Saturday, February 25, 2012

hati bukan sampah . take note .

selamat malam korang . okay mood sekarang agak frust sebab esok tak jadi pergi jom heboh . and buat kesekian kalinya aku akan memerap lagi kat bilik ditemani buku bertimbun2 atas meja n katil sebab isnin ni ada test anatomy . like whatthe ???? bak kata ibu aku tadi , takpe la , susah2 dulu , senang2 kemudian . baru la sejuk sikit hati ni ^^

back to the topic . apa yang aku nak tulis ni takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah mati . *serius la pulak -.- aku just taip apa yang tengah aku fikir ni and aku harap jangan la ada antara kawan aku yang baca ni . haha .

korang mesti pernah an rapat dengan someone . mula2 ye la , kawan biasa2 je . gurau bongok2 pun macam rilek je an . tapi bila dah hari2 contact , jumpa korang mesti ada gak rasa suka an ? and lama2 perasaan suka tu boleh bertukar jadi sayang . bila dah rasa sayang tu , korang akan rasa jealous bila si dia storymory kat korang pasal dia date or text dengan mamat/minah lain .

korang kadang2 tak sedar tau . sedar pun bila dia tanya kita kenapa tetyba emo . pastu lama lagi , dia dah start gurau gedik2 manja2 then panggil sayang or whateverlaa . mesti korang pun perasan gak an even 3% . korang akan fikir , "eh,dia suka aku jugak ke?"

panas yang disangka sampai ke petang rupanya ribut hujan di tengah hari . korang dah elok baik je dengan dia , tetyba dia menghilang . cuak kan ? macam ada something happen . bila call tak angkat , mesej tak reply . okay memang something's fishy there .

mula2 memang rasa lain an . rasa kehilangan gitu . okay sila geli . haha . tapi bila dah biasa semua back to normal . and bila dah back to normal tu la dia datang balik . agree with me ? pastu apa yang korang fikir ? share la dengan aku . hehehe :)

p/s : hati bukan sampah . so jangan mainkan perasaan orang k ? Allah nak balas tak kira cepat/lambat . tak kena kat korang , kena kat family korang . kbai .

nice one :)

susah betul la nak faham perangai orang

makin lama makin takde jiwa nak blogging , nak buat entry baru . just blogwalking je . sebab busy gila kot sekarang *alasan paling kukuh . tapi hari ni macam excited je nak storymory kat sini . kira ni entry terbaru bertemakan luahan perasaan la . haha .

now dah 2 bulan aku kat tempat baru . totally different . itu pasti . so macam sekarang , still try nak in dalam keadaan kat sini . kalau bab lain macam makanan ke aku dah ok la . tapi kalau melibatkan perasaan n perangai ni entah la . tak tau aku nak cakap apa .

okay aku bukan nak mengungkit kan tapi aku rasa macam selama ni aku je yang sibuk fikir kat kawan2 . contoh la kan nak pergi mana2 aku akan tanya gak kawan aku even nak pergi makan . tapi diorang kadang2 aku suruh tunggu sekejap je , last2 dah pergi dulu n suruh kita pergi sorang2 . lahanat tak korang rasa macam tu ?

yang tu dah satu masalah . yang aku terasa gak , kalau time aku hang out dengan diorang , wajib aku kena belanja . main reason , dia kata duit aku banyak . eh tolol , ingat aku ni anak tokey balak ke nak kena belanja korang je memanjang ? memangla duit yang aku simpan dari kecik tu untuk buat belanja korang kan . belanja sikit tak nak . paling kupid pun kepsi . damn . and bila masa pulak aku ada banyak duit ? korang lagi kaya kot . aku kalau dah kaya takde maknanya aku study under government yang sponsor . baik aku buat bisnes sendiri guna modal yang mak bapak aku kasi . ye dak ? okay aku admit la , aku memang seorang yang susah nak cakap TAK bila orang suruh belanja ke , tolong buat assignment ke , tolong ambil tu , ambil ni . sebab aku takut diorang terasa dengan aku .

tapi susah la kan kalau aku je nak fikir pasal perasaan orang . perasaan aku sape nak jaga ? sorry kalau ada kawan aku yang baca ni n terasa . memang niat pun nak bagi kau terasa sebab aku cakap depan2 korang ingat aku gurau2 an .

esok aku plan nak pergi jom heboh . ye la , dah lama kot tak keluar . asyik berkepit dengan buku je memanjang . bosan okay . tapi yang diajak tu tak nak pergi la pulak . macam2 alasan bagi . sumpah aku bengang sekarang . aku tak tahu la , memang diorang nak study sampai muntah kot . sorry to say but im not the type of the person . aku pernah migrain hari tu sebab terlampau banyak  study sampai makan pun tak ingat . semua kes hari2 ada berderet2 test . takut fail punya pasal sampai migrain . aku tak nak jadi macam budak sekolah aku dulu yang best student tapi sebab dia dipush oleh parents dia , asyik belajar3 , last2 spm tunggang langgang sebab otak dah tak betul . dah tak boleh nak fikir . stress terlampau .

oklah korang , selamat berhujung minggu , happy always . jangan jadi macam aku . asyik stress je . haha . daa ~

seseorang , sila tenangkan aku :|

Saturday, February 18, 2012

hidup kacau bilau ke aku yang tak betul ?

dah lama tak update sebab takde masa . pack sangat jadual . hidup aku sekarang study study and study je . sepanjang aku tak update ni pun , banyak yang berubah . hati , perasaan , lifestyle . entah la . betul la orang cakap . manusia memang mudah berubah . including me .

macam2 dugaan yang aku terima sangat mematangkan aku walaupun sakit sebenarnya nak menanggung . lebih sakit daripada sakit kena study 24/7 . sampai aku give up kadang2 sebab tak tahu nak buat apa . aku tak reti nak share semua problem aku dengan kawan2 kat sini . entah la . kalau desperate sangat pun i'll tell my friend masa sekolah dulu jugak . sebab aku rasa dia je yang faham aku . why ? sebab love story dia takde bezanya dengan aku . hohoho . aku akan cari dia gak gane2 pun . hmm .




tapi sekarang susah la because semua busy dengan study kan . so aku pun busykan diri dengan study la . aku nak happykan parents aku dulu . baru fikir pasal diri sendiri . aku masuk SPA pun sebab parents aku nak sangat aku jadi nurse . walaupun sedih nak tinggal uitm , tapi aku fikir , bila lagi nak sacrifice untuk diorang kan . biarlah aku yang mengalah kali ni . huhu .

sedih la wehh . sedih dengan apa , dengan siapa . biar aku je yang tahu . bye . btw wish me luck untuk test  anatomy dengan health science esok . daa~

p/s : rasa tersekat je nak update sekarang . bila kawan dah ramai tahu kita ada blog , susah nak cerita kat sini . nanti jadi gaduh lagi . haih .


Saturday, February 11, 2012

question and answer session EDISI 3

salam . dah lunch ? hehe . entry kali ni aku copy lagi dari buku yang aku beli tu .  aku tak tuju kat sape2 sebab aku pun macam ni . ni saja nak share la kan . okay let's straight to the point .

soalan : APAKAH HUKUM SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM BERMESEJ MELALUI HANDPHONE . APAKAH PERBUATAN ITU HALAL ATAU HARAM ?

jawapan : - JIKA KANDUNGAN MESEJ ADALAH PERKARA PENTING SEPERTI JUAL BELI DLL , HUKUMNYA HARUS&WAJIB DISINGKATKAN SETAKAT YANG PENTING SAHAJA .

                -JIKA MESEJ SEPERTI "SEDANG BUAT APA?" , "AWAK MINAT APA?" , "SUKA WARNA APA?" ATAU "SAYA SUKA TENGOK AWAK PAKAI BAJU NI" , MAKA HUKUMNYA HARAM DALAM ISLAM . 

honestly aku pun tergolong dalam golongan yang suka texting ni . handphone always kat tangan . caner ek nak stop ? susah kan ? sebab dah jadi habit . but i always remember what one of my friend said , 'WHEN THERE IS A WILL , THERE IS A WAY' . insyaAllah slow2 kurangkan . ye tak ? huhu .

bila baca buku ni banyak kali , rasa macam dalam 1 hari tu banyak gila dosa kita buat tanpa kita sedar . caner kalau mati esok tapi bekalan ke sana still tak cukup ? okay aku harap aku bukan insaf masa baca buku agama/dengar ceramah je , hope at the same time aku akan berubah . first step yang aku nampak macam berkesan , say no to couple . harap2 jadi la sebab sebelum ni mulut je kata tak nak , tapi last2 couple gak . ya Allah , kuatkan iman hamba-Mu ini . amin :)

be a better person . insyaAllah :)

Thursday, February 9, 2012

takziah :'(

lepas zohor tadi , arwah atuk aku meninggal dunia . aku redha tapi agak terkilan sebab tak dapat nak tengok jenazah arwah buat kali terakhir . arwah meninggal dalam tidur tadi lepas zohor . sangat sedih . aku tak tau nak cakap apa sekarang . aku tak boleh balik sebab rules kolej ni , kematian family terdekat(siblings/parents) je boleh balik . korang tafsir sendiri la rules tu kategori kejam ke atau berpatutan . satu je aku mintak , sedekahkan Al-fatihah kat arwah . bye :'(



p/s : takdir Allah takde sape yang tahu . semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman . amin :')

Sunday, February 5, 2012

question and answer session EDISI 2

yeahhh aku nak sambung post pasal topik yang best aku baca dalam buku tu . kalau tak tahu sila klik sini . kali ni the topic is about ...

soalan : PERJELASKAN MAKSUD HADIS "PEREMPUAN YANG MEMOTONG BADANNYA SENDIRI DENGAN GUNTING API NERAKA , KERANA DIA MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA ORANG LAIN"

jawapan : -MAKSUD HADIS DI ATAS IALAH WANITA YANG MENDEDAHKAN AURAT BAGI TONTONAN UMUM ATAU WANITA YANG BERSOLEK DAN BERHIAS BAGI DITUNJUKKAN KEPADA LELAKI YANG BUKAN MAHRAMNYA .

               -WANITA PERLU MENJAUHI DIRI DARIPADA MELETAKKAN GAMBARNYA YANG   MENDEDAHKAN AURAT/BERHIAS CANTIK DALAM INTERNET SAMA ADA FRIENDSTER , FACEBOOK DAN SEBAGAINYA SEKALIPUN DENGAN NIAT MENCARI SAHABAT/MERAPATKAN UKHUWAH .

p/s : honestly  masa baca topik ni terkejut gak . dah benda ni kita buat kan . lepas ni kena tukar gambar la kot , kan ? :0

mengharapkan sesuatu yang lebih baik . insyaAllah :)

Saturday, February 4, 2012

question and answer session EDISI 1

semalam aku pergi popular . beli stationeries and novel macam biasa . and satu lagi buku . suka sangat buku ni .

rm15 je pun . lagi murah dari novel yg kita suka beli tu ;)


hari ni aku nak post sikit antara soalan yang aku suka dalam buku ni . sekali dengan jawapan la aku bagi . tapi aku cut it short la . buat point2 penting je . sikit je . kalau nak banyak korang beli la sendiri buku ni . mwahaha :p okay , let's begin the session now :)

soalan : - HUKUM TEMAN PASANGAN COUPLE BERJUMPA
            
jawapan : -HUKUM BERDUA-DUAAN ANTARA LELAKI&PEREMPUAN BUKAN MAHRAM          HARAM MENGIKUT IJMAK ULAMA . 

               -TURUT HARAM KEPADA YANG DAH BERTUNANG KERANA HADIS RASULULLAH S.A.W. YANG DIREKODKAN BERMAKSUD "jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya"

-JELAS SEKALI BERPASANGAN TANPA NIKAH ADALAH HARAM .

-COUPLE ADALAH BUDAYA YAHUDI DAN NASRANI , MULA DITERIMA OLEH ORANG ISLAM YANG JAHIL DENGAN HUKUM2 AGAMA .

soalan : -MAKSUD ZINA MATA

jawapan : - MELIHAT PERKARA2 YANG HARAM DI SISI SYARAK(MELIHAT LELAKI&PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAMNYA SEPERTI PASANGAN2 YANG SEDANG BERCINTA SEKARANG INI .

~rujukan : KITAB SYARAH ASQOLLANI 'ALA AL-BUKHARI , SYARAH MUSLIM

p/s : ni first time aku beli sendiri buku agama . and i love it . slow2 berubah ke arah yang lebih baik . insyaAllah :)

Friday, February 3, 2012

merapu semata-mata

macam biasa . dah weekend baru ada masa sikit nak update . ni pun nak kena cepat because aku nak kena tidur awal . esok ada kelas . ye esok ada kelas . tak percaya ? sini sabtu dengan ahad tu takde maknanye cuti bagi aku sekarang . hari2 ada kelas . okay aku pun tak tau nak cakap pasal apa even tadi masa basuh pinggan idea mencurah2 . okay la , aku tidur dulu . choww

p/s : doakan aku pass the next test . kbai
kadang2 jeles tgk org bahagia . jahat aku ni . haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...