorang kena balik kolej awal untuk repeat paper . aku tak nak repeat :(

25hb ni before  balik , kitorang ada sambutan nurses day . pastu malam tu pulak ada farewell party for sem 6 . tema ENGLISH RETRO . takpe don't worry . bakal diupload ke blog nanti . haha . tapi sayang
 la tak bawak kamera datang kolej . memang snap guna phone murah kita je laa . nak pinjam kamera orang lain macam tak best kan . huhu .



hmm nak cakap apa lagi ah ? tu laa , orang sibuk update , aku nak update jugak tapi isi takde . kosong ! haha . lantak ler , macam ada orang baca pulak blog aku kan ? kui3 . byebye la . nak tidur ^^

Sunday, May 13, 2012

our first date


assalamualaikum :) hehe . rasanya from now dah boleh la fokus lebih kat blog ni . dah lama aku tak aktif blogging and update entry baru kan . tak tahu nak share cite apa . fyi , hari ni merupakan last day aku exam . memang lega yang teramat sebab study kat sini sumpah betul-betul kena jadi student . fokus 100% . kalau tak memang tertinggal bas la aku . semua mak nenek urat saraf nak kena ingat . mati woi ~ memang tak tidur malam -.-

okay enough talking about examination . aku nak story pasal apa yang aku buat lepas exam tadi . apa lagi , hang out la weh . dengan kawan aku si jannah . actually aku nak jumpa dengan kawan aku . first time jumpa kat luar . before this kat hospital je . hahaha . kawan yang mana ? okay dia tu sebenarnya anak patient aku . muehehe . mula-mula rapat dengan his mom , tak tahu caner aku boleh rapat dengan anak dia lak . chef woi ~ sape tak nak . hari-hari makan sedap-sedap . wakaka :p

spoil la tudung terbukak -.-
dah lama dia ajak keluar tapi sebab busy hari ni la baru boleh jumpa . so tadi kitorang just jalan-jalan tawaf jusco , then makan . dia teman je sebab dia tu makan sekali je sehari . geng-geng gym la katakan . jaga badan la konon =.= tapi yang best , dia belanja aku dengan jannah . tak sangka la pulak kan tapi baguslah , gentleman gitu . hahaha . thanks awak :)

muka excited nak makan . haha
 tadi plan nak tengok movie jugak tapi dah dia tu datang lewat memang tak ah nak tengok movie kan . pukul 7 dah nak kena ada kat kolej . adoi :( cancel terus plan .

ambik angin kat luar jap .


poyo je -.-
tu je la nak update . tak tahu dah nak cakap apa . haha . berfacebook lak :D




Friday, May 11, 2012

orang tak nak jangan dipaksa

sooooooooo long tak merapu kat sini . tak tahu dah nak update pasal apa . takkan hari2 pasal heart broken kot . kalau macam tu bukan orang yang baca je bosan , aku pun rasa nak delete je blog ni . kih3 .

sekarang exam mode . tapi esok dah last paper . tu yang aku ada masa sikit nak buka blog ni . kalau tak macam biasa ah , just blogwalking .

tapi time exam ni la macam2 jadi . nak couple bagai . serabut kan ? kita dah la tengah tension nak menghafal segala mak nenek organ saraf dalam tubuh ni , pastu dia sibuk nak paksa2 kita pulak . aku cakap bodoh kan marah . aku nak sentuh phone pun kadang2 tak sempat , nak couple2 pulak . memang tak ah . ni pun still call and mesej . rasa nak lempang je . orang tak nak , maknanya memang tak nak ah ! tension !

pastu satu lagi , sekarang kadang2 aku contact jugak dengan ex aku tapi mostly discuss pasal study la . seriously rasa macam mesej dengan orang lain . tapi okay la , at least aku dah tak harap apa2 dari dia . mak aku pun dah macam tak restu je kalau aku dengan dia . hak3 . baik dengan mr.chef tu :p

aku rasa kena out dulu la dari sini . kan tak study pulak aku . wish me luck guys ;)

will meet mr.chef tomorrow.jadi ke tak ntah.busy je -.-

janji update


janji update . malas nak ulang benda sama . so that's it . past is past . bye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...