Saturday, January 28, 2012

korang pilih yang mana

hye korang . dah lunch ? aku ni asyik tanya pasal makan je kan ? mesti bosan baca intro aku . hoho . before aku buka buku anatomy nanti , nak jugak update entry baru .

esok ada test topik tulang =='

korang before buka blog sendiri mesti blogwalking kat blog orang lain dulu kan ? biasanya , entry jenis caner yang korang suka baca ? kalau aku boleh je mana2 asalkan tak terlalu heavy and tak bosan . ala korang pun mesti macam tu kan ?

kalau yang aku anti sikit biasa entry yang terlampau jiwang . nak geli+muntah . tu wajib . haha . ala simpan sorang2 sudah la . dah tahu ramai orang follow blog kau tak payah la nak buat blog kau macam diari pulak . tak sesuai la weyh . satu lagi entry berunsurkan politik . seriously aku tak suka politik . politik kotor . wekk . haha . aku sampai sekarang tak tahu parti mana yang betul , yang mana jahat , yang mana suka tabur fitnah . nanti umur 21 aku malas la nak mengundi . boleh ? haha .

tapi depends on korang la nak buat entry caner kan . tu blog korang . abaikan je haters ke , yang tak suka baca blog korang . dah kalau tak suka sangat , unfollow je la kan ? senang je konsep aku . bagi aku , yang suka kutuk2 blog orang ni bodoh . macam dia bagus sangat . lain la bagi komen membina kan ? boleh la jugak terima .

okay la korang . kena off dulu lappy ni . nanti tak study lak aku . tata . have a nice sunday ;)

lelaki pun pms ke

salam korang . bereh dop malam ni ? faham ke tak ? tu bahasa terengganu la . hehe . kalau aku translate jadi la "korang okay tak malam ni?" haa gitu :p eh wawa ni sibuk je nak tanya pasal orang kan . der , guwa bukan sibuk tau . guwa saje nak buat kajian , adakah malam ni malam moody sedunia ? nak kata ye , terengganu dah menang bola tadi . eh terpromote jap . hak3

okay2 , aku buat entry ni ilham daripada kawan aku sorang tu . ada ke patut dia bangun tidur , then tetyba moody kat aku . eh ? kau mimpi pak guard tahan kau ke apa ? ke kau tido pastu jatuh katil then nampak fon , terus text aku and marah2 aku ? gila ? pernah tak korang faced situation macam aku ni ? macam gampang doe . grr .

tindakan aku lepas tu ? mula2 aku tanya gak kenapa kan . prihatin la konon . tapi nampak makin menjadi2 je , then aku tak reply mesej dia . lantak kau la labu . mwahaha . suka nak rosakkan mood orang . moody sorang2 sudah la . kan ?

p/s : niat suci aku malam ni nak study . tak kisah la subjek apa pun . hope tercapai la . aku nak belajar study dari awal . tak nak dah last minute macam dulu . kui3



lama tak tengok spongebob . hewhew

Friday, January 27, 2012

best ke buat status tu

salam . ya Allah lama kot aku rasa tak update entry baru even blogwalk hari2 . well biasa la . masa memang suka la jeles dengan aku ni . tak boleh nak senang sikit kan ? grr >.< btw saja la nak bagi tahu kan bulan 3 ni aku ada mid-term test after the break . apakah ? anatomy pun aku blur gila . erk =.=

okay now focus on our topic ye murid2 . eh ? ==' korang ada facebook kan ? *bodoh punya soalan 
aku annoyed gila la kalau baca status2 yang diupdate kat news feed tu . bukan semua status la kan . status yang terpilih haruslah yang :

JIWANG GILA SIAL


tapi aku takde la sound direct kat tuan punya status tu kan . nak2 yang buat tu kawan aku jugak . gila kau . cari pasal je . nanti gaduh2 pulak an . tapi aku tengok orang lain berani pulak sound terus . hak3 . tapi sedarnya tak jugak . ye la , aku je ada awek kan . pastu bulan depan tukar awek lain pulak . geli doe . nampak sangat player .

der , aku bukan jeles , jauh lagi cemburu . tapi agak la kan . benda yang boleh text pun kau pergi buat status then tag nama dia apa kejadahnya tu ? seingat aku , since aku start couple sampai aku putus , takde pulak nak buat status jiwang2 . kalau nak buat tu boleh sangat tapi aku fikir benda tu public . anyone can read it . pastu kena bahan , kena kutuk . orang menyampah . tak nak aku . fikir rasional sikit boleh ? tak payah nak bermadah berindu dendam sangat kat facebook tu . bereh ?

p/s : bukan jeles tapi agak la kan sampai kadang2 gurauan bertaraf 18sx pun nak dibuat status . motif ? kegersangan barangkali .

bercinta selepas kahwin lebih diberkati insyaAllah :)

Monday, January 23, 2012

dah macam diari ni

whoots ! lama kot tak update . busy lah kat kolej . assignment , kelas dari pagi sampai petang . then malam almost every night ada perjumpaan . nak buat revision pun tak sempat . melepak apatah lagi . eh lepak ? celah mana pulak aku nak lepak kan ? hospital ? hahaha .

currently at terengganu or lebih tepat lagi kat rumah la . hihi . jumaat petang habis kelas terus blah ke kl . tidur rumah cousin aku dulu sebab aku naik bas kat putrajaya sentral .tiket habis kat melaka ni . huh . pagi sabtu baru gerak ke  terengganu . and for the first time dr kl ambil masa sampai 10 jam nak sampai . biasa 7 jam je kan ? ni kes jam la . sepanjang highway tu kereta bersusun kot . ye la . macam aku sorang pulak nak balik cuti kan  =='

aku tak kisah sangat la pasal sampai lewat tu . tapi aku memang bengang la kat driver bas tu . transnasional . tak mesra pelanggan langsung . lepas ni aku dah tak nak naik bas tu . 2 kali dah kena layanan kasar . malas aku nak cerita kat sini . sakit hati .

and aku terkilan jugak a sebab plan nak lepak dengan kawan2 terpaksa dicancelkan . ni semua kes masa last day kelas tu my lecturer bagi assignment . kalau tak siap cari pasal je . so aku balik cuti ni kira buat assignment je la . adoi -.-

lagi malang , malam esok aku dah bertolak ke melaka even kelas start hari khamis . kolej aku ni memang pelik sikit . kolej lain boleh masuk before 10pm , kolej aku 7pm dah kena ada kat bilik . tak ke haru tu . menyampah betul la . rugi cuti aku . grr >.<

tadi aku dah siapkan assignment aku . betul ke salah ke belakang kira . hmm esok ada kawan ajak jumpa lagi before dia balik uitm . nak pergi tapi tak tau lagi confirm ke tak . tengok la caner . huhu .

p/s : kadang2 terfikir , kita selalu teringat kawan2 lama , tapi diorang ingat ke kita ? *tacing


 masa duk google2 gambar tadi terjumpa ni . tiba2 teringat 2 3 hari before putus dengan ex aku dulu , aku ada buat status ni kat facebook . macam petanda je kan nak putus ? huhu . rindu la . adoi :/

Sunday, January 15, 2012

tolong la jangan buat sale


selamat malam korang . hehe . tetyba pulak kan ? study tak lagi . duk sibuk mengaddap lappy . penat kot hari ni jalan2 . jalan2 la sangat kan . aku keluar dengan kawan aku , ada and anie . asal2 nak pergi mydin je . tapi tengah jalan tu nampak tesco , nak pergi tesco . [ kolej aku dengan melaka sentral , mydin , giant , tesco , jusco dekat . jalan kaki je ] then tepi tesco pulak ada jusco kan . apa lagi , ke jusco la kitorang . haha .

yang paling rapat dengan aku 
masuk je kat dalam kitorang tawaf je semua kedai yang ada . aku beli novel and stationeries kat popular . then purse kat padini . purse lama aku dah buruk . huhuhu . then ingat nak g tengok wayang tapi takde cite best la kan ?

suka la cover novel ni
purse lama . dah kopak sana sini .
bau kedai lagi nih ! haha

around 1.30 kitorang blah dari sana and pergi mydin -destinasi wajib- beli makanan . penat seriously . nak balik ke kolej tu masing2 dah tak sanggup nak jalan . so we decided naik teksi :)

okay la . aku nak choww , nak solat . esok pulak buat entry baru . hihi . daa ~

p/s : aku wanita normal yang tak tahan bila ada sale . rasa nak rembat je semua . haha :p

Saturday, January 14, 2012

jangan baca entry ni !

hye hye hye ! tetyba je rasa nak post pasal something yang happy2 sket . lately ni asyik post pasal tension je , nanti orang yang baca blog aku pun naik tension . tak mau tak mau :p

hmm nak tanya lah kan ? korang ni jenis caner ek ? tak kisah la nak jawab dari sudut apa pun . kalau aku ni , hot tempered sket . hak3 . tapi hati lembut kot . senang tacing . macam gila pulak . hak3 . satu lagi , aku senang jealous tapi bukan la yang cemburu buta tuli tu okay . berpada pada lagi . hik3 . tu part perangai . bab study ,  macam korang la , last minute . esok nak test malam ni baru buka buku . hahaha . buruk punya habit . but alhamdulillah setakat ni result boleh la nak bajet2 depan orang sket . hak3 . kalau makan lak , aku jenis makan sikit tapi kena kerap makan la . lapar je memanjang -.-

okay korang mesti bosan baca entry aku kan ? aku pun bosan sebenarnya . point haram takde langsung . kalau buat esei confirm kena reject dek cikgu . haha .

p/s : baru aku tahu kat sini 2 bulan sekali diorang pantau berat badan and tinggi kita . shit . berat aku turun tadi . geram doe !


amek kau . non stop mkn . haha

Friday, January 13, 2012

okay tebal gila

salam korang . sihat ? tadi aku dah dapat almost semua buku yang aku bakal guna for my first sem . kamus jururawat , psikologi , essentials of anatomy and physiology , fundamentals concept and skills for nursing . aku rasa ada lagi kot buku yang aku tak dapat . eh tahu tak penat gila kat sini . siang malam non stop study , perjumpaan bagai . serius aku tension tapi sabar je la yang mampu :(

siang malam duk hadap ke buku2 ni -.-
k la . nak out . nanti ada perjumpaan lagi . sigh .

Monday, January 9, 2012

new life


hye . lama jugak aku abaikan blog ni . dah buruk dah blog aku yang dari azali dah buruk ni . hak3 . bukan apa , since masuk kolej ni busy betul . orientasi pun baru habis tadi . and seriously aku still tak boleh nak in sangat kat sini . uitm still dihatiku . kawan2 pun aku rindu gila kot . sini definitely macam sekolah . i hate it when aku dah biasa bangun lewat , attend kelas yang almost petang everyday , lepak2  but now kena pergi kelas pagi2 buta and balik petang . then ada aktiviti lagi . penat derr . 

kat sini selalu banyak aktiviti , nanti aku tepek gambar sket ok ? paling aku suka senamrobik laa . best woo  . haha . berlakon pun best . aku menang tadi ! hik3 . 


view bandar hilir  

view melaka dari menara taming sari

time program dengan bomba

second time berlakon . tadi menang drama muzikal ~
okay choww dulu . nak buat assignment . doakan aku bakal jadi nurse yang sempoi ok ? hak3 :p

Thursday, January 5, 2012

nak balik !

aku tak nak post panjang2 sebab aku still tak sihat . aku just nak cakap jiwa aku still kat uitm . rindu everything kat sana . sebab kat sini tak boleh nak enjoy langsung . strict . tak serasi dengan jiwa aku lagi . :(

p/s : aku homesick :'(

nak balik !

Sunday, January 1, 2012

bye terengganu :(

hari ni last day aku kat terengganu . esok dah nak pergi melaka :( seriously aku tak ready lagi . dah la aku takde geng doe kat sana . actually ada tapi hampeh dia tu . sombong . ptuih . plus aku demam panas ni . korang tahu jela kan cuaca kat terengganu sekarang macam mana . angin dia lain macam je . hadoii .

aku dah siap packing and aku harap aku tak tertinggal barang la . nak2 dokumen penting . dah jauh dengan family ni susah la sikit .

maybe lepas ni aku dah jarang boleh update and on9 . sedihnya . :( k la, nak take a rest . kang termuntah depan lappy lak . hoho . doakan aku selamat sampai esok k ? ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...